Aku menapak ke hadapan sambil mataku memandang ke tepi mencari satu kertas tertampal diluar kedai mereka yang kuharap tertulis ' JAWATAN KOSONG ''. Tapi malangnya tiada setelah aku berjalan kehadapan lagi. Susah betul hendak dapat kerja pada zaman ini. Dulu kerja cari orang, sekarang orang cari kerja. Kerja pula selalu dipenuhi oleh orang tempatan atau orang asing.
Sudah beberapa kali aku mencuba mencari kerja disekitar kawasan bandar ini.
Hasilnya tidak memuaskan dan mengecewakan .
Keputusan SPM aku straight A. Tapi kenapa dengan slip SPM aku tidak menyebabkan aku mendapat kerja? Adakah kerana mereka perlukan Fresh Grad dari seorang yang berkelulusan SPM yang lulus menduduki peperiksaan SPM dengan cemerlang gila?
Aku dah mencuba pelbagai kedai Restoran, kedai runcit, kedai bunga, butik dan pelbagai kedai lagi tetapi tetap tidak dapat . Aku tidak faham. Kenapa mereka tak mahu ambil aku padahal kertas yang bertulis jawatan kosong terlekat diluar kedai mereka.? Ada pun sebab perlukan pekerja part time. Aku tidak mahu bekerja part time, aku mahu bekerja sepenuh masa. Aku perlukan duit. Duit untuk jalan-jalan,makan dan minum.
Ke sebab aku teruk masa ditemu duga? Hmm, tak rasanya. Elok je aku bercerita. Siap sekali cerita sal sedara aku. Pelik. Orang zaman kini memang pelik. Banyak perkara pelik berlaku dizaman ini. No wonder the world is ending.
Aku pernah cuba mencari kerja melalui suratkhabar, tetap aku masih menganggur.
'' Dah penuh ar dik ''
''' Dah ada orang ar dik '
Itulah jawapan yang aku dapat setiap kali aku menelefon syarikat yang meletakkan iklan jawatan kosong di ruang iklah akhbar.
Pala otak kau! Dah tahu penuh, pergi iklankan asal vangang?
Aku melabuhkan punggung di atas sebuah kerusi diluar cafe Starbuck. Aku tidak mahu menghirup kopi teruk tu. Aku duduk sini sebab hendak melepaskan penat.
Penat sebab asyik berjalan mencari kerja. Kerja yang tak kunjung tiba.
'' Dik, nak makan apa? '' soal brader hensem tersebut membuatkan aku terpesona untuk seketika. Tiba-tiba aku merasakan butterflies flying in my stomach right now.Aku sengih. Lalu aku membalas.
'' Nanti ar, tengah tunggu kawan. ''
Brader tu berlalu pergi selepas menganggukkan kepalanya. Seulas senyuman sempat diberikannya kepadaku. Cairnya aku. . Sedang aku terfikir tentang kehenseman lelaki tersebut, satu tangan menyentuh bahuku dengan kuat. Tepuklah dalam erti kata lain.
Tiada lagi isitilah untuk itu lagi.
Aku terkejut. Siapa pula nak tepuk-tepuk aku ni. Aku berhenti tertanya-tanya kemudian aku berpaling ke belakang. Kacau betul aku nak berfantasi ni.Ianya seorang perempuan.
Aku perhatikan gurl ni. Aku perhatikan betul-betul. Oh ya, ia Afzrin! Kawan lama sekolah aku! Hmm. Kami lost contact dua bulan lalu. Entah macam sedang syok bergayut kat telefon di tandas dengannya , telefon aku terlepas dari tanganku.
Hasilnya, aku lupa nombor telefonnya dan kami pun terputus hubungan.
Afzrin tinggal agak jauh dengan kawasan perumahanku. Dia pula tak pernah datang ke rumah aku. Jadi kami tak berjumpa lagi lepas tu. Dia tidak suka media sosial, begitu juga aku. Kami hanya berhubungan melalui telefon je.
Kami agak rapat masa sekolah menengah dulu. Makan sama-sama waktu rehat, jalan sama-sama ke luar pagar . Kami banyak persamaan. Dia juga sepertiku, seorang pelajar yang mendapat keputusan SPM yang cemerlang sekali. Aku tak tahu dia sudah bergelar pekerja ke tak?
'' Woi, kau buat benda kat sini wei! Apa kabo?'' kataku sambil menumbuk bahu Afzrin. Afzrin melemparkan senyuman dan menumbuk bahuku kembali. Kami saling bertukar senyuman.
'' Baik je, tadi aku nak masuk Starbuck, ternampak kau kat sini. Aku tepuk ar. Kau ni tak berubah lagi ea Ef. Macam jantan je perangai. Suara pun saja dibuat-buat garau .
'' Afzrin meledakkan ketawa halus kemudian menarik kerusi dihadapanku.
'' Alaa. biar nampak macam jantan. Janji jangan bengkok..ahahahaha. '' aku meledakkan ketawa besar. Tidak peduli orang disitu. Peduli hapek aku! Afzrin hanya sengih je melihat keadaan aku sebegitu.
'' Kau sihat? Kau minum sini ke? Manyak duit lu. '' kata Afzrin dengan nada perlahan tapi telingaku masih dapat mendengarnya.
'' Baik looo, Nope. saja duduk-duduk sini. Nak rasa macam mana duduk kat Starbuck yang merupakan penyumbang dana peluru tentera Israel di Gaza nuu. .ahahahhaha ''
Aku ketawa besar seakan lawak sangat ayatku itu. Ketawa macam tak hingat dunia!
'' Hmm. ni fail apa ni? ' tanya Afzrin sambil tangannya mencapai failku. Aku merenung matanya yang berwarna hitam. Anak mata to be specific.
'' Fail yang berisi sijil dan slip SPM sekolah aku. Aku tengah cari kerja sebenarnya.
Tapi dop dapak dapat sejak dua bulang lepas '' kataku dengan nada mendatar. Tidak tinggi. Afzrin membelek-belek fail aku kemudian dia menutup kembali.
'' Hmm. .kebetulan aku perlukan seorang partner . Kau nak jadi partner aku tak?
Lumayan tahu kalau kau jadi partner aku?'
'' Woi..kau nak aku jadi partner bisnes jual dadah ke benda? Tak mo ar. '' tuturku dengan nada terkejut. Riak serius tampak diwajahku yang mempunyai jerawat kecil disekelilinginya.
'' Vodoh kau ni! ' Afzrin menepuk pipi kananku perlahan. Aku rasa sentak untuk seketika.
'' Maksud aku, jadi partner bisness aku. Lumayan der bisness ni. Ini bukan bisnes dadah ea. '' kata Afzrin lagi. Haaa, aku tahu dah apa maksud lumayan tu.
'' Sori. Aku takmo join MLM. Penipu semua tu! '' cepat sahaja aku menolak .
'' Vodoh kau ni! Bila pula aku suruh kau join MLM ni! Kalau aku nak, lama dah aku cerita sal bisnes MLM ni sejak dari tadi. ' kali ini dia ketuk kepalaku dengan failku.
Taklah sakit. Cuma dia tak respect aku lah kalau dia buat gitu kat aku.
'' Dah apa bisnes kau tu? '' soalku sambil mengosok-gosok kepalau.
'' Kau ikut aku ke pejabat aku nanti ' Ucapnya sebelum memanggil pelayan lelaki hensem ke meja kami. Hah, sekali lagi aku terpesona dengan kehenseman lelaki ni dalam perasaan terkejut kerana ketahui kawan aku dah ada pejabat sendiri. Ehehe.
Ada kerja dah dia ni.
'' Inilah pejabat aku. . '' Aku berdiri tercengang. Aku memerhati sekeliling. Kemudian aku memberi renungan tajam ke arah Afzrin.
'' What? ' tanya dia dengan riak wajah yang bermaksud ' why the fuuuuuu you looking me like that? ''
'' Pejabat huh? '' kataku lagi. Dia ketawa kecil. Kemudian dia sengih.
'' Well, pejabat tak semestinya sebuah bangunan kan? I mean. rumah ni nampak kool walaupun takde perabot kat sini but heyyy, ikut aku . '' dia melangkah ke satu ruang .
Ia sebenarnya sebuah bilik. Aku membuntutinya perlahan . Rasa macam kena tipu dengan rakan sendiri je. Terdengar macam bunyi mesin di satu sudut. Ahh pedulikan.
'' Inilah pejabat aku yang sebenarnya. Ada meja. Ada rak untuk simpan file … errr maaf untuk kekosongan di rak file tersebut. ehehe '' tambah Afzrin lagi sambil menunjukkan sebuah rak seperti rak buku. Rak buku tersebut nampak buruk. Macam terkopak pun ada.
Meja yang Afzrin kata tadi sebenarnya meja komputer? Aku rasa macam nak ketawa je. Bisnes apa yang lumayan sampai buruk bagai ni. Aku tercengang tanpa berkelip didalam bilik sederhana ini.
Berhabuk gila Macam tak percaya aku sedang berdiri didalam rumah yang usang ini.
Kata Afzrin, rumah ini rumah peninggalan tanpa bertuan. Orang yang menghuni rumah ni dulu mati kerana bunuh diri. Menyebabkan aku lagi rasa serum nak berdiri didalam rumah ini. Patut ar bila kuar kereta tadi, Afzrin tak kata apa-apa. Rupanya ini pejabatnya. Pejabat buruk.
'' Duduklah. .aku akan terangkan bisnes ini. '' katanya dengan sengihan diwajahnya.
Aku dengan terpaksa melabuhkan punggung sahaja kerusi yang tersedia. Rasa tak selesa timbul dalam diriku sejak masuk kedalam rumah ini tadi.
'' Okay. bisnes apa ni? ''
' Hehehe. .senang je bisnes ni. . . kau dah ready untuk bisnes ni? ''
'' Ready ar. bisnes apa ni? ''
'' Bisnes pengintipan. kau akan jadi pengintip aku. Okay? ' dia mengangkat kedua-dua belah keningnya.
'' What? Tak mo aku. Kang dibunuhnya aku guana? Macam tak caya lak kau ada bisnes pengintipan. Kedengaran mengarut je. Kerja pengintip ni kan kerja polis '' aku bangkit daripada kerusi tapi tangan dia memegang tangan kananku. Ceh macam babak cinta lak.
'' Believe me. You gonna love this job. '' kata dia sambil menyengih.
Dua minggu kemudian.
'' I hate this job! I quit! ' aku menanggalkan topi yang berada di kepalaku serta jaket hitam dan kucampakkan ke arah Afzrin. Riak wajahku serius . Tampak jelas diwajahku. Afzrin agak terkejut .
'' Wait. why you wanna quit? '' Afzrin mencapai tangan kananku saat aku hendak menapak keluar daripada pintu. Ahhh, this scene again. Dia menarik tanganku menyebabkan aku ke belakang dan teterpa dia. Dia memegang pinggangku.
'' Vavi, kau jangan buat aku macam ni boleh tak? '' aku menolak dia ke belakang. Dia seperti biasa, menyengih akan perbuatanku itu. Nampak macam tak kisah je.
'' Jangan berhenti wei. Sejak ada kau, kerja aku jadi senang. Kau tak mahu ke shopping mooping ? Kau tak mahu ke ada kereta sport? Kau tak mahu ke ada perempuan yang meriasi kuku kaki tangan kau ? '' Pujuk dia lagi. Ada benar gak katanya tapi aku tak sukalah kerja ni. Payoh weii!
Matanya merenung kedalam anak mataku. Renungan dia seakan renungan mata anak kucing yang minta makanan dengan tuannya. Kedua tangannya saling digenggam dan dinaikkan ke dadanya. Dia merayu pada aku.
'' Tapi ini amat payah! Aku tak suka payah-payah ni. Malas ar nak mnegintip. '
rungutku lagi.
'' Kau pernah bercita-cita nak jadi apa yang kau sedang jadi sekarang, kenapa benci pulak? ''
'' Sebab bosan! Kena ikutlah. itulah. aku rasa , aku tak mahu kerja lagi! ' Ucapku dalam nada tinggi dan menapak keluar dari bilik tersebut. Namun saat aku hendak memulas tombol, . .….
'' Kalau kau masih nak cari kerja macam dulu. Kau pergilah! Sampai bila -bila takde perempuan nak rias kuku tangan kaki kau tu. Sampai bila-bila kau akan naik bas gi bandar! Sampai bila-bila kau akan pakai baju yang harganya 6 ringgit!I don't give a frog anymore! Go to hell! ''
Aku terpaku. Kemudian aku berpusing padanya.
'' You're right. Aku tak mahu naik bas lagi. '' aku berkata sambil tersengih.
'' Haaa. tahu takpe. Malam ni kau ikut dia tu yerr. Confirm esok aku bagi duit kau lah! ' ucap Afzrin mematikan perbualan kami. Aku hanya tersengih memandangnya.
Tampaknya malam ini aku harus bekerja demi wang yang bakal kuperolehi nanti.
Kata-kata Afzrin memang benar. Kalau aku terus merungut susah itu ini, sampai bila aku hendak mempunyai kerja? Sudah tentu aku akan menganggur kembali. Membuat lemak je kerja aku kat umah tu.
Pukul Sepuluh Malam.
Aku melabuhkan punggung di atas kerusi didalam kafe Starbuck. Ya, Starbuck. Aku terpaksa membelanjakan duit gajiku yang kuterima minggu lepas kerana hendak mengintip pergerakan perempuan ini.
Tak lama sebenarnya aku mengintip perempuan ini. Baru dua hari . Dengan berbekalkan maklumat daripada Afzrin, sudah tentu aku boleh mengintipnya.
Aku tahu mana dia lepak, mana dia pergi kecuali tentang kawan-kawannya. Starbuck inilah selalu tempat dia melepak dengan kawan-kawannya.
Tak logik akal pekerjaan aku ini. Tapi aku lakukan juga. Mungkin lepas puas kumpul duit hasil kerja ni, aku akan bersara daripada pekerjaan ini kot. Tapi itu 30 tahun tu lagi. Haih.
Cuma mungkin aku bad mood kerana membuang masa melakukan kerjaku ini dengan mengintip. Entahlah. Mungkin sebab itu aku nak berhenti siang tadi. Nasib baik Afzrin pujuk, kalau tak. Aku mungkin takkan berada disini pada malam ini.
Perempuan itu namanya Rose. Seorang perempuan yang sudah berumur 20 tahun dan masih solo. Dari gaya kelakuannya, dia agak periang orangnya. Mungkin itu sifatnya kuagak.
Aku tak pernah tegur dia. Sengaja tertempuh pun tidak. Aku hanya berpakaian serba hitam dan memerhatikannya dari jarak yang tidak jauh dan dekat.Yelahkan, dah nama pengintip, takkan nak tegur kan? Nampak sangaaat.
Dia kini sedang rancak berbual. Berbual dengan seorang perempuan. Cantik orangnya seperti dia. Topik perbualan mereka tentang seseorang. Mengumpat agaknya sebab nada suaranya yang agak boleh menusuk ke dalam gegendang telingaku ini. Bukan aku je, orang-orang kat kafe ni boleh dengar.
Dia ini ialah anak orang kaya. Anak datuk bandar dia ini. No wonder dia boleh spend time kat sini setiap masa. Haii, anak ornag kaya. Melepak ar kerjanya. Takkan nak bekerja macam aku ni haa.
Kereta dia? Jangan cakap ar. Audi doe. Mau bekerja 100 tahun, baru dapat kot.Pakaian? Poh . Nampak macam dibeli kat butik dan kasut tumit tinggi yang dipakaianya, kuagak jenama Jimmy Choo, Tiba-tiba rasa rendah diri lak.
Dia dan kawan perempuannya tidak perasan akan aku dibelakang mereka. Mungkin topik itu sangat menarik hati mereka sampai lupa apakah hukumnya mengumpat seseorang. Sampai melupakan kemunculanku dibelakang mereka. Ahh takpelah.
Jarum panjang jam tanganku terus berjalan. Tik. Tik. Tik.
Dia sekarang berbual tentang artis kegemarannya dengan kawan perempuannya.
Artis apa ntah namanya, Atif-atif. Pelik je nama. Diorang kata diorang suka lagu kosong oleh Atif. Err, tak pernah aku dengar pun. . Aku naik bosan melihat mereka in membuatkan aku mahu saja bangkit daripada tempat ini lalu ingin balik rumah dan melentangkan badan di atas katil tetapi ini kerja aku. .
Jadi aku kenalah tunggu juga.
Topik mereka bertukar lagi.
Kali ini tentang Yahudi.
Atau dalam erti kata lain, tentang tentera israel di GAZA yang dok sibuk memusnahkan tempat mereka. Aku sebenarnya tak tahu nak kata apa fasal topik ini. I mean it's hard to boycott.
'' I peduli apa. Orang lain boikot, I tetap nak guna barang Israel. Come on, semua barang adalah barang Israel Yahudi tu. Am I right? ' kata Rose dengan senyuman menghiasi wajahnya yang ditumbuhi jerawat kecil tapi ditutup dengan mekap tebal 6
inci.
Kawan dia memberi komen. .
'' Yup . you right. hahaha. errmmm jap ' kawan dia mengangkat telefon bimbitnya yang berdering untuk 4 saat. Pasti boyfriendnya kuagak. Rose hanya mengacau airnya dengan straw lalu menghirupnya.
'' Ros, I kena balik ni. Mum I dah marah . Esok kita borak lagi ea? '' kata kawannya lagi. Aku gelak kecil saat kawannya meluahkan ayat tersebut. Ada jugak anak orang kaya ikut cakap mama ea, ntah-ntah kawan dia ni anak orang miskin kot, belagak lah kaya depan Rose ni..ahaha. Mace-mace.
'' Okay. nak buat camne kan. anak mama. ahahaha. '' Ros meledakkan ketawa besar tentang kutukannya pada kawannya itu. Kawannya itu hanya membuat tangan di dada dan mata ke atas. Aku tak faham sebenarnya apa maksud gaya tu. Macam orang terencat pun ada aku rasa.
'' Bye. . take care ye babe '' kawannya berkata padanya saat dia hendak berpisah dengannya di Starbuck ini. Aku terus menghirup coffee Starbuck ini. Aku pasti, tentu Ros akan beredar lepas ni. Lagipula keretanya diparking dibelakang bangunan ini.
Aku dah ikut dia tadi.
Aku memerhatinya. Dia mengacau airnya dengan straw yang terdapat didalam gelasnya. Dia menghirup beberapa kali kemudian meletakkan duit not RM50 bawah gelas di atas meja. Kemudian dia beredar dan mulakan langkah-langkahnya ke tempat parking dibelakang bangunan ini.
Aku sengih. Kemudian aku beredar juga lepas meletakkan duit di atas meja. Aku mengikutinya dengan perlahan dan sesekali sembunyi dibelakang kereta jika dia perasan akan kehadiranku. Dalam poket jaketku belah dalam tersedia satu botol kecil dan sehelai sapu tangan yang sederhana saiznya.
Aku segera mengisi cecair tersebut ke sapu tanganku. Tinggal beberapa langkah lagi dia ke keretanya. Aku menyelinap disebalik kereta. Aku melihat dia menekan kunci keretanya. Tata, mami is coming!
Aku bergerak pantas , lenganku merangkul leharnya dan tangan kananku menekup mulutnya. Well, dia agak hendak melawan akan kelakuanku tapi sekejap sahaja pergelutan tersebut berlaku. .
Aku membawa perempuan ini masuk kedalam keretanya. Kuncinya kupegang dan kumasukkan kedalam lubang yang perlu dimasukkan kerana ianya akan menghidupkan keretanya. Fuhh, takde orang melihat kejadian tadi. Thank god!
Aku mengeluh. Kemudian aku berpaling kebelakang. Rose sedang baring di tempat duduk belakang. Dia nampak berpeluh. Mungkin kerana aku lupa nak onkan aircond.
Ahh, aku sejuk malam ni. Aku memalingkan pandanganku ke hadapan semula.
Aku makin sampai ke rumah tidak bertuan tersebut a.k.a pejabat Afzrin.
Aku membuka pintu kereta setelah memberhentikan kereta Rose dihadapan rumah tidak bertuan a.k.a pejabat Afzrin. Aku membuka pula pintu kereta belakang dan mengendong Rose yang berbadan kecil dibelakang aku.
Wangi dia ni. Seksi lak tu. Ciri-ciri anak orang kaya katakan. Ful package. Semerbak je bauannya.
Aku menapak ke pintu rumah tak bertuan dan menendang pintu yang tak berkunci.
Pintu ini mempunyai tombol tapi tombolnya amat longgar sampaikan aku tak boleh kunci. Rumah ini sebenarnya jauh dari bandar dan kejiranan perumahan. Jadi tidak akan ada masalah akan berlaku.
Aku mencampakkan dia ke lantai. Lantai yang berhabuk seakan tidak dimop bertahun lamanya tetapi memang lantai ini tidak dimop. Dia tidak sedar lagi. Hmm, baguslah.
Baik aku ikat dia sekarang then aku akan give Afzrin a call.
'' Mana kau? Kita kena buat kerja kita ni? '' kataku dalam talian telefon ini. Afzrin senyap kemudian membalas dengan.
'' Okay. tunggu tahu. . Aku sebenarnya tengah layan movie kat laptop ni. ehehe.
tunggu! ''
Aku melihat Rose. Kemudian aku mengalihkan pandangan ke Afzrin . Kami bertentang mata untuk seketika.
'' Dia dah bangun. . nak buat apa? ' soalku. Sengaja sebenarnya. Padahal aku tahu apa perlu dilakukan. Rose kelihatan terkejut dengan persekitarannya yang buruk.
Tambah terkejut melihat kami berdua sedang duduk dengan peralatan tajam masing-masing.
Dia mahu bercakap.
Dia mahu melepaskan diri dari sini.
Sememangnya tak boleh sebab aku dah mengikatnya dengan kuat dan menyumbatkan kain kedalam mulutnya.
Kesian.
'' Vodoh kau ni! Buatlah apa yang patut! '' marah Afzrin. Kelihatan garang macam nak makan orang.Macam harimau tampaknya.
Aku menarik nafas dan menghembuskan nafas. Untuk keempat kalinya. Aku sangat gementar. Gementar setiap kali aku mahu melakukan perkara ini.
Aku mengambil kapak disebelahku. Kapak besar yang selalu digunakan oleh pemotong pokok dahulu. Entah dari mana Afzrin dapat. Kapak besar ini agak lama tapi ia amat menarik perhatianku.
Aku menapak ke Rose. Aku mengeluarkan gumpalan kain dari mulutnya. Dia nampak amat takut dan jelas perasaanya terpamer melalui anak matanya yang berwarna hitam. Dia mengeluarkan kelenjar lakrima.
'' Siapa . ' ayat itu tak habis diucapkannya sebab kapak aku lebih pantas melayang ke lehernya.
Darah-darah merah terpancut. Ibarat air terjun pancutannya. Terpecik darah tersebut ke mukaku. Riak wajah Rose tidak kelihatan. Matanya kelihatan tidak bernyawa lagi.
Dia seperti orang yang tiada kepala.Darah dan menyinari kapak yang kupegang ini.
Aku melihat tulang rekungnya jelas timbul. Macam takde kepala je.
Darah masih memancut.
Aku teringin sangat hendak memegang organ manusia semasa aku kecil dahulu. Aku rasa ini peluang aku.
Aku memotong tangannya dengan kapak. Kakinya kupotong juga. Darah asyik keluar dari tempat ia berada selama ini. Merah pekat. Orang kata darah amat manis tapi aku tak mahu rasakan darah. Rasa macam Vampire lak. Aku manusia. Bukan separuh Vampire atau serigala. Aku tak perlukan darah untuk minum.
Aku tak jadi nak pegang organnya.
'' Okay. bahagian dalaman biar aku buat. Tangan dan kakinya kau bawa ke dapur dan potong okay. Esok Encik Lam nak daging tu. Jadi kau kena simpan daging yang dipotong tu kedalam peti. '' aku mengangguk sahaja sebaik mendengar arahan Afzrin padahal aku memang tahu pun. Sengaja suka beritahu benda yang aku diajarin pada hari pertama kerja sini berulang kali. Nyampah tahu.
Aku mengutip dua tangan dan dua kaki tersebut. Cantik sungguh tangan dan kaki perempuan ni. Dengan darah yang masih menitik, aku membawanya ke dapur yang terdapat gobok almari , kabinet dan peti didalam ruang tersebut. Habis lantai yang berhabuk mempunyai kesan berdarah. Malas sebenarnya nak mop, sebab habuk akan masuk jugak. Takpe, janji darah yang menitik ada juga tutup habuk-habuk kecil kot?
Aku mengambil pisau dari laci gobok almari juga papan pemotong, aku mengambil tangan tersebut dan meletakkan atas papan pemotong yang agak sederhana saiznya.
Mula-mula aku potong jari-jari Rose yang cantik. Kuku Rose ternyata cantik kerana dimanicure kan, kenapa aku tak perasanlah tadi? Oh ya pisau ini agak baru kerana Afzrin baru beli semalam.
Setiap kali aku memotong jari-jari Rose, pasti ada darah melekat tanganku. Leceh betul kerja memotong ni. Takpelah, janji kerja. Janji lumayan.
Aku meletakkan jari-jari tersebut di tepi papan pemotong. Sekarang aku nak potong secara nipis-nipis daging tangan Rose ni.
Darah melekat di papan pemotong serta pisau yang kupegang termasuk tanganku jua. Baju ku terkena juga. Mungkin aku berdiri rapat dengan kabinet. Takpe aku jarakkan sikit diriku dengan kabinet ini. Jaket yang dipakai tadi dah takde sebab aku dah tanggalkan.
Aku mengambil pisau dan memotong nipis daging tangan. Memandangkan tangan ini mempunyai tulang, aku harus memotongnya dengan kuat.Tetak sikit. Leceh.
Daging lembu tak begini. Semasa memotong jari tadi aku mengalami kesusahan gak.
Tapi tulang tangan kan tak kuat sangat jadi senang je kan? Rasanya macam ni ea jadi doktor kot. Best jugak potong-potong orang ni .
Banyak betul darah memercik ke mukaku. Bau darah menusuk ke hidungku tapi aku tahan sahaja. Setelah siap adegan memotong, aku menapak ke ruang tamu sebaik sahaja sudah menyimpan daging tersebut didalam bekas plastik ke dalam peti. Bekas plastik tersebut diisi ais agak segar. Elektrik rumah ini tiada sebenarnya. Kami terpaksa guna generator i untuk mendapat bekalan elektrik. Lagipula, elektrik rumah ini memang sudah lama kena potong. Eh rumah ni memang takde elektrik sejak penghuni dia hidup lagi. Syukur, sejak kebelakangan ni bekerja, takde roh ke hantu ganggu kami.
Bila aku berdiri di ruang tamu, aku melihat tenang sahaja apa yang berada dihadapanku. Pada mulanya terkejut bila melihat keadaan ini pada hari pertama aku bekerja tetapi jadi seronok pula tengok organ-organ dalaman dikeluarkan. Nampak comel je.
'' Dah siap potong? '
'' Dah. esok pagi bila? Kul 8 pagi ke? '
'' Ah'ah. Encik Lam tak sabar nak merasa daging perempuan cantik ni..ehehe. pandai tak aku bedah? Tak sia-sia aku tengok drama doktor kat tv..ehehe. ' dia ketawa halus sambil menunjukkanku usus perempuan yang berjuntai macam hotodg je rupa.
Muka dan tangan Afzrin penuh dengan darah bhaii,
'' Okaylaa. kau memang suka bedah kan? ''
'' Ah'ah. Sejak kecil aku suka bedah kucing. Aku ni pakar bedah hebatlah! ' pujinya.
Eleeh, baru puji sikit dah angkat bakul. Menyampah.
Aku menyentuh usus perempuan ini. Hmm, masih berlendir dan berdarah. Terdapat sisa-sisa makanan dan minuman keluar dari usus tersebut. Hmm, macam ni rupanya usus manusia. Ada cebisan roti dan air kopi? Mungkin apa yang dimakannya tadi.
Aku mengelap jariku ke bajuku. Afzrin nampak happy je dengan pekerjaannya.
'' Af. boleh aku tanya? ' tanyaku . Dah lama aku nak tanya perkara ni. Sejak kerja sini lagi.
'' What? '
'' Kenapa kau panggil ini bisnes pengintipan? ''
'' Sebab sebelum kau nak tangkap mangsa, kau perlu tahu dan intip mangsa tukan? ''
'' So sebab tu kau namakan ini bisnes pengintipan? '
'' Ah'ah. Aku tahu kau akan minat kerja ini lagipun kau pun suka bedah kucing jugak kan masa kau kecil? '' Dia menyengih .
'' Yerr tapi aku berhenti sebab aku pergi terapi, ambil ubat. Tapi tak sangka aku akan buat kerja ni. Seronok tapi bosan kadang-kadang. ''
'' Asal bosan? ''
'' Sebab kena intip. .rasa macam buang masa je. ''
'' Well, gajinya kan beriban? ''
'' Yang tu menjadikan kerja ini seronok.. '' aku membalas sambil tersenyum. Dia pun membalas senyumanku.
'' Thanks sebab sudi bagi aku kerja ni. '
'' Sama-sama. eh tolonglah aku simpan organ dia ni nanti tak sedap lak daging dia.
Duit pun berkurang dapat . haha. '' katanya sebelum aku mula menolongnya menyimpan organ-organ tersebut kedalam peti besar. Habis melekit darah terkena tanganku.
Kepala Rose , aku tanam sahaja belakang rumah ni.. Encik Lam yang merupakan seorang peniaga terkenal ternyata selera makannya berlainan tidak suka kepala. Sebab itu aku tanam je.
Selesai siap, kami melangkah ke bilik rumah tersebut. Afzrin mengeluarkan fail dari bawah mejanya. Dia membuka fail tersebut. Sudah tentu kami sudah membersihkan tangan kami. Except for pakaian kami. Ahh, nanti kami tuko ar.
'' Ha. ni anak orang kaya . Bangsa cina. Anak dia cantik. Selera Encik Lam. Anak rakan bisnes Encik Lam. Ini fotonya. Nama dia Lilian . '
Aku menatap gambar tersebut. Cantik orangnya. Pasti dagingnya sedap. Tentu Encik Lam suka. Aku dan Afzrin pun suka sebab dapat duit banyak untuk perempuan cantik begini. Macam-macam orang dalam dunia ini.
Aku meletakkan kembali dan Afzrin memberitahuku tempat yang orang cina ini selalu melepak. Tentang statusnya dan semua fasal gadis cina ini. Nampaknya aku harus bekerja lebih lagi untuk menyara diriku setelah kematian ibu bapaku bulan lepas dek kerana aku marah mereka sebab mereka asyik meleter aku tak kerja.
Tampaknya duit simpanan untuk terapi dan pil agak menyusut. No wonder ibu bapa aku dah meninggal. Nasib baik polis tak cari aku. Fuhh.
…. Tamat …..
Cerpen ni psyhco gila..adakah watak utama pesakit mental????
ReplyDelete