Friday, August 29, 2014

Cerpen:: Mak Su

Keluarga adalah perkara kedua yang penting selepas tuhan. Tanpa keluarga, siapalah kita? Tanpa keluarga, kita akan digelar sebatang kara yang bermaksud tidak mempunyai sesiapa yang bertalian darah dengan kita. Keluarga sangat penting. Sebab itu kita kena utamakan keluarga sebelum kawan-kawan dan kekasih kita. Begitulah aku. Seorang yang utamakan keluarga. Keluarga adalah sebahagian dari hidupku.

Mak Su. Mak Su ialah seorang perempuan yang baik akhlaknya . Dia tidak mempunyai sesiapa selepas kematian ibuku semasa aku berumur 15 tahun. Sejak kematian ibu dan ayah yang terlibat dalam sebuah kemalangan kereta pada tahun 2011, aku dijaga oleh Mak Su.

Mak Su sememangnya seorang mak saudara yang baik, penyayang, memahami dan penyabar orangnya. Mak Su amat menjaga keselamatanku sampaikan dia akan temani aku jika aku hendak ke mana-mana. Mak Su mempratikkan ajaran Islam dalam hidupnya . Sebab itu, aku tidak mempunyai kawan lelaki dan tidak bebas ke mana-mana seorang diri selepas mempratikkan ajaran Islam dalam hidupku. Aku bersyukur kerana mendapat mak saudara yang baik sepertinya dan aku mematuhi arahanya kerana dia satu-satunya ahli keluargaku yang kuada. Lagipula, ibu dan bapaku tidak pernah mempratikkan ajaran Islam dalam hidupku ketika hayat mereka masih ada jadi agak rimaslah jugak aku hendak mengikut arahannya.

Tapi setelah memahami kenapa wanita tak boleh begitu dan begini, barulah aku mengikut arahannya dengan ikhlas hati.. Aku yang tidak memakai tudung bila keluar dari rumah, sudah jadi kemestian untukku memakai tudung bila hendak keluar dari rumah sekarang ni. Pokoknya aku banyak berubah menjadi baik selepas aku dijaga oleh Mak Su aku.

Aku sayang Mak Su.

Panas terik tengahari ini menyebabkan tekakku haus menginginkan minuman yang sejuk berair untuk menghilangkan dahagaku ini. Mungkin aku akan merasa minuman Mak Su selepas aku mandi nanti.

Pintu pagar automatik terbuka selepas Mak Su muncul dimuka pintu. Sempat aku memberi salam padanya sebelum dia menjawabnya. Aku ke muka pintu dan menyalam tangannya.

'' Camne sekolah hari ni? '' Soalnya saat aku membuka kasut sekolahku.

'' Okay je. Rian nak masuk dulu ea. . '' Dia hanya senyum.

Aku mencampakkan beg sekolahku ke atas sofa dan menaiki tangga masuk kedalam bilikku untuk mencapai tuala mandianku. Cepat sahaja langkahku menuju bilik air yang berada didalam bilikku untuk menyegarkan badanku yang berbau peluh dan berdaki ini. Setelah mandi, aku mengenakan pakaianku iaitu t shirt dan seluar track hitam. Ahh, segar gila aku rasa!Ermm. . Mak Su masak apa ea hari ini? Tak sabar nak rasa minuman Mak Su. Ehehehe.

'' Nasi lemak dan jus buah tembikai susu untuk Rian. ' Mak Su mengulumkan senyuman manis. Dia sudah lama membujang. Masih tiada teman lelaki. Hmm, dia ni cantik, apalah kurangnya? Setiap kali aku tanya kenapa, dia hanya diam sahaja.

'' Wau. Mesti sedap. hari-harikan Mak Su buatkan nasi lemak untuk Rian kan? ' aku menyengih menampakkan gigiku yang sedikit kuning tersusun kemas didalam mulutku. Tangan kanan sudah mencapai nasi diatas pinggan. Sememangnya Mak Su pandai buat nasi lemak. Sudah tentulah aku sempat menghirup air jus buatan Mak Su sampai habis. Haus doeee.

'' Rian cakap ni sebab Rian dah bosan ke dengan nasi lemak mak su ea? ' Dia melabuhkan punggung di kerusi yang kedudukanya bertentangan denganku. Mata kami bertembung. Senyuman terbentuk diwajahnya.

'' Err. yer. lebih kureng . Hari-hari nasi lemak. Muak ar . ' aku berterus terang padanya . Ahh, dia takkan marah sebaliknya dia akan bercakap dengan nada yang kebiasaannya lembut.

'' Dah Riana nak makan apa ? Nasi beriani? Nasi dagang? Bak Kut Teh ? Hahaha ''

'' Apa Bak Kut Teh yer? Kita kan islam. Mana boleh makan babi ''

'' Boleh apa makan Bak Kut Teh? Cuma jangan letak babi ar dalam tu. Hehe '' Mak Su meledakkan ketawa kecil. Mak Su sememangnya pandai bergurau.

'' Hehehe. ada-ada Mak Su ni . '' aku berkata sebelum mendiamkan diri untuk menyantap makanan dihadpaanku. Mak Su turut makan tengahari denganku. Dia selalu begitu. Tunggu aku balik dari sekolah semata-mata untuk menikmati makanan tengahari denganku. Ahh, aku sayang Mak Su aku ni. Mak Su tak bekerja. Dia akan ke lot-lot kedai disekitar bandar untuk mengutip duit sewa setiap bulan. Kiranya dia ni orang kaya lah kan. Harta dia lebih banyak dari harta parents aku. .

Selepas makan, Mak Su membersihkan meja makan dan mencuci pinggan di sinki.

Manakala aku pula, bersantai diatas sofa sambil mata menatap kaca televisyen yang menyiarkan drama Sinetron. Huh. Aku terpaksa tengok drama Indon ni sebab takde dah rancangan menarik. Aku mana minat sangat tonton drama yang merapu .

Salah satu sebab aku tak suka drama indon kerana kebanyakan plotnya adalah cinta terhalang. Bila dah restu cinta mereka rupanya mereka adik beradik. Takpun, kekasih mati lepastu beberapa tahun kemudian terjumpa orang yang rupa sebijik seperti rupa kekasihnya. Yang sebenarnya kekasihnya tak mati pun, Merapu betul drama Indon.

'' Tengok cerita apa tu? '' sapa Mak Su dari belakang.

'' Cerita mengarut. Cerita indon ''

Mak Su melabuhkan punggung disebelahku.Dia senyum dan memeluk sisiku. Kami menonton televisyen sama-sama.

Sememangnya itulah rutin harianku selepas aku balik dari sekolah. Jika tiada kerja rumah untuk disiapkan pada waktu petang, aku akan tidur sekejap selepas solat Asar.

Aku jarang nak keluar berjumpa dengan kawan-kawanku kerana bagiku perangai mereka bukanlah perangai yang baik. Perangai mereka yang teruk seperti mengumpat , mencaci dan menghina pelajar atau guru sekolah sememangnya aku tidak suka.

Dulu aku suka, sekarang tak sebab aku dah berubah. Aku ingin menjadi insan yang baik didunia ini. Macam Mak Su aku.

Hari cuti biasanya aku akan luangkan masa dirumah dengan bermain PS3 bersama Mak Su aku. Kami selalu bermain game yang genrenya fighting iaitu Street Fighter.

Sekali main, makan berjam-jam kami menghadap televisyen tetapi bila dah masuk waktu solat, kami akan berhenti bermain sekejap untuk menghadap Illahi.

Aku sayang Mak Su. Aku bahagia hidup dengannya.

Well, tampaknya manusia berubah. Bila sudah habis sekolah, aku makin menjauhkkan diri dengan Mak Su. Bukan sebab aku tidak suka meluangkan masa bersamanya lagi tapi dek kesibukan pekerjaanku iaitu menjawat jawatan kerani disebuah pasaraya. Tambahan, aku ada membuat kerja sampingan iaitu menjual pakaian terpakai pada waktu malam bersama rakanku yang agak baiklah akhlaknya.

Namanya Erin. Erin ni aku kenal semasa aku berada di Tingkatan Lima. Dialah satu-satunya rakanku yang mempunyai akhlak baik sepertiku.

Sebab aku membuat kerja sampingan kerana aku hendak mengumpulkan duit untuk membeli sebuah telefon pintar. Boleh saja aku mintak dengan Mak Su aku yang kaya tapi aku lebih suka berusaha sendiri. Huh, kerja sampaingan dan kerja dibawah orang pun dia cuba pujuk aku untuk berhenti. Tetap saja aku tak ubah pendirianku.

Sekarang dah tahun 2016. Banyak dah perkara berubah. Umur Mak Su pun dah meningkat. Umurnya kini 34 tahun manakala aku pula sudah berumur 20 tahun.

Mak Su sudah berusia tapi dia masih membujang. Aku tak tahu kenapa.Dia masih tak jawab soalan aku setiap kali aku bertanya kenapa dia tak berkahwin lagi.

Satu petang aku balik dari ofis macam biasa. Aku akan memberi salam seperti biasa dan tahun -tahun sebelumnya sebelum aku masuk kedalam rumah. Bezanya kunci rumah kali ini aku pegang . Sebaik menapak kedalam rumah, aku mencari Mak Su sekeliling rumah kerana dia tak jawab salam aku tadi.

Setelah puas mencarinya, aku duduk penat di atas sofa. Mana dia pergi?

Aku menjatuhkan pandanganku ke lantai. Aku mendongak ke atas semula. Aku masih memikirkan mana Mak Su? Dia selalu akan beritahuku pada pagi sebelum aku pergi kalau dia nak ke mana-mana . Kenapa kali ini dia tak beritahu?

Aku membaringkan diri di atas sofa untuk menghilangkan rasa penat. Dalam beberapa minit, mataku terlelap tanpa niatku untuk memasuki alam mimpiku. .

'' Rian? Rian? '' Aku membuka mataku sebaik satu goncangan kuat kurasakan. Muka Mak Su dihadapanku. Dia yang berwajah cantik nampak lebih cantik dari sebelum ini. Awet muda dia ni. Nampak macam 25. Bukan 34 tahun sebenarnya.

'' Yer . Mak Su baru balik? Balik dari mana ni? Asal tak beritahu? '' Bertalu-talu soalan yang diajukan pada Mak Su. Mak Su hanya tersenyum lalu berkata

'' Sori tak bagitaw. Mak Su pergi kerja dengan kawan tadi.. '

'' Kerja? Bukan selama ni Mak Su tak kerja ke? '

'' Alaa. Memanglah. Mak Su ada buat kerja amal. Kan dapat pahala buat amalan baik terutama dengan manusia? '''

'' Oh. bila Mak Su buat kerja amal ni? Selama ni tak pernah buat pun. ''

'' Ermm. ala lama dah. Sejak Rian berumur 7 tahun lagi. Saja Mak Su rahsiakan.

Takmo ceritakan. . tapi since Rian dah tanya ni, terpaksa Mak Su beritahu. Nak makan? Mak Su hangatkan makanan tengahari tadi? ' kata dia sambil bangkit dari sofa dimana tempat aku baring.

'' Ah'ah. Lapolah. Mak Su masak apa tadi? '' Aku memang tak makan tadi sebab dok sibuk cari Mak Su dalam rumah yang besar ini. Tak sangka terlelap sampai malam .

'' Mak Su masak kicap daging lembu. Jus kegemaran Rian ada tahu. '

'' Eh sedap tu. Cepatlah hangat. Tak sabo ni. ''

'' Yela-yela. Mak Su nak buat ar ni.. ' Mak Su beredar ke dapur. Aku menguntumkan senyuman. Mak Su aku ni pandai je sorok amalan dia. Baiknya dia ni. Harapnya dia dapat masuk syurga bila mati nanti. Amiin!

Sebelum makan, aku menunaikan Solat Mahgrib bersama Mak Su. Kami berwirid sekejap selepas selesai solat kemudian kami makan sama-sama kemudian menonton televisyen. Dah lama sebenarnya aku tak luang masa dengan dia seperti ini.

'' Mak Su sayang Rian tak? ''

'' Mestilah sayang..takkan tak sayang? Napa tanya camtu? ''

'' Yelahkan. . Rian kan jarang spend time dengan Mak Su. Jadi kot-kot Mak Su makin kurang sayang Rian . '' Aku meletakkan kepalaku ke bahu kiri Mak Su.

'' Taklah. Rian kan macam anak Mak Su sendiri. . Takkan kurangnya kasih sayang Mak Su pada Rian. ' Dia mencubit hidungku. Ahh rasa macam budak 15 tahun kembali bila dia buat begitu. Lama dia tak buat begitu denganku.

'' Rian sayang Mak Su tak? '

'' Sayang ar. Mak Su satu-satunya keluarga Rian tahu ' Mendengar ayat itu, dia mengulum senyuman padaku. Kami saling berbalas senyuman. Malam itu berlalu dengan menonton televisyen bersama dan berbual tentang hari masing-masing .

Sudah tentu kami meninggalkan televisyen sebentar ketika waktu solat Isyak sudah masuk serta azan yang menyeru umat Islam untuk solat berkumandang di televisyen.

Kami amat displin tentang menunaikan solat pada waktu yang tepat. Kami tidak suka melengah-lengahkan waktu solat. Dosa jika melengah-lengahkan waktu solat dengan sengaja. Malam itu aku tak berniaga kerana kawanku Erin menghidap tanda-tanda nak demam.

Namun aku berasa hairan saat aku bangun pada keesokan hari bilamana hari itu merupakan hari cuti bagiku. Hairan kerana aku mendapati Mak Su aku tiada didalam rumah. Jarang sangat dia hendak menghilangkan diri diwaktu pagi sebegitu. Sudah tentu dia akan beritahuku jika dia hendak menghilangkan diri pada waktu pagi kerana aku akan menemaninya.

Mungkin dia sedang buat kerja amal kot? Fikirku. Pagi itu aku bersarapan sendiri.

Sarapan pagi sudah disediakan oleh Mak Su ku – roti canai dan kuah kari homemade version. Ada nota terlekat di tudung saji..

'' Balik petang. Ada kerja . Ada sarapan :) '

Aku mengeluh. Kan betul sangkaanku? Dia ada kerja. Pandai aku meneka. Hehe. Hari ini aku tak solat sebab aku dapati sedikit darah didalam seluar sebaik aku bangun untuk mendirikan solat subuh. ABC- Allah Bagi Cuti . Bolehlah enjoy main game PS3

lama=lama. Lama giler aku tak main game ni. Gian! Sebelum aku pergi meluangkan masa dengan PS3, baik aku pergi mandi dulu! Bau ni. .!

Jam sudah menunjukkan pukul 9 pagi saat aku sudah siap berpakaian. Casual je aku pakai.Tshirt plus seluar panjang. Ringkas kan?

'' Zzzz. zzz '

Hah! Telefonku berbunyi tanda mesej masuk. Ia dari Erin yang mengatakan

'' Kau cuti ke? Lepak jom? ''

Aku balas

'' Malas aku. Kalau nak jugak lepak, datang rumah aku. Kau tahukan? Kau ni dah baik dah ke? ''

'' Hmm. Sihat dah. .tahulah. Aku kan pernah hantar kau balik rumah sekali before Mak Su kau beri kau keretakan? '

'' Tahu takpe. Aku tunggu tahu. Jangan lupa tekan loceng bila sampai. Aku nak main PS3 ni '

'' Ceh. PS3? Orang skang main PS5 lah vongok! ''

Mesej terakhir dari Erin itu tidakku balas. Memang benar apa dikatanya. PS5 sudah keluar sekarang ni selepas PS4. Cuma aku je ketinggalan dengan bermain PS3. Come on, game PS3kan banyak yang awesome? That's why I love PS3 games!

Bila sudah pukul 11 pagi, telingaku menangkap satu bunyi yang datangnya dari luar rumah. Ceh, lambat betul datang. Nasib baik ada peneman setiaku ketika aku keseorangan iaitu PS3. Aku menapak ke depan kemudian aku menekan kunci pagar .

Otomatik pagar terbuka.

Erin sengih sebaik sahaja aku mempersilakannya duduk. Dia berpakaian seluar jeans dan baju lengan panjang serta tudung bawal berwarna biru. Padan dengan kulitnya yang putih melepak. Dia tampak takjub dengan rumahku saat dia menapak masuk kedalam rumah ini. Yelahkan, dia tak pernah masuk rumah ni, sebab tu macam orang hulu tuuuu. .

'' Cantik doe rumoh kau ni! Jelly aku! . '' dia memberi komen sebaik aku hendak memegang konsolku kembali. Dia ni asal dari keluarga yang sederhana, sebab tu dia kata dia cemburu. .

'' Thanks . kau nak air apa? Nak roti canai tak? ' Aku mengalihkan pandanganku dari kaca televisyen ke wajahnya yang ditumbuhi jerawat-jerawat kecil.

'' Milo ais. Bolehlah roti canai sekadar untuk mengalas perut. Ehehhe. Mana orang gaji kau? ''

'' Takde. . tunggu sini. Jangan SENTUH controller aku k? ' Erin mengangguk kepalanya dengan perlahan sebelum aku menghilang di dapur. Erin sudah menanggalkan tudungnya saat aku menatang dulang yang berisikan segelas air milo yang diletakkan ais didalamnya serta sepinggan roti canai yang sudah dibubuh kari ayam yang dihangat Mak Su hari ini.

Erin sengih lalu mengambil dulang tersebut dari tanganku.

'' Kau takde orang gaji ke kat umah kau ni? '

'' Takde. . Berapa kali nak tanya sal orang gaji ni? Aku tahulah Mak Su aku tu kaya tapi dia suka buat kerja rumah dengan tangannya sendiri. Aku pun tak tahu asal Mak Su aku tu tak upah orang gaji . Mungkin dia tak mudah percaya kat orang kot? ' Aku memberi pendapat sebelum menekan satu butang di controllerku. Aku meneruskan permainanku.

Erin hanya melihat aku bermain tanpa join sekaki. Dia tak suka bermain PS3 katanya bila aku ajak bermain sekali. Dia lebih suka PS Vita daripada PS3. PS Vita kan jenis portable ? Tu sebab dia suka-dia dapat ps vita hasil penat lelahnya mengumpulkan duit untuk permainan itu . Well, aku tak suka PS VITA. Kecik. Dan tak memuaskan nafsu nak bermain. Pernah cuba di kedai sebabtu aku tahu. Aku takkan cakap banyak dengan orang ketika aku bermain PS3. Yelahkan, ingat ajak dia kesini, bolehlah dia main PS3 dengan aku. Aleh-aleh lain jadinya.

Jadi bila dah bosan tengok aku main game je, mulalah dia memecah keheningan.

'' Kau tahu tak, rumah besar macam kau ni, ada bilik bawah tanah tahu? '' Aku menekan satu butang di controllerku. Aku merenung kedalam anak matanya. Dia mengulumkan senyuman yang manis diwajahnya.

''Tahu ar Mak Su aku beritahu aku. ''

'' Kau tak nak masuk ke situ ke? ''

'' Mak Su aku tak bagi. . ada hantu kat situ. ''

'' Hantu? Ahahahaha. . '' Erin meledakkan ketawa besar. Aku mendengus dan menceritakan perkara sebenar.

'' Mak Su aku kata. dulu ada orang mati sini. Dia ada bela saka. Saka tu kat dalam basement tulah. Pintu tu dikunci dengan pasak ghaib`. Jangan sesekali buka, nanti kena rasuk.. Aku ikut jewla. ''

'' Come on. . kita kan pandai baca Al Quran. Kalau hantu tu rasuk kau, aku bacakanlah mana-mana ayat yang patut. Takkan kau tak mahu masuk situ??Boleh jumpa hantu. . '' Kata-katanya membuatkan aku diam sejenak..

Aku dan Erin kini berada dihadapan pintu. Nampaknya ia berkunci.

'' Kau tahu kunci dia mana? '

'' Ntah. tak pernah nampak ''

'' Kalau camtu. kau pergilah bilik Mak Su kau. aku rasa dia pegang kot sebab rumah nikan hok dia. ''

'' Hmm. .aku tak pernah selongkar barang orang. ''

'' Aku suruh cari kunci jewkan? Bukan selongkar? Takkan kau tak nak masuk ?Kata nak jumpa hantu …. ''

'' Errr. yelah. ' Aku berkata padanya sebelum meninggalkanya. Bila sudah berada didalam bilik Mak Su, aku membuka lacinya. Laci dimana aku selalu nampak dia menyimpan kunci=kunci bilik rumah ini- kadang-kadang dia bukak pintu bilik masa dia nak simpan tu sebab tu aku tahu. Ada kunci yang kelihatan lama dan mempunyai satu simbol di atasnya. Kunci -kunci bilik rumah ini tak ada macam ni, aku rasa inilah kuncinya. .Beberapa minit kemudian, pintu tersebut boleh dibuka selepas aku memberikan kunci tersebut kepada Erin. Terasa serbsalah sebab masuk bilik orang tanpa memberitahu tuannya.

Erin mengeluarkan Iphonenya. Dia mahu menyuluh sekitar kawasan tapi tiba-tiba Iphonenya terpadam sendiri. Haishh pelik ni. Aku rasa tak sedap je. Menyesal lak ikut cakap dia ni..

'' Err. aku lupa bateri nak habis. ehehe. takpe. biar aku cari suisnya. ' Erin meraba-raba tepi dinding . Kami berdua amat terkejut saat sudah menuruni tangga.

Dihadapan kami adalah satu kepala manusia. Ada kaki dan tangan merata tempat yang nampak berdarah … Ada torso juga. Torso itu tidak mempunyai kaki dan tangan. . 4 buah peti besar dihadapan kami. Ingat kami akan jumpa hantu tampaknya bukan hantu ada disini,, , ,

'' Ini apa Erin? '' Aku memandang Erin. Erin teguk air liur .

'' Your auntie is a kille!. Kita kena tinggalkan rumah kau ni.!''

'' No. I can't believe this! '

'' Well, this is the truth! We gotta out of here now. ''

'' No. ini mungkin kepala manusia yang dah lama disini. ' Aku cuba membuat penafian.

'' Rian. your auntie's a killer!'' kata Erin sebelum seseorang bersuara dibelakang kami..

'' Kenapa korang kat sini? ' tanya Mak Su dengan senyuman diwajahnya.

Ditangannya terdapat kapak panjang warna merah . Dia mendekati kami dan kami berjalan ke belakang. Mak Su tersenyum melebar. Aku meneguk air liur. Terkejut.

'' Mak Su. .bila Mak Su balik ? Kata balik petang. '' tanyaku dengan perasaan terkejut dalam diriku.

'' Well, Mak Su terlupa sesuatu di rumah dan Mak Su nampak bilik ni dah terbuka. So nampaknya Rian dah tahu apa didalam ni. Maknanya. '' Mak Su mengangkat kapaknya sebelum kami berdua mengelak..Matanya menjengil memandang kami.

Aku mengeluarkan kalenjar lakrima dipipi..Perasaan lega menerjah kedalam diri saat dapat mengelak dari serangan kapak Mak Su.

'' You crazy! Ini anak saudara kau, kenapa kau nak bunuh dia?? ' tanya Erin dengan nada suara yang tinggi. Erin menunjukkan riak serius diwajahnya. Dia memegang tanganku dengan kuat. Tanganku menggeletar. Tidak percaya dengan tindakan Mak Su aku yang aku sayangi dari dulu. .

'' Sebab dia dah tahu apa dalam ni! Aku takkan biarkan hidup lepas apa dia tampak dalam ni! ''

'' You're killer? ' Soalku sebelum mengelak dari serangan kapaknya dengan Erin. Aku melihat pintu bilik terbuka. Aku mengisyaratkan mata kepada Erin.

'' Pintu tu aku dah kunci you bastard! Korang takkan kemana-mana hahaha '' dia ketawa besar. Kelihatan Mak Su bukan Mak Su yang aku kenali . Dia tampak marah sangat. Tak pernah dia nampak marah macam ni..Sekali pun tak pernah. Can't belive this is her. . Aku sedih kerana tak sangka Mak Su aku macam ni,

'' Ambik ni! ' Kami dapat mengelak lagi . Aku meneguk air liur. Tak tahu macam mana nak lepaskan diri. Erin mengeluarkan satu botol dari poket seluarnya dan menyembur ke arah mata Mak Su. Mak Su menutup matanya. Dia jerit. .

'' Cepat ambik kunci! '' jeritnya padaku. Aku segera ke Mak Su dan menyeluk poket baju kurungnya. Dia memegang tanganku. Erin menerpa ke arah Mak Su dan menumbuk ke perutnya. Lalu ditendangnya Mak Su. Mak Su melepaskan genggamnya dan aku berjaya mendapatkan kunci dalam poketnya. Entah apa cecair yang disembur Erin aku tak tahu- situasi begini takkan nak tanya kan?

'' Jom! '' Erin menarik tanganku dan kami berdua berjaya keluar. Pintu dikunci sebelum kami berdua masuk kedalam keretaku untuk kebalai polis untuk menceritakan apa yang berlaku.

Mak Su sebenarnya seorang pembunuh. Dia telah membunuh ramai perempuan . Dia akan menculik satu-satu perempuan tersebut dan memengsankannya menggunakan cecair tertentu. Dia akan membawa perempuan tersebut ke bilik bawah tanah dan mula memotong perempuan yang tak bernyawa selepas dia menikam perempuan tersebut.

Ternyata Mak Su mempunyai penyakit mental dipanggil split personality. Satu personalitinya adalah seorang muslimah yang baik dan satu lagi personalitinya ialah seorang pembunuh – apa yang aku dapat simpulkan penyakitnya bila aku terbaca

.diarinya yang dtulisnya juga buktinya sudah tentu ada di bilik bawah tanah.Aku tak tahu bila dia mengheret mangsanya ke bilik bawah tanah, tak tertulis didalam diarinya. Mungkin semasa aku di tempat kerja?

Aku amat sedih ketika mendapat tahu hal ini. Aku terkejut dan kecewa. Aku tak menyangka dia mempunyai penyakit begini.Yang paling memeranjatkan aku adalah daging-daging yang selama ini aku makan adalah daging manusia yang disimpan didalam peti besar yang kunampak pada tempoh hari ketika aku dan Erin dibasement. …No wonder sedap sangat. .

Mak Su sudah 2 minggu berada di penjara dan akan digantung mati tak lama lagi. .

Manakala aku pula terus duduk dirumahnya ini. Hah, tampaknya aku dah jadi sebatang kara. Mak Su, aku sayang Mak Su tapi tak sangka dia begitu. Aku selalu lawat dia setiap hujung minggu . Kini aku dah takde sapa-sapa disisiku.

>>>> Tamat<<<<<<


No comments:

Post a Comment