Mataku tertumpu ke kaca televisyen yang menyiarkan rancangan hiburan nombor satu di Malaysia iaitu Melodi. Rancangan yang lagho dan suka menyebarkan cerita-cerita yang tidak benar dan adakalanya benar. Namun begitu, disebabkan Awal Ashaari mengacarakan rancangan yang membuang masaku itu, aku menonton juga. He's so hot! Beginilah Malaysia. Majoriti penduduknya ialah orang Islam sebab itu ia dikenali sebagai sebuah negara yang Islam walaupun ia tidak ubah seperti negara barat . Sebab itu sesetengah drama atau filem yang berunsurkan Islam disebut Islamik. Drama Islamik. Filem Islamik. Pelacur Islamik eh silap . Maaf.
Padahal drama atau filem yang lain dimana dilakonkan oleh orang Islam ternyata mempunyai unsur -unsur zina kecil tidak disebut sebagai drama islamik atau filem islamik. Bila sesebuah drama mempunyai unsur islam dan pelakon-pelakon perempuanya berpakaian cukup kain , disebut Islamik.
Pelik. Fikirku sendirian bila melihat temuramah seorang artis yang baru berhijab di kaca tv ditemuramah. Menghina agama sendiri. Yang paling pelik ialah dimana jika artis perempuan sudah berhijab itupun masih menunjukkan asetnya dan kononnya sudah dapat hidayah serta bertaubat dihebohkan satu Malaysia? Wau, pandai betul artis kita mencari Publisiti. Pada pendapatku, jika benar-benar seseorang itu sudah dapat hidayah dan bertaubat, dia takkan terlibat dalam hal yang mendatangkan dosa besar seperti zina.
Tak kira kecil ke besar...
Aku mengeluh. Mahu tak mahu aku kena terima keadaan ini didalam negara Islam ini.
Kenyataan dan realitinya . Tombol pintu dipulas menyebabkan mataku berkalih ke muka pintu yang berwarna coklat. Tanggapan muncul dalam diriku.
Dan sebaik sahaja sesusuk tubuh melangkah masuk ke dalam rumah sewa yang macam nak runtuh ini, aku melemparkan senyuman kepadanya. Ya, ianya adik perempuanku yang sudah baligh dan berumur 15 tahun. Muda. Tapi dah pandai cakap fasal budak lelaki yang hensem di sekolah bila kami ada kesempatan hendak berbual.Gatal. Bulu baru nak tumbuh.
Temuramah Che Tan perasan muda yang dilakukan oleh Kiah Propa di kaca tv tidak lagi menjadi perhatianku .
Kini, adik perempuanku yang badannya tinggi daripadaku dan berbadan besar sudah melabuhkan punggungnya . Wajahnya muram. Apahal dengan dia ni?
' Sepupu kawan baik adik meninggal... Esok mayat dia akan dikebumikan. ' Jawabnya sebaik aku mengajukan persoalan tentang keadaanya begitu. Kalau dah sepupu dia mati, kenapa dia nak muram plak? Tak ada kaitan dengan keluarga aku pun.
' So? Buat apa sedih fasal dia? Dia bukan sepupu kita pun nak ditangisi,, ''
' Akak ni jahatlah! Mestilah sebagai rakan baik , Adik harus berasa simpati.Lagipun, dia kawan adik gak.. ''
' Alaaa---- ''
Bum! Pintu bilik kedua didalam rumah sewa itu dihempasnya dengan kuat. Ceh.
Mengada. Benar apa aku kata?
Sejam kemudian, aku terus membuka laptop yang kuambil dimeja restoran a yang tidak jauh daripada rumahku seminggu yang lepas. Aku ingat lagi bila ibuku tanya, mana aku dapat laptop yang disimpan dalam beg laptop tu..
' Mana dapat? ''
' Pak Cik Lan(tokey restoran ) yang bagi kat akak sebab akak tolong dia daripada kena ragut .. ''
' Okay tapi mak takkan langgan pakej internet untuk laptop kamu. Mak takde duit. '
Kata ibuku sebelum aku senyum setelah menganggukan kepalaku. Bulat-bulat dia percaya. Heh. Orang kurang kat restoran, tu aku ambil mengambil kesempatan untuk mengambil laptop tersebut. Pelupa sungguh orang pejabat yang merupakan pelanggan disitu.
Laptop jenama Acer dan mempunyai spesifikasi yang rendah itu sudah cukup bagiku untuk melayari internet dengan talian wifi jiran sebelah. Nasib baik aku jenis yang pandai hack password wifi orang yang ku belajar daripada youtube dahulu.
Google Chrome ku tekan kemudian setelah 10 saat menunggu, terpaparlah laman Facebook, Twitter, blog Ben Ashaari dan blog -blog perempuan yang perasan kiut padahal muka macam pecah rumah terletak di profil blog mereka. Namun begitu, isi blog mereka sungguh bagus..
Sebuah status di dalam laman Facebook telah menarik perhatianku. Cepat sahaja aku membacanya.
' Sweet tak kitaorang? ' berserta gambar dua orang budak bawah umur yang kuagak baru mencecah 12 tahun sedang bercium yang diuploadnya . Tidak ubah seperti kucing betina dan kucing jantan yang ingin mengawan dikhayalak orang ramai.
Haih, budak-budak. Siap ada orang komen '' Hope kekal sampai ke Jannah . ''
Eww, geli. Terus sahaja aku meng' unfriendkan' dia. Belum baligh dah nak mengawan.
Aku yang dah berumur 21 nipun tak gitu. Almaklumlahkan, muslim sejati gitu. Tutup litup satu badan kalau nak keluar. Eh angkat bakul pulak aku. Tapi kalau aku tak angkat bakul, siapa pula nak angkat bakul pulak kan?? Heh.
2 jam berlalu dengan pantas dan sia-sia... Setelah bosan membaca blog yang kubuka, terus sahaja jariku lantas menggerakkan mouse untuk menekan logo pangkah kemudian menekan Yahoo Messenger.
' GirlHotGiler mahu menambah anda sebagai kenalan . Terima atau Tidak? ' ( Nota Penulis: Saya dah lama tak guna YM jadi saya lupa macam mana pertanyaannya bila saya ingin ditambah. Ampun maaf)
' Terima '
Hmm, hot sangat ke girl ni? Id YM pon pelik.. Tak apalah, terima je. Lagi banyak rakan lagi bagus.
Aku pantas menekan papan kekunci kemudian satu perkataan muncul didalamnnya..
Aku: Hai :)
GIRLHOTGILER: Hai jugak. Hope kita boleh berkawan . :) Aku: Okay.. Intro?
Jam sudah menunjukkan pukul 7 malam. Ibuku sudah bising kerana aku menghadap laptop sepanjang hari ini. Dia ada tanya bagaimana aku dapat line internet semalam.
Aku memberitahu yang aku menggunakan line wifi jiran orang sebelah setelah diberi keizinan . Ibuku yang bodoh fasal hal teknologi hanya mampu menganggukkan kepala dan tersenyum. Tersenyum sebab duit dia jimat kerana aku tak minta untuk melanggan internet.
' Yelah mak,kejap. Sket je ni...Nak habis dah ni.. ' kataku sambil menaip beberapa patah perkataan di YM. Seronok berbual dengan Ezrina . Kawan Alam Maya yang paling peramah pernah aku jumpa dalam talian. Sempat juga kami tukar nombor telefon.
GIRLHOTGILER: Malam nanti saya call awak okay?
Aku: K. Bai.
Aku menguap tanda mengantuk . Terhidu bau nafasku yang berbau. Sememangnya aku malas hendak memberus gigi setiap hari. Cuma bila nak blind date dengan lelaki , baru aku hendak mewangikan mulutku ini. Ya, aku malas nak kerja. Sebab tu aku tak jaga sangat bau mulutku ini. Tak keluar sangat. Buat apa. Dan aku malas nak sembahyang.
Ya, aku tahu aku jahat. Abaikan.
Nada dering berbunyi. Keluar korus lagu Didalam Diam Aku Mencintaimu. Nombor yang dikenali tertera. Eh sapa plak ni? Oh! Ezrina. Sah dia ni!Eh memang dia pun sebab nama dia.
' Hello awak... ''
' Hello..ehehe...saya baru nak tidur ni.. Awak buat apa tu? ''
' Takde apa. Maaflah ganggu awak nak tidur. ''
' Takpa. Tak ganggu pun. Kenapa kol saya ni? '
' Saja..Takde teman nak borak. Nak borak dengan kakak, takde kakak. Nak borak dengan abang, takde abang. Anak tunggal katakan.. ''
' Mak camna? '
' Mak takde....Ayah takde dah meninggal sejak saya kecil. Saya tinggal dengan mak saudara saya . '
' Maaf.. Saya tak bermaksud.. ''
' Takpa. Dah biasa. Saya seronok kawan dengan awak. ''
' Ya. Saya pun. Awaklah kawan yang paling ramah sekali pernah saya jumpa dialam maya.. hehe.. Macam-macam topik awak bangkitkan tadi. ' Aku meledakkan ketawa halus. Tersengih aku sendirian.
' Oh ya? Saya memang ramah.. hehe.. Awak free tak esok? ''
' Free..hari-hari free.. ehehe.. Why? '
' Kita jumpa nak? Lepak-lepak. Minum-minum . Tengok wayang..ehehe ''
' Hmm... ''
Aku diam sejenak. Jumpa? Wau. Baru sehari berkenalan, nak ajak jumpa? Ntah-ntah dia ni orang jahat kot. Patut ke aku terima pelawaan dia? Hmm..
' Sorry awak.. Bukan apa, kita baru berkenalan ..jadi.. ''
' Oh. Okay. Takpa. Saya faham. Nanti bila awak dah sedia, beritahu saya okay. Bye.
Nite. ''
' Okay..Nite. Mimpi indah tahu. ''
Talian telefon terputus..
Aku memperbetulkan kedudukan. Senyuman menghiasi wajahku. Setelah memeriksa keadaan baju t-shirt dan kain batikku, aku segera menyebut ' hi ' kepadanya. Kamera dalam laptop menunjukkan diriku. Kami sedang berwebcam. Aku tiada kamera sebab laptop ini mempunyai built in camera.
Ternyata dia cantik. Putih melepak kulitnya. Matanya berwarna hitam dan bukanlah biru sebab dia keturunan Melayu. Ingat minah salleh mana tadi , heh! Rambutnya panjang mencecah bahu, Cukup pakej untuk mencari bapa gula-gula.
Kami sama-sama ketawa kecil. Malu melihat diri masing-masing. Ini kali pertama aku berwebcam. Jadi, agak janggal pada mulanya. Ezrina sedang duduk bersila di atas katil.
Dia mengukirkan senyuman yang menampakkan giginya yang putih. Tak macam gigi aku yang kuning. Tapi selamba je aku senyum.
Dibelakangnya ialah dinding biliknya kuagak. Tepinya ada sebuah meja kecil yang mempunyai lampu meja diatasnya. Bawahnya tersusun buku-buku tebal. Mungkin novel kuagak.
Setelah 1 minit berbalas senyuman , dia mula berbicara. Topik yang dibangkitkan kali ini ialah tentang cinta. Biasalah, girls talk. Kalau boys talks, topik tentang tubuh wanita menjadi perbualan mereka.
' Awak ada boyfriend tak? ' Soalnya dengan senyuman yang menawan . Aku berdehem kecil.
' Takdelah..saya tak minat bercinta ni.. Saya kalau boleh nak nikah terus bila jumpa lelaki yang saya suka. '' Jawabku miang. Tapi benar apa yang kukatakan tadi.
' Maksud awak, bila awak jumpa lelaki yang awak minat. Terus ajak dia nikah gitu?
Hehe '
' Taklah. Maksud saya. Saya takkan bercinta dengan lelaki sebelum saya menikahinya.
Alaa, macam nabi Muhammad kita tu.. '
' Saya faham. Saja kata gitu..ehehe... kelakar tengok awak respon tadi..ehehe ''
' Awak ni. Ada-ada je. Awak pula ? Ada boyfriend? '
' Ada tapi... '' katanya dengan riak wajah yang sudah berubah. Sugul.
' Tapi apa? '' tanyaku dengan perasaan hairan dan tertanya-tanya dalam diriku.
' Dia tu suka kongkong saya. Kuat cemburu. Dia tak suka bila saya berbual dengan lelaki lain. Kalau nampak saya keluar dengan kawan-kawan lelaki, dia marah saya kemudian dia akan tarik tangan saya masuk ke dalam kereta dia. ' Tuturnya . Terhenti seketika .
' Errr... awak tak rimas ke dengan sifat dia tu? Kenapa awak tak putus je dengan dia?
Lelaki macam tu tak patut dibuat kekasih. ' responku seperti seorang kaunselor perkahwinan.
' Rimas jugak... tapi sebab saya sayang sangat kat dia. Saya tahan jelah. Saya tak mahu berpisah dengan dia. '' sambungnya lagi. Kemudian dia tersenyum kembali.
' Baiklah kalau begitu. It's up to you . ' ujarku sambil hatiku tertanya-tanya adakah dia masih dara? Bila aku dengar perkataan '' saya sayang sangat ' tu, tiba-tiba aku fikir yang tidak elok pasal dia.. Leya, jangan fikir buruk. Tak baik , Dosa!
' Jadi jenis lelaki idaman awak apa? '' soalnya padaku.
Dua jam aku membuang masa berbual dengannya dalam talian internet. Adakala dia membuat lawak . Lawaknya yang agak bodoh kudengar, ku pura-pura ketawa. Nak ambil hatilah katakan. Apabila jarum jam sudah menunjukkan nombor 5 petang, aku terus offline setelah mengucapkan selamat tinggal kepadanya..
Apabila aku sudah menutup laptop Acer, pintu bilik diketuk. Antara ibu atau adik perempuanku yang sedang mengetuk di luar kuagak. Terus sahaja aku mengarahkan orang itu masuk dan ternyata ia adik perempuanku.
' Hah, mu nak bende? ''
' Boleh tak teman adik pergi ambil gambar di kedai Kodax ? Sekarang? '
' Tak moh. Mu pergi sendiri. Aku malas. Asal tak ajak kawan baik kau tu? ''
' Dialah yang suruh adik pergi ambil gambar tu. Dia sibuk sekarang. Dah lama dia tertangguh nak ambil gambar tu..''
' Gambar apa? Gambar budak lelaki ea? Haha ''
' Takdelah. Gambar majlis hari lahir minggu lepas. Boleh lah..''
' Boleh blah. Aku malas.. Nak semayang Isyak ni.. '
' Huh! Belahlah akak! Nama waktu semayang pun lupa. Asarlah! Bukan Isyak.. Dahlah mulut bau macam longkang! ' kutuk adikku kemudian menapak laju keluar. Aku hanya diam memerhatinya..
Whatever, malam ini aku hendak berjumpa dengan Ezrina setelah 3 hari berkenalan.
Dari gaya dia bercakap tadi, kudapat rasakan dia seorang perempuan yang baik. Malam ini kami hendak menonton wayang dan makan-makan. Pastinya dia yang belanja.
Ehehe.
' Ermm, Awak...sorry ye.. Saya lupa nak bawa dompet sayalah.. Awak tolong bayarkan tiket , boleh? ' Ayat yang meluncur keluar daripada mulutnya menyebabkan satu retakan tiba-tiba wujud didalam hatiku..Rentak sebab kena keluarkan duit..Nasib baik aku bawa duit not 50 ringgit yang aku curi daripada beg tangan ibuku secara senyap-senyap sebelum keluar tadi.
' It's okay.. ' responku sambil menghulurkan duit. Perempuan yang menerima duitku itu menampakkan reaksi pelik diwajahnya. Berkerut dahinya.. Kenapa ea?
' Dua ke cik?
' Ya lar. Takkan sorang . Kan ada orang sebelah saya ni. ' jawabku marah. Soalan bodoh pernah aku dengar sekali.
' Cik sihat? ''
' Eh sihatlah. Takkan tak sihat pula. Apa awak merepek ni? '
' Betul ni? ''
' Eh betullah. Awok ni.. cepatlah bagi tiket tu. ' kataku dengan nada yang sama seperti tadi lalu mengambil dua tiket itu. Ada ke pulak tanya aku sihat ke tak. Tentulah sihat.
Takkan gila pulak. Kalau aku gila, aku takkan berada disini.
Aku mencari-cari tempat dudukku . Kemudian aku melabuhkan punggung. Aku menoleh ke kiri dan ke kanan mencari Ezrina yang tiba-tiba menghilang. Aku bangun lalu aku mendapat rasa sentuhan dibahuku.
' Eh.. awak gi mana tadi? Tadi ada kat belakang saya bila masuk sini pastu hilang pulak..'' soalku kehairanan. Bertambah hairan bila penonton disitu memandang tepat kepadaku.
' Tak gi manalah. Jom tengok wayang ni..start dah... ''
' Okay... ' aku melabuhkan punggung semula. Sempat kami berbalas senyuman.Walaupun masih hendak bertanya tapi aku diamkan sahaja. Malas nak panjang lebarkan hal. Penonton disitu masih memandangku kemudian berhenti bila babak pertama filem ditayangkan.
Filem yang membosankan. Menyesal aku pilih. Filem melayu yang sampah dan plot ceritanya yang mengarut. Dammit. Namun tetap aku menontonnya jua. Selepas menonton wayang, aku terus menuju ke restoran KFC. Ezrina yang ajak aku ke sini.
Kami berbual ketika makan bersama. Macam-macam topik.
' Terima kasih sebab belanja saya . ' katanya sambil menguntumkan senyuman. Pakaian yang tak cukup kainnya menampakkan asetnya itu cukup menarik perhatian lelaki disitu. Namun, sebahagian lelaki disitu melihat ke arah aku... Aku hanya menjeling sahaja. Tidak pernah aku diperhati begitu oleh kaum lelaki sebegini..ehehe... Aku tak cantik. Abaikan. Pelik rasanya bila diperhati..ehehe..
' Sama-sama. Saya tak kisah pun.. ''
' Sekali lagi saya minta maaf pasal tadi . Saya memang tak perasan dompet saya tak ada.. ''
' Tak apa.. Manusia kan selalu buat silap. Eheheh.. ' Tak ikhlas langsung kukatakan .
Tapi terpaksa buat-buat senyum..ehehe..
' Tapi saya janji saya akan ganti esok. Kalau awak sudi datang rumah sayalah.. '
' Oh. Boleh je.. Nanti awak bagi ya alamatnya. '
' Nanti saya mesej bila awak sampai umah nanti.. ''
' Okay. '' Kami saling tersenyum.
Aku mengeluarkan telefon bimbitku. Telefon jenama Alcatel One Touch itu kupegang sambil badanku berposing. Tanganku memegang bahu Ezrina sambil pipi kami berlaga.
Sengaja mahu menangkap gambar kami berdua sebagai kenangan dan ingin upload di Facebookku dengan niat suka-suka je..
' Awak nampak lawa dalam ni ' pujinya sambil kami berdua melihat gambar kami. Aku tersenyum malu mendengar pujiannya itu. Aku juga memujinya kembali. Kemudian kami pulang ke rumah masing-masing dengan pengangkutan sendiri. Aku naik motor skuter, dia naik kereta saga...
Jari telunjukku menyentuh skrin telefon bimbitku, setelah 30 saat mencari gambar yang ditangkap semalam , aku berasa hairan sekali.
Gambar itu kutatap untuk seketika. Aneh. Aku dapati hanya diriku seorang didalam foto tersebut dengan gaya memeluk seseorang . Setahu aku hanya terdapat dua orang didalam gambar ini iaitu aku dan Ezrina. Aku masih ingat dia puji aku nampak lawa dalam gambar tersebut yang ditangkap sebanyak tiga kali.
Aku mengosok-gosok mataku untuk beberapa kali. Hendak memastikan aku tidak silap memandang. Namun, keputusannya masih sama. Tampaknya Ezriana tiada didalam gambar ini. Dan ianya hanya diriku. Hmm..
' Woi! ' suara yang bernada tinggi itu mengejutkan aku ditambah dengan tepukan kuat dibahuku. Suara itu tak lain tak bukan ialah adik aku sendiri.
' Kurang ajor punya budak! ' marahku dengan riak tegang. Agak marah dengan perlakuannya itu. Pantang aku disergah.
' Rilek ar kak.. Gurau pun takbleh ke? ''
' Gurau tu kena ada bataslah. Aku tak suka kena sergah ni. ' ujarku dalam nada normal semula. Tidak seperti tadi. Adikku hanya mampu menyeringai lalu bertanya padaku..
' Kak tengok apa dalam fon tadi? ''
' Gambar. Gambar aku dengan kawan aku. Tapi pelik lah. Dia takde pula dalam gambar ni. Semalam bila lihat lepas tangkap, ada plak.. Takbleh nak upload kat fb macam ni ''
' Ntah-ntah kawan akak tu hantu tak? Tu takde tu..ahaha.. '' ketawa kecil dilepaskannya.
' Hantu apanya kau ni. Kalau dia hantu, tentulah aku tak boleh nampak dia. Hantukan ghaib. Untuk menjadi spesifikasi, hantu ni jin. Orang melayu je sebut hantu ni. Hantu penanggalah, raya,lah, toyollah. Padahal jin merupa bentuk je. ''
' Tapi hantu boleh menjelma kak. ''
' Ya. Tapi kalau kawan aku tu hantu, dia takkan sms , chat dan berwebcam dengan aku ''
' Hmm, akak tak beritahu pula kawan akak ni kenalan alam maya semalam bila adik tanya. Jadi semalam baru kak jumpa dialah? ''
' Yalah. Dia ni peramah kau tahu. Leka je berbual dengan dia. Orangnya cantik . Dah berpunya. Tapi dia dah takde mak ayah sebab mereka mati semasa kemalangan. Dia tinggal dengan mak saudara dia.. ''
' Nama dia siapa kak? Kak tak beritahu pun.. ''
' Ezrina. ' mendengar perkataan yang terpacul daripada mulutku itu. Menyebabkan adikku diam sejenak. Dia kelihatan berfikir sesuatu.
' Asal dengan muka tu? Kau kenal dia ke? ''
' Erm.. tak. Tapi cuma nama dia tu sama seperti nama sepupu kawan baik adik. Tapi dia dah meninggal. '
' Oh sepupu kawan kau yang meninggal hari tukan? Yang kau sedih sangat dia dah masuk kubur..''
' Akak ni tak baik cakap begitu. Meninggallah. Bukan masuk kubur. ''
' Sama lah tu.. haha ' aku ketawa halus. Ingin aku katakan aku takkan simpati atas kematian orang lain lebih-lebih lagi jika aku tak rapat langsung dengan orang tu. Eh sepupu kawan dia aku tak kenal, kenapa aku nak simpati pulak kan?
' Akak ni.. teruklah. ''
' Teruk-teruk aku, kakak kau gak.. ehehe..tapi sepupu dia tu meninggal sebab apa? '
' Dia kena tikam dengan pakwe dia. Pakwe dia tu dah kena tangkap. Sebab pakwe dia tikam dia, tak tahulah. ''
' Ohhh.. kesiannya.. tulah siapa suruh berpakwe. Kang susah..ehehe ''
' Akak, yang pergi sudahlah. Ni, boleh hantarkan adik ke kedai Kodak tak? ''
' Eh.. bukan ke hari tu kau dah pergi sendiri ke? ''
' Hari tu memang dah pergi. Tapi tutup. Bolehlah kak. Adik malas nak jalan kaki..''
' Ceh, yelah. Cepat siap. Lepas ni aku nak pergi ke rumah Ezrina pula. ''
' Buat apa nak pergi rumah dia? ''
' Aku nak minta duit gantilah. Semalam dia guna duit aku untuk tonton wayang sebab dompet dia tercicir. Tapi aku nak minta tolong kau ni.. ''
' Apa dia? ''
' Kau tahu tak taman *** mana? Aku tak tahulah . Menurut alamat rumah yang dia mesej aku tadi, rumah dia kat taman ****. Aku tak pernah dengar. Kau kan selalu buat study group kat rumah kawan. Mesti kau pernah dengar nama taman perumahan tu..
Mana tahu kawan-kawan kau tinggal di perumahan sama dengan dia . Nah tengok ar alamat ni ' kataku lalu menghulurkan telefonku padanya. Buat seketika, riaknya yang ceria tadi sudah berubah.
' Tengok! Whats wrong with the face? '' tanyaku dalam keadaan hairan.
' Kak, sebenarnya alamat rumah ni ialah rumah kawan baik saya, ' ucapnya dalam nada perlahan. Riaknya tampak terkejut dan pucat.
' Kalau macam tu, dia tipu akulah.. hishh, aku tak patut percayakan dia.. ' sebutku dalam keadaan kecewa. Hampa. Tapi aku pelik, bagaimana dia tahu alamat rakan baik adikku? Dia kenal rakan baik dia ke?
' Kak, saya nak tanya, macam mana rupa Ezrina tu? ''
' Hmm, mata bulat, putih. ramping, tinggi, rambut paras bahu .. Cantik. Kenapa ? '
' Kak kenal dia sejak bila? ''
' 4 hari lalu.. eh dahlah, aku nak kol dia .. Nak tanya alamat rumah dia yang betul. Siap dia aku maki. ' tuturku lalu mengambil telefonku dan mendail nombornya. 3 minit kemudian, bunyi nada dering telefonnya iaitu korus lagu I'm In Love.
' Hello,siapa ni? ' kata seorang perempuan dihujung talian. Yakni itu bukan suara milik Ezrina. Aku agak pasti itu suara mak saudaranya.
' Saya Leya. Kawan Ezrina. Mana dia? Saya nak cakap dengan dia. Ada hal penting nak cakap dengan dia. ''
' Err..awak tak tahu ke? '
' Tak tahu apa? ''
' Dia dah meninggal. Dah jadi arwah . ''
' Awak jangan main-main dengan saya. Semalam saya baru jumpa dia. Usah berdolah dalih, Tahu tak, dia suruh saya guna duit saya dulu semasa keluar bersama semalam dan dia kata dia nak ganti duit . Dia suruh saya datang rumah dia hari ini dan dia telah beri alamat orang lain. Geram tahu tak. Saya tahu dia ada. Mana dia? Saya mahu bercakap dengan dia .. ' ucapku tanpa membahasakan orang tua tersebut dengan panggilan mak cik. Ah, malas aku hormat orang tua. Dahlah tengah panas ni. Sepanas api neraka.
' Mak cik tak main-main nak. Anak saudara mak cik tu dah meninggal 4 hari lepas.
Hal kematian mak cik tak main-main. Kalau tak percaya, mak cik boleh tunjukkan kubur dia . ''
' Betul ke ni? ''
' Betul. Demi Allah. Buat apa mak cik tipu. ' Aku tanpa sedar melepaskan telefon daripada tangan kananku. Agak sukar untuk menerima apa yang baru didengar tadi.
Seorang mak cik, sudah tentulah takkan menipu.
Tapi kalau betul dia dah meninggal, siapa yang bercakap dengan aku di alam maya dan di alam nyata selama ini?
' Akak, kenapa ni? ' soal adikku sambil menghampiri aku yang berdiri kaku. Aku memandangya seraya berkata..
' Ezrina dah meninggal.. mak saudara dia beritahu aku tadi.. ''
' Ya Allah. Kak, adik rasa ' Ezrina ' yang akak kenal 4 hari lalu tu. Sepupu rakan baik adikllah. Sebab Ezrina tu memang tinggal dengan rakan baik adik. Dia tinggal dengan mereka sejak dia kecil sebab kehilangan ibu bapa dia dalam sebuah kemalangan kereta.
'
' Apa? ' Tuturku tak percaya.
Imbas .
' Mak takde....Ayah takde dah meninggal sejak saya kecil. Saya tinggal dengan mak saudara saya . '
' Dia tu suka kongkong saya. Kuat cemburu. Dia tak suka bila saya berbual dengan lelaki lain. Kalau nampak saya keluar dengan kawan-kawan lelaki, dia marah saya kemudian dia akan tarik tangan saya masuk ke dalam kereta dia. ''
' Rimas jugak... tapi sebab saya sayang sangat kat dia. Saya tahan jelah. Saya tak mahu berpisah dengan dia. ''
' Dua ke cik?
' Ya lar. Takkan sorang . Kan ada orang sebelah saya ni. ' jawabku marah. Soalan bodoh pernah aku dengar sekali.
' Cik sihat? ''
' Eh sihatlah. Takkan tak sihat pula. Apa awak merepek ni? '
' Betul ni? ''
' Terima kasih sebab belanja saya . ''
' Sepupu kawan baik adik meninggal... Esok mayat dia akan dikebumikan. ''
'' Dia dah meninggal. Dah jadi arwah. ''
' Dia kena tikam dengan pakwe dia. Pakwe dia tu dah kena tangkap. Sebab pakwe dia tikam dia, tak tahulah. ''
Duniaku tiba-tiba menjadi gelap.
' Seriously, apa yang saya katakan betul. Saya macam tak percaya bila mak cik kata dia dah meninggal. Sebab kami pernah berbual melalui telefon dan webcam. Kami juga pernah berjumpa. '' kataku pada ibu saudara Ezrina a.k.a ibu rakan baik adikku.
' ' Hmm, susah nak percaya cerita kamu ini. Tapi tak apalah. Yang berlalu sudah berlalu.
Yang penting kamu dah tahu arwah Ezrina sudah tiada dibumi ini. ' balas ibu rakan baikku lalu mempelawa aku minum nescafe. Aku disini menemani adikku menghantar gambar-gambar kepada rakan baiknya di rumah ini. Pada mulanya aku tak mahu masuk, tapi dah orang pelawa. Aku masuk juga.
Selepas perkenalan dengan ' Ezrina'' , aku tidak lagi menggunakan media sosial dan YM
untuk berhubung dengan rakan alam maya. Aku dah serik dan tak mahu perkara sama berulang. Laptop yang kuambil, ku serahkan kepada balai polis dan pagi tadi aku melihat jiran sebelahku telah memanggil pekerja ATM di rumanhya. Mungkin sebab internet slow kot..eheheh..
Apa-apapun, tentang bagaimana ' Ezrina ' berbual dengan aku tu masih misteri dalam 4 hari itu. Aku harap rohnya aman di ' sana ' . Kematian dia berpunca tikaman di perutnya kerana teman lelakinya amat marah dengannya. Marah kerana Ezrina tidak tahan dengan perangainya yang cemburu lalu memutuskan kata putus. Mengikut artikel berita Metro yang aku baca hari ini tentang kes bunuh teman wanita.
Patutlah aku menjadi tumpuan pada malam itu dimana aku berjumpa dengan ''Ezrina ''.
Bukan sebab diriku akan tetapi sebab perlakuan diriku yang kelihatan seperti bercakap dengan seseorang yang tidak tampak di mata mereka. Ahh, semua tu dah berlalu. Baik aku lupakan.
>>>>> Tamat <<<<<
No comments:
Post a Comment