Gambar. Jika kita hendak merakamkan satu peristiwa untuk kita ingati dan kenang sampai bila-bila, kita akan menangkap diri kita bersama yang terlibat dalam peristiwa hidup kita. Ya, gambar. Untuk menangkap gambar, kita perlukan sebuah kamera. Tanpa kamera, tiadalah gambar.
Ayah aku seorang jurugambar . Dia bekerja untuk Syarikat Akhbar Malaysia. Tidak payah aku sebut nama Syarikat tersebut. Cukup sahaja dengan nama Syarikat Akhbar Malaysia.
Semasa aku berumur 10 tahun, aku sudah pandai menangkap gambar. Aku masih ingat, kamera aku waktu itu. Kamera yang merupakan pemberian ayah aku.
NIKON D40. Kamera itu masih lagi dalam simpanan aku hingga kini.
Cuma aku tak guna. Aku lebih suka kamera masa kini. Kamera yang aku miliki sekarang ialah Nikon D810. Sebagai seorang pelajar yang menuntut di universiti dalam bidang fotografi sudah tentulah aku tahu menggunakannya.
Aku ingin mengikuti jejak ayah aku. Iaitu menjadi jurugambar. Tapi bukan jurugambar untuk syarikat akhbar Malaysia. Akan tetapi aku ingin menjadi jurugambar perkahwinan, atau majalah. Ya, itulah cita-citaku sejak kecil lagi..
Aku mempunyai satu hobi semasa aku bosan. Iaitu menangkap gambar persekitaran dan orang-orang disekelilingku. Jika ternampak seorang lelaki atau perempuan yang hensem dan cantik, pasti aku akan menangkap gambar mereka dalam keadaan mereka sedar dan tidak.
Aku suka tangkap gambar. Aku suka tangkap gambar keluarga yang berjalan-jalan di taman riadah. Seronok melihat keluarga bahagia didepan mata sendiri. Macam aku dan parents aku.
Sekarang aku sudah berumur 21 tahun. Aku baru sahaja memasuki universiti dimana aku mengambil bidang fotografi sebagai ilmu yang ingin aku pelajari. Disini aku tidak mempunyai rakan. Aku tidak suka bersosial sebenarnya , aku hanya akan bersosial jika aku hendak tangkap gambar seseorang. Pelik kan? Tapi ini kebenarannya.
Universiti aku ini terletak di negeri Pahang. Negeri asalku ialah negeri utara. Jadi, terpaksalah aku berjauhan dengan ibu bapaku yang sanggup jual tanah pusaka sendiri semata-mata hendak menghantar aku ke universiti. Mereka sempat berpesan sebelum aku meninggalkan negeriku supaya aku harus belajar bersungguh-sungguh dan jangan tergelincir dari landasan agama. Jangan jadi perempuan murahan. Jangan jual murah . Tambah mereka lagi.
Aku selalu ingat pesanan mereka. Sebab itu aku tidak bersosial sangat. Lebih-lebih lagi dengan orang lelaki. Orang lelaki mana boleh dipercayai. Cukuplah aku menceritakan tentang aku. Ikutilah perjalanan hidupku sebagai seorang yang anti sosial dan suka tangkap gambar..
Petang ini. Macam biasa. Aku akan lepak di tepi pantai. Dengan kamera nikon D810 di tali yang tergantung di leherku, aku memegang kamera tersebut untuk menangkap pemandangan di tepi pantai. Pemandangan pantai ini sungguh indah.
Leka aku sekejap. Kadang-kadang aku akan lepak sini sampai matahari terbenam.
Tempat ini sesuai untuk melihat matahari melabuhkan tirainya disiang hari.
Ada juga aku snap pasangan yang sedang berjalan di tepi pantai. Ada yang sekeluarga sedang berkelah. Sesungguhnya aku suka akan keadaan begini. Aku suka lepak sini sorang-sorang kalau aku takde assigment nak buat. -Tapi kalau ada pun, aku akan tangguh assigment yang berlambak dalam bilik semata-mata hendak menangkap gambar orang..
Gambar yang aku tangkap seringkali aku akan print dengan menggunakan printer yang bersambung dengan laptopku di rumah aku. Kepingan gambar tersebut aku akan simpan dalam album buat koleksi.
Sedang aku syok menangkap, aku tertangkap gambar seorang perempuan.
Orangnya cantik. Sangat cantik. Aku takkan melepaskan peluang ni. Aku ingin mendekati perempuan ini. Tujuan aku ingin mendekati perempuan ni ialah ingin mengambil gambarnya. Sebenarnya gambar perempuan cantik banyak jadi koleksi dalam album aku. Gambar-gambar dalam album tersebut memang cantik lagi-lagi gambar itu diambil tanpa disedari mereka.
Namun.. aku terfikir sejenak.. Baru aku ingat, perempuan ini merupakan anak pensyarah universiti aku belajar. Dengarnya dia ada skandal dengan pelajar-pelajar lelaki di universiti aku belajar.
Perempuan murahan. Huh, sesuai untuk jadi model dalam album gambarku. Aku mula sengih sendirian..
'' Cik Fin! '' jeritku padanya yang tidak berapa jauh denganku. Kedengaran hempasan ombak di gigi pantai. Pasir-pasir pantai tampaknya wujud kesan tapak kaki manusia. Beberapa orang sahaja yang melepak di pantai ini. Most of them nampak macam budak-budak sekolah menengah yang kuagak dalam lingkungan 15-17 tahun.
Aku melambai. Dan dia berpaling ke arahku. Dia mula mencari dimana suaraku tapi apabila dia ternampak tangan aku diudara, dia terus mengulum senyuman.
Dia menapak ke arah aku yang sedang duduk bersila di atas pasir pantai beralaskan tikar yang kubawa tadi.
Perempuan ini seksi. Putih. Perfect untuk koleksi gambarku. Aku sengih lagi.
'' Ya Qesrina? Kenapa panggil saya ni? '' tanya dia lembut. Ahai i cairnya aku.
Aku meneguk air liur. Tak sabar nak tangkap gambar dia nanti secara dekat.
Ehehe..
'' Panggil saya Qes je cukup. Saja panggil awak. Saya nak ajak awak berbual sebab saya bosan takde teman.. '' aku menuturkan ayat itu dengan nada lembut. Aku agak terangsang dengan pemakaiannya. Aku bukan lesbo ye, aku sebenarnya confuse. Sama ada aku ni bi ke atau straight. Ahh, pedulikan.
'' Oh okay...saya pun bosan sebenarnya.. sebab tu jalan tepi pantai.. awak buat apa sini? '' soalnya lagi. Aku mengangkat kameraku dan zoomkan ke mukanya lalu pancaran cahaya muncul dari kameraku..
Aku sengih sambil berkata
'' tangkap gambar..ehehe... ''
'' Awak tangkap gambar saya ke sebentar tadi? '' tanya dia lagi. Aku angguk dan mengangkat kameraku. Snap-snap. Snap. Annoying giler perangai aku ni..
'' Stop! '' katanya dalam nada marah . Nampak macam annoying je.Eh aku yang annoying sini! Beberapa kali tangkap gambar dia. Sapa suruh jadi cantik? Kan dah kena tangkap gambar? Ehehehe..
Tangannya menutup lensa kamera aku. Aku berhenti menangkap gambarnya.
'' Janganlah marah..awak cantik..sebab tu saya nak tangkap...maafkan saya ea? ''
'' Ya, saya memang marah. Tapi kenapa awak tak beritahu awak nak tangkap gambar saya then bolehlah saya posing.. '' balasnya dengan riak serius diwajahnya.
Aku senyum. Heh, perempuan murahan macam dia ni memang patut sebarkan gambar bogel dia. Sial!
'' Okay... kalau begitu awak posinglah dengan gaya awak suka.. '' kataku lagi kepadanya . Serta merta riak wajahnya berubah menjadi riak wajah gembira seperti dia kali pertama melihatku tadi ..
Esok.
'' Qes! Qes! '' panggil Jack- pengkid dari arah belakang. Aku mendengus marah.
Kemudian aku berpaling ke belakang menghadap muka dia. Kacak juga pengkid ni, tapi sayang, aku tak mahu jadikan dia sebagai koleksi album aku. Tak sesuai langsung. Takde konek tapi nak belagak macam jantan.
Aku jarang nak bercakap dengan dia dan keluar dengan dia. Melainkan ada assigment secara berkumpulan, jadi terpaksalah aku berkata-kata kepada ahli kumpulanku termasuk dia.
'' Apa dia? ''
'' Kau tahu dok yang anak pensyarah kita tu hilang ? Dia hilang sejak semalam.
Pensyarah kita dah failkan missing person di balai polis. '' beritahu Jack sungguh-sungguh. Kami kini sedang berjalan seriring untuk ke kafe. Untuk mengisi perut yang lapar. Sejak pagi tadi aku tak makan.
'' Dok. Aku mana tahu.. Dia kena culik ke? ''
'' Dok tahu pulok. Orang yang terakhir berjumpa dengan dia ialah Syamsul.
Pensyarah kita syak yang Syamsul telah menculik dia. Lagipula Syamsul tak datang ke universiti hari ini. '' beritahu dia lagi. Suara agak lantang dan boleh didengari oleh pelajar-pelajar di kafe tersebut.
'' Err.. mungkin betul juga kata pensyarah kita tu. Mungkin Syamsul yang culik dia. '' aku memberi komen dan mengambil kerusi untuk duduk. Jack pula mengeluarkan telefonnya dan berwassap dengan rakannya kuagak.
4 hari kemudian.
'' Wei! Qes! Qes! '' jerit Jack dari belakangku. Haihh..apa lagi dia ni? Menyampah betul tengok si pengkid ni. Dia berlari anak-anak ke arah aku. Aku berhenti melangkah dan memusing belakang. Aku kerut dahi. Tangan kiriku di atas dahiku agar kuboleh lihat Jack .
'' Apa bende ? '' soalku sebaik dia sudah mendapati aku dan kami sedang berjalan beriringan menuju ke tempat parking. Jack memperbetulkan buku yang dikepit di ketiak kirinya lalu memberitahu..
'' Fin dibunuh! Badan-badan dia dikerat kepada 6 bahagian . Pekerja restoran jumpa keratan badan dia dalam plastik sampah.. Terkejut aku bila dapat tahu daripada Lan '' Aku membulatkan mataku. Terkejut kerana mendengar berita itu.
Aku simpati buat Pensyarahku.
'' Kejamnya pembunuh tu! '' aku memberi komen. Geram dengan perbuatan pembunuh tersebut. Pembunuh tu patut dibunuh. Babi. Bibirku ketap untuk seketika.
'' Memang kejam. Tapi aku gembira sebenarnya.. sebab dia dah mati..Sebab dialah rakan kita Azri , mati . Azri bunuh diri kerana dia.. Kau tahu tak? '' kata Jack.
Riak wajahnya mempamerkan perasaan yang gembira sekali. Azri pernah menjadi skandal Fin. Azri cintakan Fin tapi Fin tidak mencintainya kerana dia menganggap Azri ni bahan untuk dia gunakan saat dia horny gila. Azri mati kerana membunuh diri dengan slit throatnya sebulan lepas. Aku pernah ada perasaan kat dia tapi dia reject aku mentah-mentah. Ayatnya menyebabkan Aku menyoal
'' Kau ke yang bunuh dia? ''
'' Eh apa ni? Aku tak bunuh dia lah! Sampai hati kau tuduh aku macam tu! '' Jack tampak marah dengan tuduhanku. Entah kenapa timbul perasaan syak kepadanya bahawa dialah pembunuh Fin.Hmm..
'' Okay fine, aku just cakap je..err aku nak balik ni.. bye.. '' aku menuturkan ayat itu kepada Jack . Tangan kananku dah keluarkan sebatang kunci untuk dimasukkan ke dalam motor sportku.
'' Eh... err... kau ada kamera kan? '' tanya Jack. Hmm, ni mesti nak pinjam kamera aku ni.
'' Ah' ah. Why? ''
Di rumah sewaku.
Aku mempersilakan Jack masuk ke dalam rumahku. Rumahku sederhana je. Aku mulanya sewa je bilik dalam rumah ini tetapi memandangkan tuan rumah yang merupakan perempuan tua sudah bosan dengan rumah ini, dia berikan aje padaku.
Perempuan tua itu kaya kuagak. Ahh, dah rezeki aku. Ambil jelah. Rezeki jangan ditolak kan?
Jack disini untuk meminjam kameraku. Katanya nak digunakan untuk majlis hari lahir makwe dia esok. Aku pun setuju jelah.
'' Kau nak air? '' aku tanya padanya. Jack yang kali pertama masuk kedalam rumahku itu menjawab..
'' Ya... milo kau ada? ''
'' Aku takde milo sebab sekarang musim boikot Yahudi.
Aku ada Teh je. Kau nak? ''
'' Alaa... come onlah. Kau boikot tak bermakna orang akan ikut sekali. Yelah, kau hidang je apa kau ada.. '' Jack sengih pada aku. Aku berlalu ke dapur dan membuat minuman Teh untuknya. Perasaan takut muncul dalam diriku bila terfikir jika Jack cuba merogol aku nanti. Bukan lelaki je yang suka rogol perempuan, perempuan pun suka rogol perempuan. Damn, kenyataannya begitu. Kalau dah camtu, kenapa aku ajak dia masuk ? Eh jangan fikir negatif Qes. Jangan. Fikir positif bak kata Dr.Azizan Osman!
'' Nah.. '' aku letak atas meja kopi. Jack pandang sekeliling saat aku keluar dari dapur dengan menatang dulang berisikan dua cawan Teh ke ruang tamu. Sunyi je aku merasakan saat ini. Sebenarnya, aku memang suka keadaan yang sunyi.
Keadaan dimana tiada orang sangat. Sebab tu aku seorang je duduk rumah ni selepas orang tua itu berpindah ke tempat lain.
'' Jangan peliklah asal aku ada rumah macam ni. Tuan rumah nak bagi rumah ni pada aku. '' aku membuka mulut . Jack kelihatan hairan dan terkejut sekali.
Tampak jelas wajahnya menunjukkan perasaannya.
'' Tak masuk akal. Takkan dia senang-senang nak bagi kat kau begitu? ''
'' Perempuan tu kayalah. Dia banyak rumah. Sebab tu dia bagi kat aku. Lagipun aku pernah selamatkan nyawa dia semasa dirompak di dalam rumah ni dua bulan lalu. Jadi sebagai penghargaan, dia pun bagi...Kau jangan pelik lah. Aku teranjang muka kau kan ''
'' Okay-okay.. Perempuan ea tuan rumah kau ni? Cantik ke? ''
'' Takpayah. Dia tu straight ..jangan nak mengado ea. Aku dah lost contact dengan dia.. ''
'' Hehe..tanya je.. ermmm.. mana kameranya? '' soalnya sambil sengih. Aku mendengus.
Di berdei pardi
Aku berdiri. Memerhati ragam orang di majlis hari lahir makwe Jack. Namanya Lisa. Lawa. Mempunyai pakej yang sempurna. Aku menyuapkan snek twsiter ke dalam mulutku.
Kadang-kadang aku senyum pada tetamu yang dijemput. Jack mengajak aku ke berdei pardi teman wanitanya. Aku pun setuju memandangkan aku menjadi jurugambar majlis ini.Free je untuk menjadi jurugambar majlis ini.
Aku tak jadi bagi pinjam kat Jack. Jadi aku offer nak jadi jurugambar untuk majlis ni. Aku kan suka tangkap gambar. Jack pun setuju. Bodoh punya orang.
Tetamu-tetamu yang hadir pada malam ini berjumlah 20 orang. Kenalan rapat dan saudara makwenya yang datang. Makwe Jack seorang lesbian closet, jadi mereka fikir Jack hanya kawan yang sangat mesra dengan Lisa bila tetamu disini memandang mereka. Walaupun Jack pengkid, dia tetap memberitahu orang disekeliling bahawa dia seorang tomboy dan straight. Aku pun tak faham kenapa dia kena sorok identiti pelik dia tu sebab dah terang lagi bersuluh penampilan dia menunjukkan dia kaum PLU -People like Us , singkatan gantian untuk kaum LGBT.
Jack banyak cerita bila kami berdua. Aku hanya memberi komen dan mengangguk je. Kami berbual pasal Syamsul semalam, ternyata pembunuh Fin bukan Syamsul.
Tapi aku hairan, semasa berbual pasal Fin semalam. Kenapa Jack nampak gembira je. I mean, dia tak pernah mempamerkan riak gembira yang sebegitu selama aku berkawan dengan dia. Macam happy sangat. Hmm..
Aku sebenarnya agak sedih dengan kematian Fin. Aku suka berkawan dengan dia walaupun hanya sehari je kami beramah mesra. Rasa macam sudah berkawan karib sejak kecil lagi. Tak sangka Fin dibunuh. Aku ingat kalau dia masih hidup, bolehlah aku ambik gambar dia banyak-banyak then buat koleksi albumku. Aku harap rohnya aman disana.Aku dan Fin hanya rakan biasa je. Tegur gitu. Tapi masa aku kenal dengan dia, dia tak cantik. Tapi hari itu, aku nampak dia cantik.
Hmm, pelik. Ke aku yang tak reti perasan kecantikan orang?
Fin belajar sama universiti dengan aku untuk pengetahuan korang lah.
'' Qes! '' sapa satu suara dari belakang. Ia milik Jack. Dia sengih.
'' Apa? ''
'' Ermm...berapa banyak gambar kau dah tangkap? ''
'' Banyak lah juga.. Ada sesetengah nak aku tangkap gambar diorang, aku tangkaplah ''
'' Oh..gambar aku dan makwe aku kau belum tangkap lagi.. ''
Aku memegang lensaku. Kemudian aku menangkap gambar mereka berdua.
Mereka kelihatan secocok sekali. Aku senyum apabila sudah beberapa kali menangkap gambar mereka. 5-8 kali. Lisa..cantik.. dia tu.. Sejak mataku terpaut pada matanya, membuatkan aku ingin mendekatinya. Supaya aku boleh menangkap gambar dia.
Di rumah
Aku tersenyum saat melihat beberapa gambar dalam kameraku. Wau, semua cantik-cantik belaka. Ada juga yang buruk rupa. Ahh, pedulikan.
Aku penat malam ni. Baru balik daripada majlis hari jadi makwe Jack. Tadi sebelum balik, sempat aku berbual dengan Lisa semasa Jack sedang syok berkarok.
Smal talk sahaja.
'' Awak nampak sesuai dengan dia. '' aku memberi komen. Aku berdiri sebelah Lisa. Lisa senyum dan membalas
'' Saya beruntung dapat dia. Saya bahagia dengan dia '' Sial. Bahagia? Dosa tau tak!
'' Err..awak study lagi ke? '' tanyaku. Seolah-olah tak tahu biodata dia. Padahal Jack dah beritahu aku semua pasal dia. Lisa ni baru seminggu kapel dengan dia. Tu aku teringin nak dekati dia sebab ini merupakan kali pertama aku melihat dia.
Mereka bertemu di Fb, berkawan then kapel-tipikal stage sebelum masuk kedalam peringkat atas iaitu bercinta selepas berkawan.
'' Taklah. Saya dah kerja dah.. ehehe..awak rakan karib dia ek? ''
'' Err..yelah ..'' aku tipu.Aku dengan Jack merupakan kawan biasa sahaja. Dia mengambil kos yang ingin dipelajarinya amat berbeda dengan kos yang kuambil.
Jack ni terhegeh-hegeh nak kawan dengan aku. Aku layan jelah. Dia ingat aku ni kawan karib dia kot.. Aku pun tak tahu asal Jack suka cerita tentang dia dengan makwe baru dia setiap bulan. Yang peliknya, dia bukan putus dengan makwe dia.
Dia terputus dengan makwe dia sebab kematian memisahkan mereka. Teman wanita dia asik kena bunuh je. Tapi Jack ni jenis cepat move on. Tu asyik dapat kapel baru je...
Kami berborak sampai Jack berhenti menyanyi.Boleh pulak berborak dalam keadaan hingar bingar tu. Pelik.
'' Ermm, Qes. Kau borak apa dengan sayang aku ni? ''
'' Takde apa-apalah. Borak-borak kosong je..ehehe kan Lisa? '' aku tanya Lisa.
Geli aku tengok diorang berpelukan tadi. Babi punya perempuan.
'' Ah'ah.. Dia ajak kita keluar esok. Makan malam '' Lisa kata pada Jack lalu Jack mengalih pandangannya daripada Lisa kepada aku. Lisa kenyit mata pada aku. Sial.
Ada kapel stil nak menggatal?
Aku membaringkan diri ke atas katil. Lalu aku menutup mataku. Kopaklah duit aku nanti. Tapi berbaloi..ehehe..
Di daine
Aku sekarang berdua dengan Lisa. Jack takde. Dia sakit perut.Tak sia-sia aku kasi julap masa jemput dia minum petang tadi di rumah aku. Kami sama-sama tersenyum. Dia sungguh cantik. Menyebabkan aku tak sabar nak menggodanya.
Aku tahu dia menyukai aku. Hehe..
Banyak kami bual semasa makan malam tadi. Lisa asyik pegang je tangan aku.
Hehe.
'' Err...awak nak balik ke? '' tanyaku padanya bila kami sampai di ruang parking kereta.
'' Ah'ah...napa? Nak ikut saya balik? Ehehehe..parents saya takde malam ni'' dia mengulum senyuman padaku. Nampaknya umpan sudah termakan oleh ikan.
'' Tempat saya nak? ''
Di rumah .
'' Awak pernah foreplay sebelum main? '' soalku apabila kami sudah melabuhkan punggung di sofa. Kami sedang berpegang tangan. Saling merenung mata. Hehe.
Habis kau aku kerjakan malam ni.
'' Mestilah...kan foreplay tu penting? '' dia jawab lalu menghampiri mukaku menyebabkan aku menolak dengan meletakkan jari dibibirnya..
'' Baguslah. Tapi foreplay saya lain tahu. I mean..saya mengamalkan BDSM. ''
'' Oh..menarik ke BDSM tu? Tapi apa ea BDSM tu? '' tanyanya dalam nada manja. Alaa stimnya aku...
'' Haa....biar saya ambil tali dan kerusi..Awak mesti enjoy punya.. ''
Bila dah menjelang pagi..
'' Hel o? '' tanyaku dalam talian . Aku hairan kenapa Jack menelefonku pagi-pagi ni. Aku masih dalam keadaan mamai. Cahaya matahari menusuk masuk melalui tingkap bilikku.
'' Wei..ayang aku tak angkat telefonlah.. kau tahu mana dia? Dia dengan kau kan semalam? ''
'' Ah'ah. Tapi dia cancel dinner lepastu dia pulang ke rumah dia terus. Asal dia tak angkat telefon? '' Tipuku.Giler, takkan aku nak ceritakan perkara sebenarnya!
'' Betul? ''
'' Betul. Sumpah. ''
'' Dah tu asal dia tak angkat telefon? Aku pergi rumah dia, mak dia kata tak balik-balik dari semalam.. ''
'' What??? Biar betul? Aku tengok sendiri dia masuk kereta dia semalam.. ''
'' Dah dia pergi mana ? Ntah-ntah dia kena culik ? ''
'' Entahlah... Kau report polislah ea? ''
'' Okay..bye.. '' talian terputus.
Aku bangun. Aku mengosok-gosok mataku. Apabila aku sudah duduk di atas katil, aku dapati Lisa masih disini. Dia sedang duduk didalam kerusi dengan keadaan terikat. Mulutnya ditutup. Ditutup atau disumbat dengan kain didalam mulutnya to be specific.
Aku bangun daripada katil. Aku menuju ke ruang tamu. Aku malas nak ke kelas.
Takde cerita pula di kaca televisyen, lantas aku masuk ke bilik air untuk membersihkan diri. Selepas membersihkan diri, aku memakai baju didalam bilikku.
Sudah pukul 11 pagi. Patutlah Jack panggil aku tadi.. Bukan pagi-pagi lagi..
Rasanya dalam kul 10 pagi kot.
Selepas aku memakai baju dan seluar, aku terus mengeluarkan kameraku. Aku mahu menangkap gambar. Gambar Lisa.
Aku menepuk mukanya beberapa kali. Dia tersedar. Aku mengeluarkan kain daripada mulutnya. Dia tersedar. Aku tampar kuat pada kedua-dua belah pipinya lalu aku menarik kerusi itu daripada bilik. Berat rasanya. Tapi aku berjaya tarik kerusinya setelah bersusah-payah. Badannya ada lemban ar, sebab aku pukul dia dengan tangan aku ni. Dah hang gatai ngat.
Sekarang kami berdua di ruang tamu. Aku mengambil pisau kecil daripada dapur tadi yang berada dalam genggaman tangan kananku., aku hiris lengannya. Hirisan pendek sepanjang lengannya. Berdarah. Mengalir darah lalu menitis ke lantai.
Lisa yang terikat tangannya dibelakang kerusi menjerit kesakitan. Tetapi jeritan tu tidak dapat didengar kerana kawasan perumahan ini sudah tiada penghuni di rumah. Mereka dah keluar bekerja. Kalau ada yang dengar pun, aku akan beri alasan bahawa jeritan yang mereka dengar ialah daripada filem yang kutonton. Tak susah pun nak menipu.
Aku tangkap gambarnya setelah lengannya sudah berdarah. Aku zoom lengannya kemudian aku tangkap. Lepas itu aku menangkap wajah dia yang kelihatan sedih.
Menangis ketakutan mungkin.
'' Kenapa kau ikat aku? Tolong lepaskan aku'' tanya dia. Perlahan. Tak menjerit seperti tadi. Aku sengih.
'' Untuk koleksi gambar dalam album aku. '' aku hiris lagi lengan kananya.Kali ini hirisan panjang kebawah di lengan kanannya. Dia menjerit kesakitan. Kemudian aku zoom gambar lengannya dan wajahnya yang merah kerana sedang menangis.
'' Kenapa kau cederakan aku? Apa salah aku pada kau? '' tanya dia lagi. Aku menghiris kaki kananya pula. Hirisan pendek melintang berselang seli sepanjang kaki kananya. Lalu aku mengangkat kameraku dan snap kaki kanan dia juga wajahnya. Kakinya dikangkang diikat dikaki kerusi. Badannya di kat kuat dimana penghujung tali tersebut diikat dalam ikatan kuat dibelakang kerusi. Dia takkan lepas punya. Aku gerenti.
'' Tolong berhenti..sakitkan aku. Aku tak tahan..Aku merayu.. Kenapa kau buat begini? '' soal dia lagi.
'' Untuk koleksi gambar dalam album aku. '' aku jawab lalu aku menghiris kaki kirinya . Hirisan kali ini lebih panjang secara kebawah disepanjang kaki kirinya.
Sekali lagi aku snap -snap. Aku melihat gambar-gambar yang aku ambil dalam kameraku, heh.. lawa..berdarah..aku suka gambar perempuan cantik yang berdarah. Torehan tak kena tali.
Aku mengambil pisau untuk menghiris buah dada dia tapi...hmmm cancel ah. Baik aku hiris muka dia. Lagi lawa gambar aku nanti. Heh!
'' Aduhhhh...Ya Al ah..sakitnya...tolong berhenti..Aku merayu.. '' katanya lagi.
Aku pun berhenti menghiris. Cukuplah untuk hari ini. Esok hiris lagi. Hehe. Bila dah sakit, baru ingat Al ah. Masa berlesbo tak ingat Al ah pulak. Dasar manusia.
'' Okay...aku berhenti.. puas? '' cakapku sambil melemparkan pisau ke lantai.
Aku sengih. Lalu aku duduk atas pehanya. Dia meraung kesakitan.
'' Tolong..jangan duduk atas aku..sakitlah..tolong..Ya Al ah tolong aku .. ''
Aku mengeluh. Aku menyampah dengan ayat rayuan dia ni. Nak jahit mulut tak sampai hati lak.
Aku melabuhkan punggung disofa semula. Aku sengih. Aku menghadap dia pada saat ini.
'' To..long..lepaskan aku...aku sakit ni.. ''
'' Qes! Qes! Keluar! Kau buat apa dengan ayang aku tu! '' jerit Jack dari luar pagar rumahku. Dammit, bukan ke dia ada kelas ke sampai 2 petang? Babi. Takpe Qes, tenang.. Tenang.. Mesti dia dah terdengar jeritan Lisa tadi.
Aku menapak keluar daripada pintu rumahku dan aku mengulum senyuman padanya. Aku tanya pada dia..
'' Apa kau merepek ni? Aku tak fahamlah! ''
'' Kau tipu aku! Syamsul kata dia nampak kau dengan ayang aku semalam. Kau balik dengan kereta kau semalam! Dan ayang aku ada dalam kereta kau! '' jerit Jack. Sial betul Syamsul. Nampak pula dia dengan aku malam semalam. Ini tak boleh jadi.
'' Okay..i'm sorry.. apa kata kau masuk..then kita bincang elok-elok? '' aku menuturkan ayat itu dengan lembut sekali. Jack tolak aku kemudian menapak masuk ke dalam beranda. Tak boleh ni.. Aku kena bertindak.
'' By..to..lo..ng.. ay..ayang..Dia na..nak..bu...bunuh...ay..ayang.. '' kata Lisa sebaik Jack menapak masuk kedalam rumahku. Matanya membulat. Sebelum dia sempat memusing ke belakang, aku memukulnya dengan kayu di belakangnya.
Heh, berguna juga kayu yang tak berguna terdampar di beranda aku ni.
Aku sengih. Dua orang sedang duduk dikerusi dalam keadaan terikat. Nampaknya Jack sudah tersedar. Dia tampak marah. Dia tengking kepada aku ..
'' Asal kau buat begini pada aku dan Lisa hah! ''
'' Buat apa? Tak faham. '' Aku menggaru kepala.
'' Kau lukakan Lisa. Kau pukul aku kemudian kau ikat aku! Apa aku dah buat pada kau sampai kau buat begini pada aku dan dia? '' Tengking dia lagi. Aku bangun.
Kemudian pacing depan mereka .
'' Haa... baru aku faham soalan kau..camne ea...okay begini.. Kau islam kan? ''
tanyaku padanya. Aku menunding jari ke arah Jack.
'' Babi kau! Lepaskan aku! You bastard! '' Aku rasa marah bila dia memanggil aku begitu. Aku ambil pisau yang terletak di atas lantai lalu aku menghiris lengannya. Jack jerit kesakitan. Lisa geleng kepala tanda tak mahu aku perlakukan begitu terhadap Jack. Lisa dah disumbat kain didalam mulutnya. Laju je kelenjar lakrima dia mengalir dipipinya.
'' Aku tanya, kau jawablah babi! ''
'' Ya..a..ku.. Is..lam.. ''
'' Kau islam kan? '' soalku pulak pada Lisa sambil mengacu pisau kepada Lisa. Lisa angguk kepala dengan cepat. Angguk-angguk. Geleng-geleng. Terngiang-ngiang pula lagu Ahli PK dalam kepala aku ni.
'' Okay...ermm..kalau korang Islam means korang tahu kewujudan Al ah kan? ''
'' Ya... '' jawab Jack takut. Lisa mengangguk cepat . Mereka menangis.
'' So macam ni.. Aku buat begini pada korang sebab aku menjalankan tugas sebagai seorang islam.. I mean..ermm..camne ea aku nak cakap.. '' Aku berhenti berkata-kata lalu menepuk perlahan daguku dengan dua jariku . Berfikir sejenak.Kemudian aku sambung..
'' Biar aku kasi satu contohlah. Contoh! Nak dengar ke tak ni? '' tanya aku lagi.
Jack mengangguk dan berkata ya. Lisa pun mengangguk . Macam lembu pun ada aku tengok diorang ni. Eheheh..
'' Okay macam ni.. Contohnya begini.. Ada sorang perempuan ni. Dia kaki jantan.
Main batang sana sini. Macam korang tahu zina tukan dosa kan? ''
Dua-dua angguk. Takut. Jelas terpampang diwajah mereka.
'' So... begini..zina tu dosa. Penzina tu harus dibunuh jika dia tak mahu bertaubat.
Jadi ..kena bunuhlah kan? So..memandangkan Malaysia ni takde hudud. Jadi aku kena laksana undang-undang tu sendiri..Hahaha.. '' aku ketawa besar. Bergema seluruh rumah aku.
'' Siapa girl tu? ''
'' Hmm...Fin..Ya, Fin..That horny bitch! Aku benci ar dia. Merenyam je burit dia dengan Syamsul! Aku benci! Jadi sebagai orang islam, aku harus bunuh dia. '' Aku sengih. Jack nampak terkejut. Dia membulatkan mata.
'' Tapi Qes..Dosa bunuh orang ni.. Biarlah Tuhan balas perbuatan dia tu.. '' kata Jack. Aku naik darah. Lalu aku menghiris lengan kirinya. Kali ini dalam. Dia menjerit.Keluar pula sore perempuan dia. Selama ni sore yang dibuat-buat garau.
Lisa geleng kepala berkali-kali. Dengar bunyi yang tersekat-sekat daripada suara dia.
'' Inilah orang Islam yang lemah! Dosa! Dosa! Tak mahu menegakkan undang-undang Islam. Jack, kau tu pengkid..tahu tak? I real y hate pengkid...You know what, I always wanna kil you tapi memandangkan kau ni tak menyakitkan hati aku..So aku tak jadi nak bunuh kau! '' Aku mencucuk muka Jack dengan pisau.
Terbit bulatan kecil di mukanya. Darah. Lantai rumah habis penuh dengan darah di tempat aku mengikat Jack dan Lisa disini.
'' Sakitlah! ''
'' Kau orang ni...nama je orang islam..Tapi perangai macam orang kafir! Sebab koranglah aku terpaksa bunuh sorang demi sorang supaya korang terhapus daripada bumi ini! '' aku jerit pada dia. Jack kelihatan menahan sakit darah yang mengalir dipipinya..
'' Dalam islam, dosa berlesbo-lesbo ni. Sebab tu..kau dan kau, aku terpaksa bunuh!
Sebab kau dan kau dan kaum kaulah yang menyebabkan dunia dilanda bencana.
Kau tahu tak babi! Tapi untuk permulaan, aku target perempuan sejati untuk bunuh.. Perempuan sejati memang murah!'' Suaraku bergema satu rumah.Mereka diam. Tapi masih menangis. Aku mencampakkan pisau ke lantai setelah lama mengacu pisau terhadap mereka berdua ni.
'' Aku.. aku.. tak mahu melakukan semua ini.. Tapi aku terpaksa..terpaksa..kalau tidak aku rasa berdosa.. aku terpaksa.. '' kataku sebelum aku mendengar satu das tembakan menembusi badanku selepas kedengaran lampu siren kereta polis.
Duniaku tiba-tiba gelap..
'' Korang tak apa-apa? '' tanya lelaki gemuk yang merupakan pegawai polis.Dia memegang sepucuk pistol ditangannya. Kedua-dua perempuan tersebut gembira apabila melihat lelaki itu muncul di rumah Qesrina.
'' Okay.. tolong lepaskan kami..to..long... ''
2 bulan kemudian..
Aku mendengus marah. Aku merasakan kebosanan yang amat-amat sangat didalam penjara. Aku seorang je sini.
'' Woi Saiko, ada orang nak jumpa kau.. '' kata warden penjara lelaki tersebut dengan senyuman diwajahnya. Senyuman sindiran sebenarnya. Dia ni selalu memanggil aku dengan panggilan saiko. Harap je aku takde senjata tajam, kalau tak aku bunuh je..
Pagar besi itu terbuka. Warden yang berjumlah dua orang sedang mengiringiku ke satu tempat. Tanganku digari. Aku tak suka digari. Sial ah! Saat aku sudah sampai ke satu tempat, aku terpana dengan kemunculan Jack disini. Dia dengan Lisanyalah. Hish, tak taubat-taubat diorang ni!
Aku melabuhkan punggung. Aku amat marah saat ini. Aku tak suka Jack. Sebab dialah aku disini! Babi!
'' Hai..kau apa khabar kawan? '' tanya dia dalam talian. Dia mengulum senyuman terhadapku. Lisa berpakaian dress singkat dan menunjukkan asetnya. Dia duduk dikerusi dimana posisinya dibelakang Jack. Jack yang berpakaian baju hitam dengan logo tengkorak ditengahnya serta dengan seluar hitam.
Rambutnya tidak terpacak. Cuma rambutnya yang sudah berwarna hitam kembali itu disikatnya dengan lurus. Takdelah perubahan sangat.
'' Kawan? Hotak kau! Sebab kau, aku kat sini! '' aku tengking padanya.
Menyebabkan satu pukulan muncul dilenganku. Dammit.
'' Sebab aku? Come onlah. Kau disini sebab kau bunuh Fin, Miss Rose, dan hampir membunuh aku dan Lisa! '' balasnya dalam nada tinggi tapi terkawal. Tidaklah sampai menjerit macam aku suarakan jawapanku padanya.
'' Aku tak bunuh Miss Rose! Aku cuma mempertahankan diriku! Dia yang tertikam dirinya..Jadi ia bukan salah aku! '' aku menjawab pula.
'' Pertahankan apa? Kot dia menjumpai pisau yang berlumuran darah dalam bilik kau dan sebuah album gambar yang berisikan gambar mayat? Dan juga gambar orang yang diseksa sebelum kau bunuh mereka. Baru aku tahu asal selama ni gf aku sebelum-sebelum ni mati dan mayatnya dijumpai dalam keadaan dikerat-kerat.
Wei, kira kau ni untung ar sebab kau masih ada kawan yang melawat kau setiap minggu.. ''
'' What? Dari mana kau tahu album gambar tu? Kau selongkar rumah aku ke? ''
'' Ahh...Ayah aku detektif polis. Aku tahu ar.. Aku patut tahu dari awal lagi yang kau gunakan duit orang mati yang disimpan dirumahnya untuk beli motor sport kau dan kamera kau tu..Patut ar kau taknak tinggal hostel. Kau saiko rupanya.. ''
'' Aku dah kata Miss Rose yang bagi rumah tu! Motor tu dia belikan!Kamera tu dia beri!Duit tu dia bagi aku! Sial! Babi ar kau ni! Kaulah saiko! ''
'' Ya tuhan..nasib baiklah kau dah ada disini. Dan kau akan hilang dari bumi ini dalam 4 bulan lagi.. ''
'' Babi! Dahlah lesbo! Sebut Tuhan-tuhan lak!'' aku disekeh kepala. Sial. Aku tak buat semua tu. Aku just suka tangkap gambar je! Just wat kenangan je!
'' Masa melawat dah tamat.. '' kata Warden penjara. Aku memberi renungan yang tajam kepada Jack sebelum aku melangkah pergi. Sempat dia mengulum senyuman kepadaku. Dia tunjuk isyarat fuck kat aku.
Aku akan balas dendam bila aku terlepas nanti! Tengok ar!Ingat senang-senang ke aku nak bagi nyawa aku macam tu!
>>>>>>Tamat<<<<<
No comments:
Post a Comment