Aku memperbetulkan kedudukanku di atas sofa. Mataku merenung seorang perempuan dihadapanku. Aku agak ragu-ragu dengannya. Ragu-ragu dengan kudrat tubuhnya. Dia ingin bekerja disini. Bekerja sebagai tukang kebun di rumahku yang bertingkat tiga. Sudah tentu halaman rumah bangloku luas dan perlukan seorang lagi pekerja kebun. Pekerja kebun sebelum ini dah berhenti sebab tak tahan kerja sini. Tinggal Razif mat Indon tulah. Masalahnya dia perempuan. Ya. Aku mula berdehem setelah lama memikirkan keputusan untuk diambil. Sebenarnya bukan kerja aku nak ambil ke tak seseorang untuk bekerja di rumahku kerana ia merupakan kerja ibuku. Dan aku tak expect untuk interview seorang girl untuk jawatan yang biasa diisi oleh orang lelaki. Kerja ni pun khasnya untuk orang lelaki kan.. Pada pendapat akulah.
Ibuku ada meeting di pejabat. Jadi terpaksa aku menemu duga perempuan ni.
Perempuan ni berkulit putih, berbadan besar tapi tidak gemuk. Mungkin dia berketurunan Arab kuagak kerana saiz tulang badannya yang agak besar. Hmm.
Perempuan ini cantik dan masih muda. Ya, muda. Umurnya baru 18. Kenapa dia mahu bekerja sebagai tukang kebun disini yang boleh menyebabkan kulitnya bertukar warna? Terdesak sangatkah dia?
'' Sori.. Saya tak boleh ambil awak bekerja.. '' kataku padanya. Perempuan ini nampak tersentak dan ditenungnya kedalam anak mataku. Tampak riak kecewa terpamer diwajahnya.
'' Kenapa? ''
'' Awak perempuan. '' aku memberikan sebabnya. Aku cuba menunjukkan riak serius terpampang diwajahnya. Aku harus tunjuk bahawa aku tegas. Tegas konon, padahal depan jantan gatal je bawah aku ni..ehehe..
'' Kalau saya perempuan, apa masalahnya? ''
'' Berbalik kepada fitrah manusia. Lelaki kuat. Perempuan lemah. Ful stop. '' Aku bersuara lagi. Kini giliran aku pula merenung tajam kedalam anak matanya. Anak mata yang hitam. Aku dapat agak perempuan ini terangsang dengan pemakaian singlet dan seluar pendekku. Aku dapat melihat dia mengigit bibir nya sekejap sebaik dia nampak aku dihadapannya.
'' Cik, tolong bagi saya pekerjaan ni.Mak saya dahlah sakit. Adik saya tu dahlah sekolah..tolonglah cik..saya merayu.. Kalau cik ambil saya untuk kerja ni, sumpah saya akan kerja sungguh-sungguh. Sampai malam pun tak apa. '' Aku rasa rimas saat tangannya memegang kedua-dua tanganku. Dia sedang melutut dihadapan aku. Kelenjar lakrima mengalir di pipinya. Aku kesian pula lihat dia menangis.
Macam budak kecil nangis sambil berguling-guling di lantai mal kerana ibu bapa tak nak belikan dia permainan. Tapi yang merayu dengan aku ni, dia bukan seorang budak perempuan. Tapi remaja perempuan..
'' Jangan sentuh saya! Kalau tidak saya takkan beri awak kerja ni! '' aku berkata dalam nada tinggi tapi terkawal. Dia menunjukkan riak gembira di wajahnya. Aku masih dengan muka ketat kononnya macam bos garanglah. Padahal duit shopping pun minta pada mak... Kejam betul kau Kila!Hehe.
'' Cik.. '' dia memanggil aku. Aku berpaling. Apa hal dia nak ni! Aku dahlah nak pergi shopping ni! Aku menunjukkan riak serius di wajahku.
'' Apa dia? '' tanyaku dengan mata menjengil. Renungan tajam kuberikan terhadapnya.
'' Ni..saya ada hadiah untuk cik..harap cik suka.. '' kata dia dengan wajah gembira. Sebuah senyuman terbentuk di wajahnya. Hah, ni mesti nak ngorat aku ni! Tak sedar langsung dia ni orang miskin.
Aku mengambil kotak kecil tersebut. Lawa balutannya. Alaa, balutan hadiah beli kat Mydinlah ni. Mydin kan tempat orang miskin nak beli belah! Jahar betul kau ni Kila! Hehe
Aku senyum kemudian aku membalas kepada dia yang sudah dua minggu bekerja di sini..
'' Thanks. Saya hargainya. Mana awak dapat duit nak beri saya hadiah ni? ''
'' Err..adalah saya ada buat kerja sampingan sikit..ehehe.. sama-sama. Saya harap cik suka hadiah tu. '' Ughh. Ntah-ntah dia bagi biji petai ! Manalah tahu! Geli betul aku dengan dia ni! Kerja sampingan?
'' Kerja sampingan? Apa kerja sampingan tu? ''
'' Erm...adalah...ehehhee... er saya nak sambung balik kerja saya ea. Cik nampak cantik hari ini. Selamat jalan.. '' ucapnya mematikan perbualan. Dia melangkah perlahan-lahan ke laman rumahku . Aku hanya menghantarnya dengan pandangan mata.
Aku masuk ke dalam hotel. Sebuah hotel. Tujuan aku datang ke sini untuk menikmati makan malam bersama Azroy. Tunangku. Lelaki yang hensem dan kaya. Setaraf dengan aku. Hotel ini merupakan hotel yang baru. Jadi tidak hairanlah jika aku beriya benar nak makan kat sini. Ya, aku yang ajak Azroy menikmati makan malam disini. It's on him tonight. Kami baru dua minggu berkapel. He'so romantic! Im so lucky to have him! Hehe.. Oh ya, kami berkenalan melalui wasaap. Hehe.. Mula-mula kawan then jadi pasangan kekasih.
Sekejap je kan?
Saat kami sedang menikmati makan malam, seorang lelaki menaiki sebuah pentas kecil. Lelaki itu berpakaian segak dan wajahnya tidak hensem langsung. Macam muka pecah rumah je. Macam manalah dapat kerja sini?
Dia menyentuh mikrofon dihadapanya. Testing..testing ..kata dia.
Aku menumpukan perhatian kepada dia . Begitu juga Azroy.
'' Good evening semua... nama saya Rizki. Saya adalah hos anda malam ini.
Malam ini kami mempunyai satu persembahan untuk anda semua. Persembahan oleh seorang yang bernama Encik Topeng. Ya, saya tahu kedengaran macam Encik Mimpi tapi ini bukan Encik Mimpi. Tapi Encik Topeng ya. Eh maaf banyak cakap.
Saya persilakan Encik Topeng untuk mempersembahakan sebuah lagu bertajuk
'' Lolita ''
Semua pelanggan bertepuk tangan. Kemudian lampu tertutup secara tiba-tiba dan menyorotkan lampu kepada seseorang yang berpakaian sut hitam dan topeng di atas pentas.
Oh sekarang baru aku faham kenapa ada lilin atas meja ini. Aku mendapati pelanggan lain dinyalakan lilin mereka oleh pelayan mereka. Begitu juga aku. Aku rasa tertarik nak tengok Encik Topeng ni. Mesti orangnya hencem. Ehehhe..
'' Lolita... Haaa...Lolita... '' sebut Encik Topeng . Suaranya kedengaran merdu.
Lembut. Hmm macam Anuar Zainlah suaranya macam ni.
'' Lolita.. haaa ..Lolita.. Dimana dirimu. Muncul ah dikau dialam nyta.. Lolita.. ''
Dia mengangkat mukanya dan memandang ke hadapan . Dimana semua pelanggan-pelanggan sedang memerhatinya. Mata kami bertentang. Ya, sebab aku duduk dimeja hadapan. Depan stage kecil tu je yang jaraknya tidaklah jauh dan tidaklah juga dekat.
Muzik sudah masuk. Alunan piano dimainkan.
Kami bertentang mata. Untuk sesaat. Entah mengapa aku merasakan perasaan yang tak pernah aku alami saat mata kami bertentang.
'' Hmmm...hmmm.. Aku kan mencarimu. Di dunia ini...
Lolita... '' dia bersenandung kemudian menyambung nyanyiannya. Dia membuka langkah. Dia menuruni stagenya dan mata kami saling bertentang. Aku merasakan satu perasaan yang sangat meresahkan aku. Gementar dan berdebar-debar.
Dia sudah sampai ke korusnya saat dia dihadapan aku. Lampu tersorot pada kami.
Seakan-akan kami berdua sahaja didalam ruang ini ketika ini.
'' Kaulah gadis yang kucari selama ini...
Kaulah Lolita..
Sambutlah tanganku tanda kau menerima perkenalan kita.. '' Sebaik dia menyebut ayat itu , tangannya terus mengambil tangan kananku dan menciumnya.. Aku rasa sangat-sangat gembira. Berdebar-debar rasanya macam nak tercabut je jantung ni.
Dia melepaskan tangan kananku. Dia kembali ke stage dengan berjalan secara menghadap aku lalu menyambung liriknya lagi..
'' Tapi itu hanya angan.
Kau dan aku tidak dapat bersama..Lolita..
Lolita... Lolita.. kau cintaku.. Hakikatnya kau dengan dia.. Lolita.. Lolita.. gadis yang kucari.. Malangnya kita tak dapat bersama.. '' kedengaran alunan muzik trumpet yang perlahan sudah masuk kedalam lagu itu kemudian ia berhenti. Encik Topeng mengeluarkan sesuatu daripada kotnyaa. Ianya sebuah trompet kecil..
Dia meniup trompet itu. Alunannya indah.. Aku hanyut dalam muzik tersebut.
Mata kami masih bertentang walaupun dia sedang bermain trompet. Entah mengapa aku dapat rasakan persembahannya untuk aku. Ya, aku tahu ini kedengaran jiwang. Tapi masalahnya aku tak pernah rasa begini. Aku rasa aku sudah jatuh cinta dengannya... Pandainya dia bermain!
Aku yang dalam kehanyutan muzik tersebut tersentak saat semua orang sudah bertepuk tangan. Ada yang bersiul kuat tanda suka kuagak. Aku tak perasan bila Encik Topeng sudah habis menyanyi. Mungkin kerana kami asyik bertentang mata.
Aku melihat dia berlalu pergi daripada stage tersebut. Dia hanya mengulum senyuman saat ramai yang bertepuk tangan serta melambai tangan terhadap semua orang. Sebelum dia pergi, dia sempat bertentang mata denganku.
Aku mahu kenal dia. Aku nekad. Nampaknya semangat kegatalan terhadap jantan sudah timbul dalam diriku. Aku tanpa segan silu bangkit daripada kerusi meja. Aku tidak mempedulikan Azroy yang bertanya kemana aku hendak pergi.
Aku mengekori gerak geri Encik Topeng dengan pandangan mata semasa dia beberapa langkah menapak daripada stage tersebut. Setelah dia berjalan keluar daripada ruang ini , aku terus mengekorinya.
Aku memanggilnya ..
'' Encik Topeng! '' orang disitu memandangku. Tapi aku tak peduli. Kegatalan aku dah memuncak sangat dah ni. Dia berpaling ke arahku. Wangian badannya sungguh kuat menusuk ke hidungku. Dia senyum. Cair aku.
'' Apa dia? '' tanya dia. Suaranya garau. Tak merdu semasa dia menyanyi tadi.
Aku mendekati dia.
'' Suara awak sedap..ermm..saya tak pernah dengar lagu tu.. Awak reka ke? Selalu ke nyanyi sini? '' Dia ketawa kecil akan soalan-soalan aku yang kutuju kepadanya.
Dia senyum dan berkata.
'' Pukul 9. Sabtu dan Ahad. '' Dia mengeluarkan sesuatu daripada kotnya.
Sekutum ros. Bukan bunga ros yang plastik ya.
'' Untuk gadis cantik macam awak.. Lolita''
Aku menyambutnya dengan perasaan yang terharu. Aku rasa dihargai sekali. Rasa macam Puteri Diraja lak eh . Dia panggil aku Lolita! Heh, apa maksud nama tu?
Kali pertama seorang lelaki berikan nama padaku.
Dia senyum dan berlalu pergi. Aku hanya kaku mengekorinya dengan pandangan mata. Ya, Encik Topeng, saya akan datang tiap malam minggu semata-mata nak tengok awak. Saya nak awak jadi milik saya sebelum perempuan lain dapat tidur dengan awak. Saya akan datang sini. Saya bersumpah.
'' Dia bagi awak bunga ros? '' tanya satu suara daripada belakangku. Aku mendengus marah. Kaki kontrol ah mamat ni. Menyampah betul aku.
'' Az,, kita putus! '' aku kata padanya. Sungguh aku tak cintakan dia. Aku hanya anggap dia macam seluar dalam aku je.
'' Tapi kita kan dah bertunang? Kenapa tiba-tiba putus ni? Ni sebab Encik Topeng ke?'' Azroy tampak terkejut.
'' Memang! Tapi kita bertunang sebab kita buat janji nak kahwin. Bukan tukar cincin pun! I dah ada orang lain. Bye! '' kataku sebelum menapak laju ke muka pintu hotel dengan gaya DIVA. Berbunyi tapak kasut tumit tinggiku yang berjenama Jimmy Choo. Dalam masa yang sama, aku teringat saat-saat ketika Encik Topeng menyanyi tadi..
Semalam aku tak tidur. Sebab teringatkan Encik Topeng. Haihhh, siapalah dia tu?
Hensem ke dia tu? Kening dia lebat ke? Bulu mata dia melentik ke? Aku rasa dia hensem sebab kalau dia huduh, tak mungkin dia ada suara sesedap macam tu?
Hehe.. Makin memuncak dah gatal aku ni.. Ermm, dia tu pandai ke dalam perlawanan? Ke tahu tembak bola dalam gol je? Haishh..pervert betul aku ni!
Apa-apapun. Aku tak sabar untuk menjumpainya pada hari Sabtu dan Ahad nanti.
Aku dapat rasa aku sangat rindukan dia! I miss him..
Sehinggakan bila aku bangun hari ini. Iaitu waktu bila aku membuka mata pada waktu 12.30 tengahari, wajah dia masih terpampang dalam mindaku. Eh jap, kenapalah aku tak minta nombor telefon dia semalam? Dammit! Kalau dah dapat nombor telefon, tentu boleh bergayut ditelefon 24 jam serta aku dapat menawan hati dia.. Aku kan cantik! Petik jari – seratus jantan beratur depan aku.. Gadis yang boleh meliurkan orang lelaki katakan. Ehehe..
'' Oit Kila! '' aku tersentak. Rupa-rupanya ia suara Mak Kiah. Aku toleh dan membalas..
'' Mak Kiah ni, nak ckp dengan orang, panggilah elok-elok. Ni sergah saya daripada belakang '' Mak Kiah seorang pembantu rumahku. Dia mengasuhku sejak aku kecil dan disebabkan itu perasaan sayangku padanya lebih daripada perasaan sayangku pada Mama. Tapi walau macam mana pun, aku tetap sayang Mama dan hormati dia. Mamalah yang mengandungkan aku selama 9 bulan tanpa rungut dan aku selalu ingat akan itu. Walau dia takde jasa menjaga aku sebab ada je kerja kat pejabat. Teruk betul dia tu. Muka dah berkedut mengaku awet muda? Nak ketawa derr mendengarnya!
'' Kila..Kila...kenapa bangun lewat? Anak dara tak patut bangun lewat. Anak dara patut bangun awal pagi. Tolong sediakan sarapan untuk family..atau pergi kerja ke...ehehe '' dia meledakkan ketawa halus . Kemudian dia senyum. Orang tua ni nampak manis senyum walaupun kulit hitam legam. Oh ya, Mak Kiah ni sebenarnya berketurunan Mamak. Jadi tak hairanlah kulit dia macam tu.
'' Alaa Mak Kiah ni...Kila tak tidur semalaman.. Tu sebab Kila bangun awal..
Sebenarnya ini agak awal bagi Kila sebab dulu Kila selalu bangun pukul 2 petang tahu.. ''
'' Masa tu Kila berumur 15 tahun. Kila tidur lewat masa takde persekolahan pada hari esoknya. Memelah..ni kenapa asyik tersenyum sendirian sejak tadi? Dari tadi Mak Kiah perhatikan .. Ni mesti terkenangkan Azroy kan? '' Mak Kiah membuat andaian sambil mencuit bahuku. Aku tersengih saja. Sengaja tak mahu memberitahu tentang hal semalam . Tentang Encik Topeng.
'' Cik.. '' satu lagi suara yang datang dari arah kananku menusuk ke telingaku.
Suara itu aku amat kenali. Suara itu milik Airina – pekebun rumahku. Ya, yang merayu kat aku bagai supaya aku memberikannya pekerjaan ini.
Aku tak sukalah budak ni. Kalau bercakap dengan dia, mesti dia curi pandang buah dada aku. Aku tahulah buah dadaku ini besar dan terdedah oleh pakaianku yang pakai tapi janganlah tunjuk sangat awak tu minat kaum sejenis.. Hish!
'' Apa! '' tengkingku padanya dengan mata yang menjengil. Aku renung tajam ke arah matanya. Dia tertunduk. Mak Kiah hanya diam namun dia agak terkejut dengan perlakuan aku yang sebegitu.
Dia nampak kotor. Baju dia macam terkena tanah . Bau yang datang daripada badannya adalah bau peluh. Busuk.
'' Err... saya cuma nak tanya.. Cik suka tak hadiah yang saya bagi tu? '' tanya dia dengan senyuman yang terbentuk diwajahnya. Aku mendengus marah.
'' Saya buang hadiah awak tu. Seriously kenapa awak hadiahkan saya keychain murah?? I mean saya tak layak untuk hadiah sebegitu'' Haa..kena sebijik.
Menyampah betul aku tengok muka dia.
'' Err...takpelah saya pergi dulu ea.. saya nak sambung kerja.. '' ucapnya dengan riak gembira namun aku dapat rasa riak gembira itu hanya riak palsu diwajahnya.
Aku menjengilkan mataku.
Mak Kiah hanya diam sahaja . Tidak memberi komen tentang sifatku. Dia tahu sifat aku macam tu! Kalau tak suka seseorang tu, mesti marah-marah!
'' Cik.. '' panggil dia setelah aku menapak keluar daripada rumahku. Aku baru sahaja siap berdandan dan berpakaian cantik serta seksi untuk keluar shopping.
Aku menjengil mata..
'' Apa? Awok nok apa? Takde kerja ke? '' Airina tampak takut saat suaraku meninggi. Tentu dia kecut perut kot dek terdengar suaraku. Macam budak kecil pulak riak wajah dia.. Tapi walaupun dia baru berusia 18 tahun, wajahnya nampak macam 21 tahun. Matang. Weird.
'' Cik nak pergi mana? ''
'' Jalan-jalan lah. Napa? ''Aku menjengil.
'' Oh camtu.. Saya rasa Cik patut tukar baju Cik tu.. '' ucapnya dengan senyuman meleret di wajahnya. Dia merenung kedalam anak mataku.
'' Why? Apa hak awak nak suruh saya tukar baju bagai? ''
'' Baju Cik tu koyak tepi. Cik tak perasan ke? '' Aku tak percaya apa yang diperkatakannya lalu aku memeriksa bajuku pada bahagian kanan juga kiri.
Ternyata bahagian kiri paras pinggan bajuku terdapat satu bulatan yang koyak...
Haihh, tajam pulak pandangan mata dia ni. Bila pulak koyak ni! Setahu aku, aku jaga elok-elok baju ni! Basuh pun dengan tangan sendiri tahu?
'' Err...ni fesyen! Dah awok pergi buat kerja awak tu! Sibuk je.. '' marahku padanya. Sebenarnya pura-pura marah sebab perasaan malu muncul dalam diri kerana apa yang dikatakannya benar. Dia hanya menganggukkan kepalanya dan sempat mengenyit mata kepadaku. Ai , sakit mata ke apa? Ahh lantaklah. Baik aku tukar baju dan pergi shopping.
Aku berjalan dengan gaya gedik. Tidak mempedulikan orang sekeliling. Pakaian seksiku telah menarik perhatian ramai orang lelaki didalam pusat beli belah yang terkemuka didalam bandar ini. Aku rasa bangga kerana menjadi perhatian lelaki.
Bertambah gediklah aku berjalan. Pastinya mereka akan terbayangkan badanku apabila mereka hendak melancap. Dasar lelaki!
Namun, saat aku sedang berjalan menuju ke butik terkemuka, aku terlanggar seorang lelaki. Lelaki itu bertubuh kecil, kurus dan mempunyai janggut. Sedikit rendah daripadaku. Tetapi ada sesuatu yang menyebabkan aku tersentak saat aku menolong mengutip barang lelaki tersebut..
'' Ini topeng awak ke? '' tanyaku dengan riak yang ingin kepastian terpancar diwajahku yang dipenuhi jerawat-jerawat kecil. Macam muka pecah rumah je aku tengok.
Lelaki tu tak menjawab kerana dia sedang mengutip dua tiga keping topeng separuh muka. Beberapa saat kemudian dia mendongak wajahnya lalu mengeluarkan ayat iaitu..
'' Ini kawan saya punya. Dia suruh beli..errk sori ea.. ''
'' Takpe.. siapa kawan awak? ''
'' Takde siapa-siapa. Dia cuma penyanyi disebuah hotel yang baru dibuka..Okay saya nak pergi dulu ea'' ucap dia sambil ke posisi berdiri kembali kemudian menapak laju . Aku tersentak..
Aku sempat melihat nama kedai yang tertera di beg yang berisikan topeng tersebut. Namanya ''ColeIceCooll ''. Pelik pulak bunyinya. Namun begitu, aku mendapat satu ilham bila memikirkan tentang nama kedai tersebut. Aku sengih lalu aku membatalkan niat untuk pergi ke butik terkemuka kerana hendak pergi ke kedai tersebut. Tak payah nak cari sebab jalan terus , aleh-aleh mata aku terlekat ke nama kedai ni.
'' Selalu ke orang datang sini nak beli topeng? '' soalku pada perempuan yang berumur 20-an kuagak dari airmuka dia . Kedai ini unik.Aku agaklah. Tak pernah dengar lagi kedai topeng ke aku yang tak tahu? Eheehehe.
Bukan topeng separuh muka je dijual dalam kedai ini tetapi topeng hantu pun ada jual. Seram saat mata aku melihat mereka. Topeng sini ada mahal, ada murah.
Hehe. Aku senyum kepada pembantu kedai tersebut...
'' Taklah selalu. Dalam seminggu, ada je 4-5 pelanggan masuk. Kira bolehlah kot .
Akak nak cari topeng apa ? ''
'' Ermm..nanti akak beritahu.. Akak nak tanyalah, ada tak lelaki pendek, berjanggut dan kecil pernah beli topeng kat kedai ni? '' Pembantu tersebut mengerut dahinya untuk seketika. Kemudian dia memberitahuku ..
'' Ada rasanya. Tadi baru dia beli kat sini. Banyak dia beli. Dalam 5-6 keping gitu. Kenapa ea? ''
'' Takdelah..lelaki tu selalu ea datang sini? ''
'' Taklah selalu. Seminggu sekali je. Dia tu boyfriend akak ea? '' tanya dia dengan sengihan. Sengaja mengusik.
'' Ah'ah.. Boyfriend akak. Pernah tanya kenapa dia beli topeng tak? ''
'' Taklah..itukan hak pelanggan. Takkan saya nak tanya kenapa? Kalau akak pergi 7E then akak beli pad, bila cashier lelaki tu tanya akak kenapa beli, agak-agak akak marah ke tak? ''
'' Okay fine. Kau cakap camtu buat aku batal mood nak beli je.. Podah! '' aku mendengus marah dengan perasaan ingin tahu yang makin membuak-buak dalam diriku. Teringin benar aku nak tahu rupa Encik Topeng. Tapi.. macam mana aku nak tahu kalau aku tak kenal dengan dia lagi rapat?
Tak mungkin lelaki pendek tu Encik Topeng. Sebab fizikal mereka sungguh berbeda. Noway lelaki tu ialah Encik Topeng. Siapa Encik Topeng sebenarnya hah?
'' Selamat pulang..cik. '' kata Airina padaku saat aku keluar daripada kereta sportku. Budak ni lagi ni. Kenapa budak ni selalu kacau aku dan tak buat cara orang miskin?
'' Ni kerja dah siap ke tak? ''
'' Dah siap. Saya nak balik ni.. '' Airina menguntum senyuman. Oh nak balik ya.
Ingat aku nak senang-senang bagi kau balik. Boleh belah!
'' Eh sebelum awok balik..saya nak awak tolong saya angkat barang saya masuk ke dalam rumah. Lepastu saya nak awak basuh kereta saya. Baru awak boleh balik faham? '' Airina tampak terkejut. Jelas riak terkejutnya diwajahnya yang putih bersih tu. Suka pula aku tengok reaksi dia . Heheh.. Padan muka! Petang kian hendak bertukar malam tampaknya kuagak. Lama jugak aku shopping tadi. Hehe.
'' Tapi itu bukan kerja saya... kerja.. ''
'' Ahh..Kalau awak tak nak dibuang kerja. Awak ikut cakap saya! '' Aku memotong kata-katanya kemudian aku berlalu pergi dengan pintu kereta yang terbuka. Tahulah dia ambil barang-barang shoppingku di kerusi keretaku.
Ehehehe.. Itulah, sapa suruh nak kerja di rumah aku. Padan muka kau.
Aku mengeluh. Kecewa rasa dalam hati. Kecewa sebaik Encik Rizki mengumunkan penyanyi yang lain. Penyanyi perempuan yang seksi bernama Afina. Perempuan ini sangat bosan. Suara macam katak bagi aku. Perempuan ni tak patut nyanyi disini.
Muka pun macam pecah rumahlah. Dok lawo langsong!
Aku belek jam tangan yang terikat kemas dipergelangan tanganku. Pukul 9 malam.
Ya, waktu nilah dia beritahu yang dia akan muncul menyanyi di pentas.
Masalahnya dia tidak muncul malam ini kerana Encik Rizki kabo dia tak datang.
Aku kecewa. Dia tipu aku. Dia tipu aku. Ke dia memang lambat?
Ingat bolehlah dapatkan nombor telefon dia tapi tak boleh sebab dia takde. Susah betul nak berkenalan dengan Encik Topeng. Nama gelaran dia patutnya Encik Misteri bukan Encik Topeng kuagak. Sebab dia sememangnya Misteri. Nama Encik Topeng tu sangat-sangat kelakar bagi aku. Rasa nak ketawa pun ada. HAHAHA!
Tiba-tiba ada satu suara menyapaku saat aku membelek jam tanganku..
'' Ya, apa dia? '' aku mengajukan soalan tersebut kepada pelayan lelaki yang menyapa aku tadi. Hensem gak pelayan lelaki ni. Dia senyum dan memberikan aku sekuntum bunga ros berserta kad..
''Ia dari Encik Topeng.. Dia mahu berjumpa dengan anda di luar hotel sekarang. ''
Alangkah gembiranya aku mendengar. Aku rasa sangat teruja. Aku segera membuka kad kecil tersebut ia tertulis..
'' I miss you Lolita. Jumpalah aku sekarang.. '' I can't believe this! Aku sangat-sangat gembira dan perasaan gemuruh serta resah itu kembali menyerang diriku.
Aku menyengih lalu aku bangkit daripada kerusi dan menapak laju dengan perasaan berdebar-debar ke luar hotel.
Aku sudah berada di luar hotel. Aku melihat keadaan sekeliling, hmmm mana dia?
Tiba-tiba aku terasa macam satu tangan menekup mulutku. Aku terkejut dan aku ingin menjerit tapi terbatal niatku kerana ada suara berbisik ditelingaku
'' Hai Lolita.. You look so beautiful tonight.. ''
Suara garau itu. Suara garau itu! Aku kenal. Ia Encik Topeng!
'' Hai... you look so handsome.. '' kataku setelah dia melepaskan tangannya yang memakai sarung tangan hitam. Aku senyum dek kerana rindu yang bertimbun bak gunung yang diliputi salji . Aku menerpa ke mukanya dan ingin mencium bibirnya tapi dia mengelak. Dia senyum. Gatal betul aku ni. Hish!
'' Aku cintakan kau. Sejak kali pertama kita bertemu, hatiku terpaut padamu .. ''
luahnya dalam nada lembut. Kami tak peduli dah orang yang keluar masuk hotel.
Peduli hapek aku!
'' Encik Topeng..kalau begitu sudikah kau mencabut topeng ini dan menunjukkan wajahmu yang sebenar..? Aku teringin sekali melihat wajahmu.. '' kataku dalam nada manja dan horny. Ya, horny. Sebab tu sampai bermadah-madah ni. Ehehe.
'' Aku sudah menunjukkan wajahku yang sebenar. Cuma kau perlu cari wajahku.
Wajahku selalu dimatamu setiap hari.. Aku harus pergi sayang... muahh '' dia mengucup pipi kananku. Aku tersentak . Aku kaku. Sebab itu hanya mataku dapat menghantar dia melangkah pergi daripadaku. Aku tak pernah rasa sebegini!
Dia yang berpakaian kot dan seluar hitam serta kasut hitam juga topeng hitam separuh muka. Dialah Encik Topeng. Dia encikku... Aku berasa ada butterflies flying in my stomach...Sekejapnya...kenapa dia nak cepat sangat? Pelik! Misteri!
Malam ni aku tak tidur. Sepanjang perjalanan pulang ke sini, aku hanya memegang pipi kananku . Betapa berkesannya ciuman ini sampaikan aku memandu dengan sebelah tangan. Aku tak pernah rasa begini. Sungguh. Dengan Azroy pun aku tak rasa begini.Aku rasa.. Aku rasa aku betul-betul jatuh cinta. Angau gila dah aku ni..Sampai aku fantasikan kami sedang berbaring di bulan. Kami berdua berjalan-jalan di galaksi tanpa pakaian khas dan tiba-tiba kami sesak nafas serta mati!
Macam manalah fantasi aku ni boleh jadi camtu tiba-tiba? Pelik!
Aku duduk di kerusi di taman landaskap. Dari jarak yang tak beberapa jauh dan dekat, aku dapat melihat Airina tekun mencuci kolam renang dengan Razif. Razif seorang lelaki berketurunan Indonesia berumur 25 tahun. Mereka kelihatan mesra bercakap. Apalah yang syok sangat topik diorang tu ea. Aku tak boleh mendengar sangat.
Aku sebenarnya tengah berfikir ni. Apa maksud kata-kata Encik Topeng semalam iaitu
' Aku sudah menunjukkan wajahku yang sebenar. Cuma kau perlu cari wajahku.
Wajahku selalu dimatamu setiap hari.. Aku harus pergi sayang... muahh ''
Apa maksud dia tu? Wajahku selalu dimatamu? Adakah maksudnya aku melihatnya setiap hari tapi aku tak perasan?
Mungkinkah dia salah seorang kawan lelaki aku ? Bukan aku rasa. Sebab aku tahu suara kawan lelaki aku tak sedap untuk menyanyi.. Hmmm..
Aku duduk rumah setiap hari je. Keluar if nak bershopping dan nak lepak dengan kawan. Kawan-kawan perempuan je aku jumpa. Kawan-kawan lelaki sibuk je memanjang. Nak kerja untuk hantaran kahwinlah, apalah. Dulu ada boyfriend, bolehlah dating hari-hari. Ni dah bergelar solo kembali maka haruslah bershopping selalu.. Aku tak kerja sebab aku malas! Hahaha!
Kalau bukan kawan lelaki, takkanlah Razif? Eh..tak masuk akal langsung. Razif orang Indon, macam mana dia nak nyanyi macam orang melayu dan cakap sebijik macam orang melayu? Habis tu sapa?
Oh ya! Aku baru faham. Maksud Encik Topeng tu adalah aku nampak orang tu tapi aku tak perasan. Orang tulah Encik Topeng tu. Aku nampak orang tu setiap hari..Eh memang ini kesimpulannya yang aku sibuk berfikir dari tadi.
Okay, orang yang aku nampak setiap hari ialah Papa, Mama, Mak Kiah, Razif Dan Airina.
Ada dua lelaki yang aku selalu nampak. Antara dua orang ni adalah Encik Topeng.
Tapi tak masuk akal papa jadi Encik Topeng sebab papa gemuk macam haiwan haram tu (takkan dia nak berskandal dengan anak sendiri lak!)dan Razif tu orang Indon. Sampai sekarang dia tak reti cakap melayu dgn dialek melayu. Dia cakap dialek Indon tu dialah..
Siapa dia ni? Peninglah aku! Perlu ke aku suruh Razif nyanyi supaya aku tahu dia tu Encik Topeng? Benci betul aku teka -teka ni! Kenapalah aku tak cabut je topeng Encik Topeng tu, senang! Habis cerita ni!
'' Razif! Mari sini. Gua mahu ngobrol sama lu '' kataku pada Razif dalam nada menjerit.
'' Ya, apa si? '' Razif berhenti melakukan kerjanya sebelum menghampiriku dan aku melihat Airina mengulum senyuman terhadapku. Budak ni suka sangat senyum kat aku! Menyampah ar.
'' Cuba lu nyanyi.. ''
'' Nyanyi? ''
'' Iya .. Nyanyi.. '' Aku melihat Airina ketawa kecil. Kenapa ea? Aku pun memanggilnya saat suara Razif dah berkumandang di udara.
'' Berhenti! '' suruhku pada Razif. Razif pun berhenti. Ternyata dia bukan Encik Topeng. Aku menyuruhnya kembali ke kolam renang untuk menyambung kerjanya dan Airina pula berdiri dihadapanku.
'' Asal awok ketawa tadi? '' tanyaku pada Airina dengan riak serius diwajahku. Dia seperti biasa pandang buah dadaku dan terus merenung mataku. Gatal betul perempuan ni.Razif tak camni..Mungkin Razif gay kot.
'' Takde apa.. Cuma lawak bila Cik suruh Abang Razif nyanyi. Kenapa Cik buat begitu? Cik dah bosan sangat ke dengar suara penyanyi dalam radio sampai Cik suruh orang lain nyanyi? '' Amboi. Lantangnya. Kurang ajar betul. Menimbulkan rasa marah dalam diriku je.
'' Awok pergi kerja .. Sekali lagi awok cakap begini dengan saya. Saya pecat awok.
Nak? '' Airina tampak terkejut. Dia meminta maaf lalu aku memaafkannya .
Sempat dia kenyit mata padaku sebelum dia melangkah pergi..
Aku masih tertanya-tanya, siapakah Encik Topeng ni?
Takpe. Malam ini aku akan tanggalkan topeng dia. Kalau tak dapat. Aku ikut dia ke rumah dia . Aku pasti akan lakukannya.
Aku mengeluh lagi kekecewaan. Dia tidak menghadirkan diri ke hotel ini sekali lagi malam ini kuagak . Jam sudah menunjukkan pukul 9 .05 malam. Aku harap akan ada pelayan lelaki datang membawa sekuntum ros untukku dan kad daripada Encik Topeng.
'' Lolita .. '' aku dengar satu suara. Tapi suara tu bukan milik pelayan disini. Sebab ianya suara milik Encik Topeng! Aku pusing ke belakang. Dan ternyata dia adalah Encik Topengku! Aku harap rancangan aku akan berjaya tak lama lagi..Ehehe..Jaga kau Encik Topeng!
'' Encikku sayang. '' aku peluk dia. Aku dapat rasakan kehangatan badannya dan betapa bidangnya dada dia. Lepas je peluk, dia terus mengucup pipi kananku.
Ada pelanggan memandang tapi peduli hapeklah kan!
'' I miss you..Lolita.. '' katanya sambil memegang badanku. Kami sama-sama melabuhkan punggung di kerusi dan bertentang mata. I miss those eyes..
'' Miss you too... Kenapa kau tidak menyanyi malam ni? '' Aku mengelus pipinya.
Sekarang stage didepan tidak lagi menjadi tumpuan kami berdua.
'' Aku tak rasa nak menyanyi.. Aku tidak sihat.. '' balasnya sambil mengelus pipiku. Dua inci lagi dekat maka berciumlah kami nanti tapi takut dia mengelak lak..Biarlah dia mula dulu...Diakan lelaki. Aku kan puang. Ehehe..
'' Sejak bila? ''
'' Sejak jumpa kau.. Aku sayang kau Lolita.. Aku nak kita bersama .. ''
'' Aku pun begitu . Tapi aku teringin hendak tahu wajah disebalik topeng ini.
Wajah orang yang kucintai dan yang kusayangi.. ''
'' Kau sudah melihat wajah ini! Tapi kau tak pernah nak perasankan aku! Aku didepan mata kau Lolita. Setiap hari. Kau hanya perlu memerhatiku dengan teliti!
'' kata dia dalam nada tinggi tapi sedikit terkawal. Dia bangun daripada kerusi dan menuju ke luar hotel tapi aku sempat menahan dia .. Aik, tiba-tiba marah lak dia ni.
'' Okay..aku minta maaf sebab tak perasankan kau..Just bagi klu ..Klu tentang wajah kau! '' Dia memandang ke arah lain. Kemudian dia merenung kedalam anak mataku...
'' Kau nak Klu? Okay aku bagi. Kereta! ''
'' What? Wajah kau macam kereta ke? Kau pencuci kereta? ''
'' Aku dah kata.. Kau sudah nampak wajah aku. Cuma kau perlu pandang aku dengan teliti! Aku harus pergi sayang.. '' Kata dia sebelum mendekatkan mukanya kepadaku dan mengucup pantas bibirku. Tanpa sempat aku membalas kucupannya, dia terus berlari laju menuju ke luar hotel. Sekali lagi aku terpaku di atas lantai.
Rancangan malam ini tampaknya gagal.. Maknanya aku harus tunggu minggu depan untuk berjumpa dengannya.. Siapakah dia? Pertemua kami sangat-sangat singkat. Tak sampai 3 minit aku rasa. Pelik ar dia ni.
Siapa? Aku masih fikirkan siapa dia? Aku masih ingat kata-kata dia semalam. Tapi aku ..aku tak tahu .. Aku masih tak tahu siapakah dia? Wajah dia yang kunampak setiap hari? Siapa? Kereta? Mengarutlah!
'' Mengarut betul ah! '' aku secara tak sengaja meluah perkataan itu. Tiba-tiba ada satu suara menyapa...
'' Kenapa cik? Apa dia yang mengarut..? '' tanya Airina. Budak ni menyibuk betul ah! Menyampah betul aku! Dia ni tiba-tiba muncul depan aku. Kenapa aku tak perasan? Mungkin hanyut dalam lamunan fikiranku sendiri.
'' Takde apa.. Awak jangan menyibuklah. Pergi buat kerja awak! '' kataku dalam nada tinggi macam hairmau hendak memakan mangsanya. Aku merenung tajam ke arahnya. Dia hanya senyum dan tenang sahaja menerima tentangan mataku..
'' Nak saya basuh kereta cik hari ni? '
'' Tak payah! Aku takde mood ni.. Serabut ar.. ''
'' Aik...kenapa serabut? Ada hal mengganggu minda cik ke? '' Aku mengeluh.
'' Aku nak tanya kau satu soalan ni! Kau jawab okay. Kalau tak aku pecat kau! ''
tengkingku padanya. Dia hanya senyum sahaja.
'' Apa dia? '' tanya dia.
'' Katakanlah kau jumpa satu lelaki ni. Dia ni pakai topeng. Dia tak beri kau tengok wajah dia. Dia suruh kau cari wajah dia. Klu tentang wajah dia ialah kereta.. Apa maksud dia tu? '' Airina mengerut dahi kemudian dia ketawa kecil..
'' Mengarut giler. Mana ada lelaki bertopeng. Macam Encik Mimpi lak..ehehe ''
'' Hey jawab ar! '''
'' Okay..okay.. Maksud dia mungkin dia seorang yang ada kereta? Yang suka cuci kereta dia depan rumah cik? Yang suka ngorat perempuan ada kereta? Kenapa cik tanya ni? '' soalnya lagi..
'' Takde apalah.Kau pergilah buat kerja kau yu! '' aku bangun daripada kerusi dan menapak kedalam rumah. Saat aku sudah menapak didalam rumah yang tersergam indah ini, telingaku menangkap deringan telefon rumahku, Hmmm, siapa pulok yang cal petang-petang ni? Kawan papa ke? Ke kawan Mama yang perasan muda padahal dah tua nak mampos masih simpan anak ikan dibelakang suami mereka yang sedang memanggil? Eh kenapa aku tertanya-tanya ni, baik aku pergi jawab sekarang.
'' Haluuu...siapa didalam talian ? '' soalku dengan nada lembut dan gedik gila.
Macam gaya model yang hot giler dan nombor satu di Malaysia.
'' Ini Azreen. Kawan kau, Dok ingak? ''
'' Eh ingak ar. Kita kan selalu lepak. Cuma kebelakangan ni aku tak berapa lepak dengan kau.. ehehe.. sebab sibuk nak shopping memanjang.. Ada gossip terbaru ke yang kau sampai kol aku ni? Eh jap, asal tak kol nombor aku? Yang pergi kol nombor rumah aku ni napa? '' Panjang sahaja aku bercakap. Talian senyap untuk seketika kemudian Azreen membalas..
'' Errr... aku lupa nombor telefon bimbit kaulah. Kaukan dah tukar nombor baru sebb kau taknak berhubung dengan Azroy lagi yang kau beritahu aku harituu ?
Tapi aku tak sengaja terpadam text kau jadi haruslah aku kol nombor telefon rumah kau ni sebab nombor ni je yang aku ingat.. Sebenarnya tujuan aku kol nombor telefon rumah kau ni , aku nak jemput kau ke majlis hari lahir adik aku..
Alaa yang baru habis spm tu..Akrina namanya..ehehe '' Oh ya, aku tukar nombor telefonku sebaik putuskan hubungan dengan Azroy. Patutlah dia tak kol and mesej no baru aku kebelakangan ni.
Ceh. Nak pelawa ke majlis hari lahir adik dia. Ingatkan nak memperkenalkan aku dengan lelaki hensem ke. Eh aku ni dah ada Encik Topeng, buat apa nak mengggatal lagi? Kejap.bila masa aku dengan Encik Topeng kapel ni???? Eheheh..
'' Oh...hmm..bila majlis hari lahir adik kau tu? Esok? Tulat? Minggu depan? Bulan depan? Hahaha '' aku meledakkan ketawa besar didalam talian.
'' Malam ni. Pukul 8. Datang ek? Jangan lupa bawa hadiah! Okay aku ada hal ni.
See u tonite! ''
Talian terputus. ..
Hadiah? Aku sangat-sangat suck dalam memilih hadiah. Aku nak belikan apa ya sebagai hadiah untuk adik dia?? Aku perlu pendapat seseorang ni..Eh takyalah pendapat orang, baik aku keluar sekarang. Belikan handbag dah cukuplah.
Ehehhe..
'' Cik nak pergi mana tu?'' soal Airina sebaik dia melihat aku melangkah ke keretaku. Hish dia ni, sibuk betul!
'' Takyah siboklah! Buat kerja awok tu! '' kataku padanya sebelum menapak masuk kedalam keretaku. Sempat aku memberi jelingan tajam kepada Airina yang kelihatan kotor dan berpeluh . She's such a busybody! Napalah aku terima dia bekerja dengan dia ya? Bodohnya aku pergi menerima dia bekerja sini kerana rayuan dia. Airina hanya mengulum senyuman padaku. Aku tidak membalas senyumannya yang manis dan menawan.
Rumah banglo Azreen bertingkat dua. Disebelah banglo yang tersergam indah tu terdapat sebuah dewan yang sederhana saiznya. Ya, aku tahu kedengaran pelik tapi menurut Azreen dewan itu dibina bertujuan untuk digunakan apabila ada majlis ingin diadakan di rumahnya. Macam majlis hari lahir atau sekadar ingin berparti dengan rakan-rakan.
Aku berpakaian dress merah panjang yang mengikut susuk tubuhku serta menampakkan asetku yang besar. Aku berasa begitu anggun sekali dengan secalit gincu merah dibibir kecilku dengan anting-anting kecil yang tergantung ditelingaku.
Bangga pun ada. Aku rasa aku orang yang tercantik malam ni. Ya, aku malas nak mekap. Sebab tu pakai gincu je. Aku ni natural beauty. Tanpa mekap pun, nampak lawa gak. Macam Izara Aishah tu....
Aku memegang sebuah kotak hadiah yang berbalut kemas. Dalamnya terdapat sebuah handbag bersaiz kecil dan berwarna merah yang kubeli pada petang tadi.
Harganya tak mahal . RM10 ribu je, murah je kan? Ehehehe..Jangan jeles!
Aku disambut oleh Azreen saat aku sudah terpacak berdiri di muka pintu dewan tersebut. Dewan ini agak luas dan terdapat sebuah stage didalamnya. Stage itu tidaklah besar dan kecil. Stage itu digunakan oleh penganjur majlis ini untuk berkomunikasi dengan tetamu-tetamu yang menghadirkan diri. Adakalanya untuk melalak! Aku tahu sebab Azreen ni rajin ngat buat parti kat sini untuk hiburkan diri kami ..ehehe...Beselah anak orang kaya! Jangan jeles sudah!
'' Hai!You look so beautiful tonight! '' Azreen menyengih menampakkan giginya yang putih tersusun didalam mulutnya. Kami berlaga pipi kanan dan kiri. Azreen berbau wangi. Wangian yang amat kuat terdapat dibadannya. Kalau ada orang lelaki dekat dengan dia, pasti terangsang! Eh benda aku merepek ni!
'' Thanks! You too! Where's birthday girl? '' soalku dengan memegang kotak hadiah dengan kedua-dua tanganku. Mataku melilau lilau ke dalam dewan dimana majlis sedang berlangsung. Ramai lelaki dan perempuan didalamnya.
Kebanyakannya berumur 18-20 kuagak dari riak wajah seseorang. Cahaya lampu amat terang benderang didalam dewan . Dewan itu dihiasi dengan belon-belon tergantung di atasnya . Suasana didalamnya agak hingar bingar. Ditambah dengan muzik yang sedang dimainkan oleh para DEEEJAY.
'' Ada! Tengah chat dengan rakan dia.. Tu! '' balas Azreen sambil menuding jari ke satu sudut didalam dewan. Aku terpana sebentar.
Aku nampak seorang perempuan yang agak rendah ketinggiannya. 156 cm rasanya. Ntah, aku pakai hentam je sebut. Tak sesuai untuk gadis yang sudah berumur 18 tahun. Umur yang cukup sesuai untuk bernikah atau mengawan dengan pakwe didalam semak macam aku dulu sewaktu aku berusia 18
tahun..ehehe..
Apa yang membuatkan aku terpana adalah, orang yang dia sedang rancak berbual ialah..
Ya, Encik Topeng. Apa dia buat sini? Eh hadiri majlis ofozolah! Tak sangka aku yang dia berkawan dengan adik Azreen.
Entah mengapa timbul perasaan yang sangat-sangat cemburu akan melihat kemesraan mereka. Apa yang best sangat topik mereka berbual ea?
'' Az, lelaki yang bertopeng separuh muka tu rakan adik kau ke? ''
'' Err..pembetulan. Bukan lelaki. Tapi perempuan. Aku pelik ar asal adik aku boleh jemput si perempuan tu. Napa ? Kau kenal dia?''
Aku diam. Terkejut. Tak percaya rasanya.
'' Kau pasti orang yang bertopeng separuh muka tu seorang perempuan? '' Aku membulatkan mata. Masih tak percaya.
'' Yelah! Asal? Kau kenal dia? ''
'' Nama dia siapa? ''
'' Hmm..entahlah..aku tak tahu sangat kawan adik aku ni. Tapi dia kata kawan dia tu namanya Airi..Ai apa ntah. '' kata Azreena sambil mengerut dahinya.
Memikirkan sesuatu agaknya..
' Kau sudah melihat wajah ini! Tapi kau tak pernah nak perasankan aku! Aku didepan mata kau Lolita. Setiap hari. Kau hanya perlu memerhatiku dengan teliti!
''
'' Takde apa.. Cuma lawak bila Cik suruh Abang Razif nyanyi. Kenapa Cik buat begitu? Cik dah bosan sangat ke dengar suara penyanyi dalam radio sampai Cik suruh orang lain nyanyi? ''
'' Kaulah gadis yang kucari selama ini...
Kaulah Lolita..
Sambutlah tanganku tanda kau menerima perkenalan kita.. ''
'' Erm...adalah...ehehhee... er saya nak sambung balik kerja saya ea. Cik nampak cantik hari ini. Selamat jalan.. ''
Noway. Tak mungkin dia.. No no.. Aku tak percaya. No! Aku mencubit lenganku dan berharap aku akan terbangun dan ini semua mimpi. Tapi tampaknya ini bukan mimpi!
Cuma ada satu je cara untuk memastikan sangkaan aku ini. Yeah, aku harus lakukannya sekarang!
Aku menapak laju ke satu sudut dan menghampiri dua orang yang sedang rancak berbual tetapi terhenti dek kemunculan aku. Encik Topeng agak terkejut dengan kemunculan aku.
Aku merenung tajam ke dalam anak matanya. Aku ketap bibir. Pantas sahaja tangan kananku mencapai tangan kirinya dan aku menariknya ke luar dewan. Mata disitu hanya memerhati kami berdua namun aku tidak pedulikan. Hadiah tadi sudah hilang sebab aku jatuhkan ke lantai. Geram ngat diriku ini dengannya!
'' Err..Lolita..apa kau buat ni? Malu orang tengok.. '' katanya ketika aku sedang mengheretnya ke luar dewan. Huh, masih nak menyamar lagi!
Aku menariknya dengan genggaman tanganku yang kuat ke luar laman rumah Azreen . Dimana keretaku diberhentikan dihadapannya. Jangan hairan asal kereta aku depan pagar rumah dia. Dah tempat ini kosong, aku parking le!
Aku berhenti menapak dan menariknya saat kami sudah ditepi keretaku. Kami bertentang mata. Agak tegang suasana ini. Geram, marah, sakit hati dan malu!
Semua ada dalam diri ini!
Dia tampak terkejut. Tak berkata-kata. Aku terus menampar pipi kirinya. Dengan kuat! Kemudian menampar pipi kanannya pulak.
'' Kenapa dengan kau ni! Kenapa tampar aku! '' tanya dia dalam keadaan terkejut dengan nada suara yang garau sedikit tinggi tapi terkawal. Kedua-dua tangannya mengusap-ngusap kedua belah pipinya. Haa..rasakan tamparan wanita!
Aku tidak menghiraukan kata-katanya lantas aku merentapnya topengnya dengan kasar. Terserlah wajahnya yang tersembunyi selama ini. Aku rasa sangat-sangat kecewa dan sakit hati . Dia telah mempermainkan perasaan aku dan menipu aku!
Aku rasa sangat malu kerana mencintai seseorang yang merupakan seorang perempuan! Ya! Ia Airina !
Dia tertunduk.
Air mataku mengalir. Mataku merenungnya dengan renungan tajam.
'' You can fire me .. It's okay.. ''
'' Who are you? Tel me! '' tengkingku padanya. Perasaan marah meletus seperti gunung berapi yang sudah memuntahkan laharnya didalam diriku. Aku tak sangka.
Aku sungguh sungguh tak sangka! Dialah orangnya. Airinalah orangnya..
'' Tak ada gunanya saya beritahu cik.. Cik tak akan terima saya lagi kerana Cik dah tahu siapa saya sebenarnya.. '' Dia masih tertunduk.
'' Siapa cakap? '' Dia mengangkat wajahnya. Dia tampak gembira. Gembira kerana menerimanya kot?
'' You love me Lolita? ''
'' Who are you? Cakap sapa kau ni? ''
'' Saya akan beritahu siapa saya jika cik menerima saya.. Sudikah cik menerima saya sebagai kekasih cik? '' tanya dia sambil melutut dihadapanku. Ini amat geli bagi korang tapi perasaan aku bercampur di saat ini. Aku tak tahu patut ke tak aku terima . Namun, entah kenapa aku rasa gembira saat dia meluahkan ayat tersebut walaupun dia telah mempermainkan hatiku.
'' Aku bukan lesbian! Aku takkan terima kau sebagai kekasih aku! '' tengkingku menyebabkan riak wajahnya sudah berubah. Riak wajahnya yang sedih.
'' Saya anak sulong dalam keluarga. Saya mempunyai adik yang bersekolah dan ibu yang selalu sakit.. Saya bekerja sebagai penyanyi sambilan disebuah hotel pada waktu malam dengan bayaran 50 ringgit . Kemunculan cik menyebabkan saya amat amat gementar untuk melakukan kerja tersebut. Jadi saya berhenti. Cik telah membuatkan saya merasai perasaan yang tak pernah saya alami saat saya bertentang mata dengan cik pada hari saya bertemu dengan cik waktu saya melamar pekerjaan. Saya tahu cik akan memecat saya selepas tahu ini semua, Maafkan saya kerana mempermainkan hati Cik. Bukan apa, saya cuma takut cik takkan terima saya selepas tahu siapa saya sebenarnya. Tapi benda nak berlaku, nak buat apakan..Saya minta maaf sekali lagi.. Saya kena masuk balik nak buat perfomance untuk rakan saya.. '' Tak masuk akal langsung sebab dia berenti tu.
Dia melalui aku namun..
'' Jangan pergi...aku perlukan kau disini.. '' ucapku lembut dengan tangan yang memegang tangan kirinya. Dia berhenti melangkah.. Dia berpaling ke belakang..Aku tersentuh dengan luahan hatinya...Tiba-tiba hilang perasaan sakit hati, geram dan marah. Aku tahu geram dan marah maksudnya berbeda tapi peduli hapek aku! Ini cerita aku. Bukan cerita korang!
'' Kenapa Cik perlukan saya? Cik kan takkan menerima saya untuk masuk kedalam hati Cik? '' riak wajahnya tampak sedih. Macam kucing lapar mintak makan dengan tuan gayanya.Tapi dia bukan kucing. Dia perempuan.
'' I love you..if you wanna be my lover, please dont leave me here.. ''
Mendengar ayat yang terpacul daripada mulutku , dia tersenyum..
Aku memandu perlahan keretaku. Didalam kepekatan malam dengan bulan yang mengambang tergantung dilangit. Menyerikan malam yang masih muda.
'' Kita nak pergi mana ni? '' tanya dia. Aku senyum padanya lalu menumpukan pandanganku di jalanraya.
'' Jalan-jalan.. Pusing-pusing kat bandar..Awak sejak bila kerja sebagai penyanyi disitu? ''
'' Sebulan lepas. Kawan saya, Hafiz rekomenkan saya kerja tu. Dia tahu saya ada suara.. Saya malu nak nyanyi depan orang, jadi dia cadangkan saya pakai topeng .''
'' Oh..kalau macam tu..kenapa tak beri nama Cik Topeng je? '' Aku tahan je nak ketawa bila sebut perkataan tu. HAHAHAHA.
'' Saya tak biasa pakai baju perempuan ni.. Saya kalau keluar pakai tshirt dan seluar je...jadi dia suruh saya berpakaian macam lelaki .pakaian yang saya dress up semasa persembahan tu dia punya. Saya pinjam je.. ''
'' Okay...macam mana dengan dada ? Lagu tu awak reka ke? Macam mana awak record audio untuk lagu awak tu? ''
'' Hehe..saya pakai binder....Audio tu kawan saya Hafiz yang rakam. Lagu pun dia reka. Saya nyanyi jela.. kita nak gimana ni sebenarnya? ''
'' Rumah saya..ehehe.. erk tolong tukar panggilan okay. Saya panggil awak sayang, awak panggil saya baby.. ehehe '' balasku.
'' Err..buat apa kat rumah awak? Eh baby? '' dia kerut dahi.
'' Hishh. Sayang ni tanya..buat tak tahu pulak.. '' Aku angkat kedua-dua keningku dan mengenyit mata. Damn, aku lama tak buat, , Gian..Aku dengar lesbo seks ni buat kita tak nak dengar laki, jadi aku nak cubalah..Susah gatal tahap naik merenyam ni. Hehe! Dia mengulum senyuman terhadapku. Tangannya memegang tangan kananku. Bahagianya aku..
Dua minggu kemudian..
'' Airina! Airina! '' jeritku pada sayangku yang giat bekerja di laman rumah. Kami saling bertukar senyuman. Dia datang menghampiriku.
'' Ada apa Cik? '' kata dia. Dia sedang berdiri dihadapanku. Aku pula sedang duduk bersimpuh atas kerusi rotan ni. Waktu bekerja adalah waktu dimana aku dan dia kena berkelakuan seperti seorang majikan dan dia sebagai pekerja. Aku tak mahu orang rumah tahu aku seorang lesbian! Kawan aku tak tahu aku dah kapel dengan dia ni! Orientasi seksual bebbbbbb.. Aku nikan anak orang kaya terhomat.
Kena jaga status!
'' Duduklah..saya nak cakap something dengan awak..Nah minum air dulu.. '' aku mempelawanya dua gelas air jus buatan Mak Cik Kiah tadi.
'' Apa dia? '' Dia sudah menghabiskan gelas air jus dengan satu teguk sahaja. Giler mesti dia dahaga.Hot pula dia ni dalam keadaan berpeluh. Bau dia pun agak wangi.
Walaupun bau busuk..
'' Esok awak takyah kerja sini. Saya dah cakap dengan papa saya. Awak boleh datang ke studio untuk rakaman lagu awak tu.. ''
'' Err..rakaman lagu? Tak fahamlah baby..ehehe ''
'' Awak akan ada rakaman lagu sendiri. Faham? ''
'' Oh..maknanya saya akan jadi singer lah nanti? ''
'' Yelah sayang... '' balasku sambil mengusap-usap tangan kananya. Kami saling tersenyum.. Papa aku ada syarikat rakaman untuk artis baharu.Dalam masa yang sama, dia suka berskandal dengan artis baru. Teruk betul keluarga aku ni. Dammit!
No wonder aku macam hoe jeee..
'' Tapi jangan pulak curang bila dah popular! '' tokokku lagi.
'' Taknya...saya janji saya setia dengan awak je... '' dia membalas dengan senyuman diwajahnya. Gosh, aku tak sangka aku yang seorang straight sebelum ini boleh jadi lesbo. Tapi best gak jadi lesbo ni, seks lesbo pun hebat. Korang jangan ikut perangai aku ni, tak baik dosa! Kalau aku... aku memang kaki buat dosa.. Eh nikmat dunia weeeyy, aku taknak lepaskan! Okay habis dah cerita aku ni. Bye!
>>>>>>> Tamat <<<<<<
ReplyDeleteI'm Sonja McDonell, 23, Swiss Airlines Stewardess with 13 towns in oversea, very tender with much fantasies during emergency cases in my wonderful job. Oh yes, we've some cells in our brains in a young age, wich so called normal girls don't have. These cells become active during the early puberty, mostly with 9-10 yo. They can never be erased & it's important to keep them active. How is it in Indonesia?
sonjamcdonell@yahoo.com