Friday, August 29, 2014

Cerpen: Mas Hana

Aku didalam sebuah bilik. Sedang menunggu rakan karibku, Mas Hana. Tadi aku rasa lapar. Perutku berbunyi tanda minta diisi jadi aku menyuruh Mas Hana untuk membuatkanku nasi goreng cina – makanan kegemaranku. Dari bilik ini aku dapat dengar bunyi yang datangnya dari dapur. Bunyi-bunyi orang sedang memasak iaitu bunyi meletakkan lada didalam kuali yang diisi minyak secukupnya sebelum memasukkan perasa yang sepatutnya dan juga bunyi orang sedang menggaul nasi goreng didalam kuali.

Bau nasi goreng tersebut dapat kuhidu. Yummy, tak sabar aku nak makannya. Dari ruang dapur yang jaraknya yang memerlukan 6 langkah, aku dapat dengar juga suara Mas Hana yang kelihatan seperti perasaan gembira menapak dalam hatinya.

Suara bersenadung. Mas Hana suka humming.

Mana taknya gembira, Mas Hana gembira yang aku sudah berada dalam rumahnya.

Dia tinggal sendiri. Parentsnya dah takde. Rumahnya ini agak besarlah saiznya. Dia suruh aku duduk dalam bilik ini sementara menunggunya memasak nasi goreng untukku tadi. Aku mampu tersenyum sahaja dan menganggukan kepalaku sahaja.

Aku rasa bosan menunggunya. Kemudian mindaku tiba-tiba mengimbas saat bilamana kami berkenalan sebelum kami bergelar kawan baik forever. .

Masa tu aku baru pindah sini. Perumahan ini dinamakan Taman Lambi. Kelakar nama taman perumahan ini tapi kenyataannya nama taman perumahan ini sememangnya begitu. Aku pun ketawa sebenarnya saat mendengar nama taman perumahan ini.

Macam lampi pula kalau gantikan B dengan P. Bagaimanalah mereka mendapat nama untuk taman perumahan yang cantik ini ea?

'' Taman Lambi? What a funny name. Kedengaran mengarut pun ada. '' aku memberi komen sebaik mengalihkan kotak-kotak yang berisi barangan peribadiku dari van ayahku.

Ayahku, Arzfi hanya menyengih kemudian membalas..

'' Kid, dah nama dia begitu. Nak buat camne? ''

'' Hahaha. pelik giler. '' aku meledakkan ketawa kecil. Arzfi mampu sengih lalu mengangkat kotak-kotak yang berisikan barangan peribadinya kedalam rumah baru kami. Rumah ini dibeli ayah. Ayah sebenarnya sudah bercerai dengan mak kerana mak sudah memberikan hatinya pada orang lain iaitu Fiz.

Fiz dan Mak berkenalan di tempat kerja mereka iaitu di sebuah syarikat pembekal bahan mentah. Mereka yang hanya sekadar kawan biasa bertukar menjadi hubungan terlarang kerana asyik meluangkan masa bersama yang melibatkan hal kerja.

Kesibukan bekerja menyebabkan mak tidak lagi berhubungan mesra dengan ayah seperti dahulu.

Mak selalu balik lewat menyebabkan ayah marah. Mereka selalu bergaduh kerana kepulangannya yang lewat dengan ayah. Bila dah hari-hari gaduh, ayah akhirnya lepaskan mak. Mak sangat gembira kerana inilah dia mahukan . Dia memberitahu ayah yang dia sudah mempunyai orang lain dan tidak perlukan ayah lagi dalam hidupnya.

Ayah sememangnya agak tersentak dan sedih dengan kecurangan isterinya itu.

Mereka akhirnya disahkan bercerai setahun kemudian iaitu tahun 2005. Tahun dimana aku sudah berumur 15 tahun.

Hak penjagaan anak diserahkan pada ayah. Dan sebab itu aku dan ayah je yang tinggal bersama. Lagipula aku tak berapa rapat dengan mak jadi taklah rindu sangat dengan mak aku tu. Ayah is my best friend, ketika aku perlukan tempat untuk meluahkan perasaan dan menceritakan masalah disekolah seperti rakan-rakan yang membuli aku , dialah berada disisiku. Bukan mak.

Tapi itu tak bermakna aku tak sayang mak. Aku sayang mak dan juga ayah. Dua-dua aku sayang. Tapi yang paling aku sayang ialah ayahku. Dia seorang ayah yang penyayang, memahami dan penyabar. Jarang dia hendak marah akan aku kecuali jika aku terlupa hendak melakukan amalan sebagai orang islam iaitu solat dan puasa.

Ermm, bukan terlupa sebenarnya tapi malas. Well, ia sebahagian sifat diriku.Berbeda dengan mak, Mak mudah naik marah . Ayah pernah ceritakan padaku yang mak ibarat singa betina yang garang sebelum mereka menikah. Entah trik apa Ayah gunakan untuk menjatuhkan hatinya kepada Ayah. Tapi itu cerita dulu. Sekarang sudah berubah. . Mereka tak bersama lagi. .

'' Assalamualaikum. ' telingaku menangkap satu suara lunak. Ku pasti suara ini ialah suara seorang perempuan.Aku berpaling ke belakang.

'' Waalaikumussalam. '' aku menguntum senyuman kepada seorang perempuan yang kuagak dalam lingkungan umurku. Dia berkulit putih dan timbul beberapa jerawat kecil disekeliling rupanya. Matanya bulat dan hidungnya mancung. Bibirnya merah.

Dia memakai tshirt dan seluar track. Sungguh kasual pakaiannya.

'' Nama awak siapa? ''

'' Ariana . awak? ''

'' Mas Hana. Panggil Mas je. Saya 15 tahun , awak? '''

'' Samalah kita. awak duduk sini ke? '

'' Ah'ah. Awak nak masukkan kotak-kotak ni kedalam rumah awak ke? '

'' Ya. Banyak kotak nak bawak masuk. Lepastu nak kemas lagi. Pindah ke rumah baru katakan. . ' kataku sambil menjeling dua tiga lelaki sedang keluarkan perabot baru kami ke dalam rumah. Perabot lama kat rumah lama kami. Ayah memutuskan untuk membeli banyak perabot baru untuk rumah kami.

'' Oh. I see. nak saya tolong? ' katanya dengan senyuman yang menghiasi wajahnya.

Aku terfikir sejenak dalam diam. Tak sampai seminit aku membalas soalannya dengan anggukan kepala. Sunggguh aneh sekali, aku boleh percaya orang yang baru aku kenal untuk menolongku. Mungkin riak wajahnya yang tampak macam orang baik dimataku.

Yup, itu adalah detik pertama kami bertemu dan berkenalan. Sejak detik itulah kami menjadi kawan. Kawan biasa pada mulanya. Mas Hana waktu tu masih belum bergelar anak yatim piatu. Mas seorang yang periang dan peramah. Suka buat lawak dan seringkali aku ketawa akan lawaknya walaupun kedengaran bodoh . tapi lawak jugaklah lawak dia tu.

Mas tidak pergi sekolah yang sama denganku, sungguhpun begitu, kami masih bertemu dan belajar sama-sama pada waktu petangnya. Banyak tips belajar kudapat daripada Mas ketika kami membuat ulang kaji pelajaran bersamanya. Ada separuhnya aku amalkan.

Setelah 3 bulan bertemu di taman untuk berbual atau belajar bersama di rumahnya, kami merasmikan hubungan kami kepada status kawan baik. Sememangnya dia kawan yang baik. Sering mendengar luahan perasaanku dan menjadi tempat aku menceritakan masalahku disekolah. Ayah sudah tidak lagi menjadi tempatku untuk meluahkan perasaan dan menceritakan masalah. Maklumlah, dah ada kawan rapat .

Ayah pasti dilupakan. Lagipula ayah sudah sibuk bekerja dipejabatnya menyebabkan aku sering meluangkan masa senggang dengan Mas Hana. Tidaklah rasa sunyi sangat.

Mak pula tidak pernah melawat aku sepanjang aku tinggal disini walaupun sekali.

Huh, orang dah ada kapel, tentu sahaja akan melupakan anaknya yang terhasil dari perkahwinannya yang terdahulu. Tampaknya, mak sememangnya tidak menyukai aku sejak dia ada orang lain. . Ah, lupakan lah. Aku boleh hidup tanpa dia la. . Aku kan ada ayah yang tanggung hidup aku kan? Pernah aku ajak ayah ke rumah lama kami untuk melawatnya tapi ayah tukar topik . Aku dapat agak dia tak mahu aku melihat mak lagi. Hmmm. dah nasib. Takpelah. .Tak matinya takde dia tu.

Bila Mak sudah tidak berhubungan dengan kami dan tidak berjumpa dengan kami, berita tentang dirinya tak kutahu. Perempuan itu sungguh ego dan melupakan kami.

Tak sangka mak yang sering membelaiku ketikaku kecil, sudah beralih kasih sayangnya sepenuh pada teman lelakinya. Dia tak sayang aku lagi. . Pernah aku syak mak aku kena mandrem dengan teman lelaki dia. Tapi tak baik buruk sangka kan?

Kita kan kena sangka baik..

Tapi entahlah … Sebenarnya aku cemburu melihat ibu bapa Mas Hana kelihatan bahagia sekali. Mas Hana tampak gembira setiap hari kerana didepan mata mereka ada ibu bapa yang selalu berada disisinya.

Aku berharap sangat ayah dan mak seperti parents Mas. Bahagia, mesra dan yang paling penting dalam sebuah relationship iaitu setia. Ahh, dah nasib aku. Mas tak tahu akan perasaan cemburuku terhadap keluarganya . Giler ke apa nak cerita aku cemburu tengok dia mempunyai keluarga bahagia?

'' I hate my life. . . '' aku meluahkan perasaanku kepada Mas ditaman pada satu petang.

'' Why do you hate your life? You wanna kill yourself? Oh no! I don't want you die! '

Mas membulatkan matanya. Terpamer perasaan cemas didalam anak matanya yang menawan itu. Aku sengih.

'' Mana ade! Kau ni pandai-pandai je buat andaian. Wei, aku muda lagila. Kahwin pun belum . Aku dah sumpah kat diri aku, sebelum mati aku nak kahwin! Aku nak ada zuriat dan cucu sendiri.. '

'' Kalau kau dah kahwin, kau akan lupakan aku ke? Aku kan your kawan baik selamanya ' riak wajahnya berubah menjadi sedih . Dia menjatuhkan pandanganya ke rumput ditaman yang bersih . Sampah satu pun takde. Matahari terlindung disebalik awan yang mendung pada petang itu. Babak klise untuk sebuah cerita

-takkan lengkap burung-burung bertebangan dan adakala berkicau. Ada budak-budak umur dalam 4-5 tahun sedang bermain digelonsor. . Seronok pula mereka bermain.

'' Takdelah. kau kan my BFF , takkan aku nak lupakan? Kaulah kawan aku yang paling baik sekali! Aku janji , kita akan berkawan baik selamanya. . Aku takkan lupakan kau bila aku dah kahwin! '' Aku menghulurkan jari keliking padanya. Aku sengih saat dia mendongak kerana jari kelilingku di hadapan mukanya. .

'' Kau janji kita akan berkawan baik selamanya? '

'' Op cozlah! Aku janji dengan jiwa ragaku. '' jari keliking kami dah bertemu dan bersentuhan. Kami saling tersenyum.

Aku mengeluh didalam bilik ini. Aku merenung ke dinding bilik ini. Mas sememangnya kawan yang baik . Jika aku gembira, dia juga akan tumpang gembira.

Jika aku sedih, dia akan sedih juga. Kawan baik selamanya aku kabo kat dia.

Yup, dia memang kawan yang baik. Mindaku mengimbas kembali moment pada 5

hari lepas.. .

'' YA ALLAH! AYAH! AYAH! '' lantang sahaja suaraku menyebut ayat tersebut dengan perasaan teruja dan terkejut serta rasa bersyukur pada tuhan.

'' Apa dia nak? Apa hal? Ada pencuri ke masuk rumah kita? '' tanya ayah dalam nada panik dengan wajah yang cemas. Dia melilau sekeliling kemudian berhenti saat aku berkata. .

'' Ayah. Ri dapat tawaran masuk ke UITM di MELAKA. Alhamdulilah. . '' surat berwarna putih kuserahkan padanya. Ayah tampak gembira saat matanya membaca perkatan-perkataan yang tertera di atas kertas baru.

'' ALHAMDULILAH. . tercapai gak hajat Ri untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi Tak sia-sia Ri belajar kuat selama ini untuk SPM Ri. . ''

'' Yer ayah! ''

'' Oh, Ri kena jumpa kawan Ri. Dia kena tahu ni! '' tambahku lagi.

'' Ooo kay. jangan lama-lama . ''

'' Ya ayah. Tak lama punya. Kan dekat rumah dia. Ri nak bersiap ni ea! ''

'' Assalamualaikum! '' Aku memberi salam di luar pagar selepas menekan loceng. Mas baru saja kehilangan parents didalam sebuah kemalangan dijalan raya dua minggu lepas. Sudah tentu aku sebagai rakannya amat bersimpati dengannya. Namun begitu, wajahnya ceria sahaja. Mungkin sengaja berpura-pura gembira kerana tidak menunjukkan perasaanya yang masih sedih atas kehilangan keluarganya. Nasib baik dia anak orang kaya jadi tak terumbang ambinglah hidup dia. Dia akan mewarisi harta ibu bapanya tak lama lagi. Dalam wasiat bapanya, dia akan dapat kesemua harta ibu bapanya selepas genap 18 tahun iaitu dua minggu lagi. Tak lama sebenarnya.

'' Waalaikumussalam. hah Rin! Masuk ar ''

Aku melabuhkan punggung di kerusi. Terbentuk senyuman diwajahku. Tanganku masih memegang kertas itu. Mas kelihatan berkerut dahinya tanda tak faham kenapa aku tersengih sengih macam orang nak kahwin gamaknya.

Aku yang memahami perasaannya yang tertanya-tanya itu terus memberi kertas warna putih padanya.Dia tersenyum padaku sebaik habis membaca kertas itu kemudian mengucapkan

'' Tahniah. ''

'' Aku happy giler wei! Tampaknya kita akan berjauhan. .hmmm '' aku menjatuhkan pandangan ke bawah.

'' Rin. kau kawan baik aku. aku saaaayang kau sangat=sangat. It's okay. . ''

Aku tersentak saat pintu bilik terbuka. Aku senyum saat melihat Mas melangkah masuk kedalam bilik ini dengan sepinggan nasi goreng. Didalamnya terdapat sudu.

'' Sedap ni.. aku suapkan okay? '' Dia mengeluarkan segumpal kain dari mulutku.

'' Ya. aku lapar. . '' Mas Hana menyuapkan nasi goreng kedalam mulutnya. Aku mengunyahnya dengan perlahan dan memujinya dengan ayat.

'' Sedapnya. pandai kau buat. . ''

'' Hehe. kau kan kawan baik aku. Sudah tentu aku buat makanan yang sedak untuk kau. . '' Dia sengih lalu menyuapkan nasi goreng kembali kedalam mulutku. Aku hanya senyap selepas responnya itu, menikmati makanan dihadapanku.

'' Mas. nak air. dahagalah. . '

'' Oh. okay. nanti aku bagi ea. . Aku nak masuk dapur untuk cuci pinggan ni.. aku buatkan kau air sirap ea. '

'' Ya Mas. .kau kan kawan baik aku. . '

'' Hehe. kita kan janji nak jadi kawan baik selamanya kan? '

Aku anggukkan kepalaku. Dan senyum. Kemudian aku mengeluh. Ya Allah, aku tak boleh berlakon lagi ni. Aku tak boleh berlakon palsu didepannya. Aku tak boleh berlakon gembira dihadapannya lagi. Aku mahu melepaskan diri dari ikatan yang kuat ni. Tapi bagaimana?

Aku masih mencari idea sebenarnya. Bapaku pasti sangat-sangat risaukan aku sekarang . Sudah tiga hari aku terperap dalam bilik ini. Oh god kenapalah aku kawan dengan seorang saiko??

'' Nah. air untuk kau. . '' Mas menutup pintu dan menghulurkan segelas air dekat dengan mulutku. Lalu dia tolong aku minum air sirap tersebut. Manis. Pandai gak dia buat. Eh asal tetiba aku nak puji ni?

'' Mas. . … kau sayang aku tak? ''

'' Sayanglah. Sebab tu aku nak kita kawan baik selamanya. Sebab tu aku nak kau stay dengan aku disini sampai bila-bila. ' Mendengar jawapannya, aku meneguk air liur.

Aku senyum. Camne nak lepaskan diri ni? Aku takut dengan dia ni..

'' Kau tahu tak impian aku apa? '

'' Tahu. tapi impian kau tu akan membuatkan aku seorang disini.. . aku tak mahu seorang disini. . '' Mas menunjukkan riak sedih diwajahnya. Dia bangkit menuju ke tingkap. Membuka tingkap dan merasa bahana mentari. Dia sedang memandang laman belakang rumahnya. Boleh saja aku jerit, tapi dia akan tembak aku.

'' Aku sayang kau Mas. Sangat-sangat sayang kau tahu tak. Aku selama ni sorang je kat sini. Takde sape nak kawan dengan aku sebab mak aku bekas penagih dadah.Kau je yang sudi nak kawan dengan aku. Kau sayang aku kan? '' tanya dia di penghujung ayat . Kini dia memusing badannya ke arah aku. Tingkap sudah tertutup. Mak dia memang pernah ada sejarah dengan dadah sebelum ayah dia menikahi ibunya.

Ayahnyalah yang membawa ibunya ke jalan Allah balik sebelum mereka bergelar suami dan isteri.

'' Aku sayang kau juga Mas.. . ' aku menjawab dengan nada perlahan kemudian tersenyum.

'' Baguslah. nak tonton movie? Jom ' dia mencadangkan idea itu kemudian menuju ke rak yang penuh dengan dvd filem Inggeris. Aku mampu angguk je akan cadangannya itu. . Ya Allah, tolong selamatkan aku dari si saiko ni Ya Allah

'' Kau nak tonton movie apa? Melayu? India? Inggeris? ' tanya dia dengan senyuman manis.Atas katil ada pistol.

'' Apa-apa jelah Mas.. Melayu pun okay. . '' aku acuh tak acuh je jawab. Minda ni ligat mencari plan untuk lepaskan diri dari si saiko ni. .Aku perlukan fon. Fon untuk berhubungan dengan ayah dan polis. Tapi macam mana nak hubungi kalau aku takde fon? Fon aku pun Mas dah rampas masa aku pengsan dek diberi cecair apa ntah semasa aku nak masuk kedalam kereta selepas habis kerja pada waktu malam. Sedar-sedar aku ada dalam bilik ni.

Sebuah filem dipilih dan tersiarlah filem dalam televisyen.

'' Mas. .badan aku gatallah. Boleh garu tak? '' aku membuat perangkap. Mas memandangku dan berkata

'' Gatal bahagian mana tu? Atas ke bawah? Ehehhe ''

'' Kat leher. . ''

'' Hmm. okay. ''

Mas mula menyentuh leherku dan menggaru dengan perlahan.Aku masih memikirkan camne nak buat dia leraikan ikatan dibadanku ini. Aku dah bosan duduk dengan keadaan begini.

'' Dah lega dah? ''

'' Dah. thanks. Mas . Aku nak mandi ar. lama tak mandi.. '' Selama dua hari termasuk hari ini iaitu sudah tiga hari aku tak mandi. Wel sebenarnya aku ada idea nak lepaskan diri. Yup, maybe masa aku kencing ke berak takleh lepaskan diri sebab dia dok acu pistol.

'' Hmm. bagus gak idea kau tu. Dah tiga hari kau tak mandikan? Berbau. ehehe. . '

balasnya lalu menyengih. Serum melihat sengihannya. Sengihan dari seorang yang tak betul otaknya. Tentu dia fikir aku akan mandi lepastu aku nak pakai baju dia lepas aku mandi memandangkan saiz badannya lebih kurang dengan aku.

Dia mengeluarkan dua pasang gari iaitu sepasang gari tangan yang mempunyai rantai antaranya serta juga sepasang gari kaki juga mempunyai rantai antaranya dari laci almarinya. 2 benda itu amat penting demi memastikan aku tidak terlepas dari bilik ini. 2 benda daripada 3 benda itu selalu digunakan aku jika aku hendak ke tandas untuk membuang air kecil dan air besar.

Badan aku yang melekit-lekit walaupun angin aircond menyerap ke dalam tubuhku tidak membuatkan diriku segar. Lagipula, bau busuk badanku mula menusuk ke lubang hidungku mencetuskan satu soalan dalam mindaku.

'' Macam mana Mas boleh tahan bau badan aku? ''

Well, excatly aku takkan tanya dia soalan itu. Dia kan saiko yang sayangkan kawan karib dia, sebab tu dia sanggup membiarkan aku berbau dan dia tidak komplen pun akan bau badanku. Gosh, kalau tahu akan terjadi perkara sebegini padaku, aku tak ingin nak berkawan dengannya pada satu masa dahulu. Tapi benda dah jadi, nak wat guana?

Dia memakaikan sepasang gari pada kakiku sebelum membuka ikatan yang ketat disekeliling kedua-dua kakiku yakni pada bahagian betisku. Lalu tali dibadanku dibukanya sebelum dia memasang gari pada tanganku dan tangannya. Manalah dia dapat gari ni ye? Aku ada tanya dia tapi dia senyum je .

Bilik airnya agak luas. Ada tab, ada shower dan juga mangkuk tandas stail duduk. Jika aku hendak membuang air kecil, aku harus menggunakan tandas tersebut termasuk ketika hendak membuang air besar. Setiap kali aku hendak menggunakan tandas tersebut, aku digari pada palang besi yang tersedia di tepi dinding. Jadi takde chance untuk melarikan diri dari sini. Tingkap pun berkunci. IM STUCK HERE!

Tapi aku dapat rasa yang aku boleh lepaskan diri kali ni. Hehe. .

Kami berjalan beriringan ke bilik air sebelum aku merebahkan diri ke lantai menyebabkan dia terjatuh ke atas diriku mencetuskan rasa sakit sekejap dibadanku tapi kutetap pejamkan mata jua.

'' Ri! Ri! Ri! Kenapa dengan kau ni? '' dia menampar pipiku beberapa kali. Sakit betul .

Vavi ar. Tapi aku tetap memejamkan mataku. Dia kedengaran cemas kuagak dari nada suaranya yang lunak.

'' Oh god. aku kena panggil doktor ke sini. '' Dia berhenti menyentuhku dan bangkit.

'' Hishh. apa ea nombor dia? Aku lupa aa. oh kat bawah ada buku telefon. ''

mendengar ayat itu, aku sengih. Tak terfikir pulak ia akan semudah ini. Aku mendengar bunyi tapak kaki mula kedengaran ditelingaku kemudian ia hilang selepas bunyi pintu bilik dikunci. Vavi. .

Aku bangun. Mataku melilau .Aku kena lari. Inilah masanya! Saat aku hendak bangkitkan diri, tanganku merasakan sesuatu . Ia sepucuk pistol. Hmm, pintu bilik dikunci. Pistol ada kat tangan aku. Tangan kanan aku je yang kena gari dan kedua-dua kaki aku kena gari.Wau, ini peluang keemasan. Tak sangka dia tinggalkan pistol ni disini yang digunakan untuk acu ke pinggangku semasa ke bilik air tadi.

Boleh saja aku teriak diluar tingkap dan lepaskan tembakan supaya jiran datang.

Tapi..hmmm. That's not gonna work.

Saat aku berfikir untuk melepaskan diri, kedengaran pintu dibuka. Aku dengan spontannya mencapai pistol dan menembak ke kaki kirinya dan kanannya. Dia terjatuh. Darah mula membasahi lantai biliknya.Dia terkejut tampaknya sebaik aku menembak dia. Tadi. Dia cuba bangun tapi tak boleh sebab dua=dua terkena tembakanku. . . .

Dia dah tumpas aku kena tanggalkan gari kaki dan tanganku supaya mudah melarikan diri dari sini. Aku merasakan seperti aku berlakon dalam filem aksi je.

Dia mula mengheret badannya ke arahku , aku melepaskan das tembakan untuk kali ketiga yang tepat mengenai tangan kanannya. Dia meraung kesakitan seperti dia mula=mula menerima dua tembakanku tadi. Aku melepaskan tembakan keempat ke tangan kirinya pula. Hah, barulah aku boleh mengambil kunci didalam poket seluarnya. Tak sia-sia ikut ayahku pergi buru kat hutan dulu menyebabkan aku tidak berasa gementar untuk menggunakan pistol ini.

Aku menendangnya dengan kakiku kemudian aku menyeret badannku ke seluarnya.

Kejap je cari pastu dah jumpa! Cepat-cepat aku buka gari kaki dan tangan, dia cuba nak menyentuhku tapi tak boleh sebab tangan dia sudah berdarah sangat.

'' You are bastard Mas! '' makiku padanya sebelum aku melangkah atas badannya untuk berlari keluar rumah. Namun ia tak semudah aku sangka kerana.

pintu rumahnya berkunci. Huh, dia ada pintu belakang. Why not aku panjat je? Aku mengambil kerusi di ruang tamu dan letakkan di belakang pintu. Kedengaran suara Mas Hana menjerit namaku di atas. Akutak pedulikannya, tak lama lagi aku akan dapat melepaskan diri dari rumah ini.

Sebulan Kemudian. .

Aku mencurahkan air di atas kubur ayahku. Aku kini sedang berdiri disebelah mak dan teman lelakinya, Fiz. Mereka tidak berkahwin lagi dan aku sungguh bersyukur untuk itu. Fiz tampaknya seorang lelaki kacak dan berumur 20 tahun kuagak. Sangat jauh bezanya umurnya dengan mak yang berumur 40 tahun. Mungkin sebab mak cantik kot? Yelahkan dia tak ada kedut sana sini.

Ayah aku mati kerana dilanggar oleh seseorang dibelakang keretanya. Sungguh tragis.

Dia mati ditempat kejadian. Tidak tahu siapa yang membuatnya tapi aku maafkan orang yang melakukan perkara tersebut. Baik aku kan?

Namun begitu, aku amat terkejut dan sedih saat menerima berita kematian ayah 2

hari lepas. Yeah, dahlah aku sudah tidak mempunyai ''kawan karib'' lagi. Ayah merupakan insan yang aku paling sayang didunia ini telah meninggalkan aku keseorangan.

Keseorangan maksud aku iaitu tiada lagi teman disisi yang ingin mendengar luahan aku dan masalahku seperti dahulu – aku tahu aku lupakan ayah lepas berkawan karib dengan Mas tapi bila aku ada perselisihan faham dengan Mas, dialah tempat aku mengadu. Sebab dialah aku akan berbaik dengan Mas pada esok harinya.

Well, itu dulu . Sekarang sudah tiada insan tersayang didalam hidupku . Baik Mas atau Ayah. Mas kini di penjara kerana kesalahan membunuh ibu bapanya dan juga pekerjanya iaitu orang gaji dan pemandunya dengan racun. No wonder bila aku datang kat rumahnya selepas kematian ibu bapanya , pekerja-pekerjanya takde. Bila aku tanya, Mas kata mereka cuti.. Aku tak tanyalah lagi lepas tu. .Sebab dia membunuh semua orang tu, sebab dia saiko? I don't know. . Apa-apapun aku sudah bergelar pelajar sekarang. Tapi bukan di Melaka tempat aku belajar tapi sini. Selepas seminggu kejadian di rumah Mas Hana, aku mendapat tawaran belajar di negeri utara ni. Negeri dimana aku lahir dan akan tinggal disini untuk selamanya.

Lepas kejadian di rumah Mas, aku tobat aku takkan berkawan rapat dengan sesiapa lagi. Adapun perhubungan kawan biasa – aku takkan bercakap dengan mereka melainkan mereka mulakan dulu. Cukuplah dengan berkawan karib dengan Mas je.

Serummm!

Tapi ada hikmahnya semua ini kuagak. Kalau tak ayahku mati dan Mas melakukan perkara gila tersebut padaku , mungkin mak takkan jumpa aku dan aku takkan rasa berhati-hati untuk berkawan dengan sebarangan orang. Aku kol mak lepas melihat ayah didalam bilik mayat , beritahu fasal kematian bapa, terus dia terkejut dan berjumpa denganku. Aku tanya dia kenapa tak lawat aku selama ni, mak kata dia bz.

Yelah bz kan. Sangat!Aku diam je. hari ini bapaku dikebumikan. 3 orang je ada sini iaitu aku, mak dan teman lelaki dia. Ayah anak tunggal so takde sedara mara melawat.

Mak pula tak beritahu fasal apa terjadi pada ayah kepada keluarganya. Lagipula keluarganya memang tak ambil kisah pasal dia dan ayah lagi. Rumah tangga anak-anak takyah masuk campur lah kan? Sebab tu kami bertiga je pada saat ini. Aku sebenarnya tak suka dengan kehadiran Fiz disini tapi memandangkan mak ajak dia so aku diam je. Fiz cuba beramah mesra dengan aku tapi aku jawab sepatah je.

'' Assalamualaikum. ' satu suara menyapaku dari belakang. Aku amat-amat terkejut mendengar suara itu. Kami sama-sama berpaling ke arah pemilik suara itu. Macam mana dia boleh berada disini?

'' You lied to me. You gotta die! I hate liar! You are not my BFF ANYMORE! '' Jeritnya padaku dengan sepucuk pistol ditangannya. Dia nampak berserabai terutama rambut panjangnya. Matanya menjengil .Dia memakan baju banduan. .

Satu das tembakan mengenai tepat kedadaku tanpa kujangka darinya. Sayup-sayup kedengaran satu lagi das tembakan yang berterusan ditepi telingaku. Aku tak sangka dia boleh berada disini. Dalam beberapa saat, aku menutup mata tanpa ada nafas keluar dari paru-paru.

Seorang lelaki membuka akhbar Motro di kedai 7 eleven esoknya. Headline tertulis..

'' Seorang Banduan Remaja Melarikan Diri Dari Penjara ''

…. . . Tamat. . . . . . . . . .


No comments:

Post a Comment