Wednesday, August 27, 2014

Cerpen: Aku Tak Suka Daging Lembu

Aku tak suka daging lembu. Aku suka daging ayam. Sebab bagiku daging ayam lagi sedap daripada daging lembu. Aku pernah rasa daging lembu ..rasanya liat dan keras. Susah nak mengunyah. Apatah lagi nak menelannya.

Jadi aku lebih suka memakan daging ayam jika terdapat menu makanan untuk makan malam melibatkan daging. Kalau daging lembu? Opps, sorry. Aku lebih rela makan manggi daripada makan nasi dengan lauk daging lembu..

Aku diam. Merenung makanan di hadapan aku. Kuah daging lembu kicap dan sayur taugeh terhidang di atas meja makanku. Entah mengapa rasa lapar didalam perut seakan hilang sebaik melihat lauk untuk malam ni. Aku tak suka daging lembu. Aku bersumpah bila aku dah habis SPM nanti, aku nak cari kerja dan beli daging ayam khasnya untuk menu makan malamku. Tak payah dah menghadap lauk daging lembu kicap ni dua tiga kali seminggu. Aku bukan suka sangat daging lembu ni, bapak aku suka. Sebab tu mak aku dok masak je dua tiga kali seminggu.

Alaa, daging lembu murah je!

'' Akak..makanlah nasi tu... Sedap lauk mak masak ni.. '' pelawa ibuku sambil mataku memerhati ayah yang terkial-kial hendak gigit daging lembu yang dipotong bentuk dadu . Aku senyum lalu membalas..

'' Ermm..sebenarnya masa jumpa kawan kat rumah dia petang tadi, akak dah makan..tu tak lapar tu.. ''

'' Hmm..makan apa? Mekdi? Kfc? ''

'' Eh takdelah maa.. Makan nasi minyak buatan mak kawan. Sedap...ehehe..akak naik atas dulu ea mak. '' kataku sebelum bangkit daripada kerusi lalu menapak laju ke bilikku selepas menaiki anak tangga. Damn, aku tak suka daging lembu. Maafkan aku ibu, kerana terpaksa berbohong padamu. Padahal aku memang tak suka daging lembu.Ibuku tidak sempat membalas selepas ayat itu terpacul daripada mulutku.

Ibuku tak tahu yang aku tidak menyukai daging lembu. Kang cakap, takut dia terasa. Pernah sekali dia masak spageti, tapi spageti tu tak sedap. Sosnya tak sedap.

Aku beritahu tentang rasa makanan yang amat teruk sekali, terus dia merajuk takmo bercakap dengan aku selama tiga hari . Macam budak kecil! Tu sebab aku diam je dan berbohong padanya..

Aku tak suka daging lembu.

Hari ini hari Isnin. Hari aku sekolah. Namun begitu, aku akan balik ke rumah pada pukul 4 petang dek menghadiri kelas tambahan selepas habis waktu persekolahan untuk persediaan menghadapi SPM nanti. Aku seorang pelajar yang pintar di sekolah walaupun aku malas nak membuat kerja rumah. Pelik bin ajaib sungguhkan? Tengok kakilah beb! Aku memang malas nak buat kerja rumah, sampaikan cikgu asyik pukul tangan aku. Tapi aku tetap pandai! Peduli hapek cikgu nak pukul aku kan?

Aku mengeluh dalam penat. Penat apa pun aku tak pasti. Bukan penat angkat batu bata untuk bina bangunan. Mengada betul aku ni. Hari ini aku terpaksa berjalan kaki ke rumah yang agak jauh daripada sekolahku. Ayah aku yang biasa menjemput aku ketika pulang sekolah tidak dapat menjemputku kerana dia ada mesyuarat pada belah petang. Terpaksalah aku berjalan kaki dengan kudrat yang tak bersisa lagi..Sebenarnya masih bersisa, tapi aku malas nak berjalan ar.

'' Ira! Ira! '' jerit Sarina daripada arah belakangku saat aku hendak menapak keluar daripada pintu yang merupakan keluar masuk untuk pelajar-pelajar sekolah disini untuk memasuki perkarangan sekolah ini. Sekolah aku sudah berusia 100 tahun dan ia bangunan tertua di antara bangunan sekolah negeri lain-lain . Walau ia dah tua tapi bangunan sekolahku masih kukuh.

Aku bukanlah pelajar popular sini sebab aku bukan cantik orangnya . Tiada kecantikan bermakna tiada lelaki berminat pada aku. Tiada lelaki berminat pada aku bermakna aku tiada kawan lelaki. Adapun kawan lelaki kerana dia seorang nerd dan selalu minta tolong aku untuk mengajarnya subjek Matematik.

Aku juga tiada kawan perempuan kecuali Sarina. Kebanyakan pelajar-pelajar yang belajar disini ialah anak orang kaya. Mungkin sebab itu aku hanya ada Sarina yang merupakan pelajar yang rendah diri dan berasal daripada keluarga yang kaya .

Aku dapat masuk sekolah ni pun sebab terpilih. Kalau tak, tak merasalah aku....!

'' Ya.. mana kau tadi? Aku cari takde pun. So aku gerak dululah.. '' kata aku dalam nada suara yang sederhana. Aku melihat beberapa buah kereta mahal menjemput pelajar perempuan yang gedik gila. Eh silap pelajar-pelajar perempuan yang berperangai macam nak berlaki. Tadi Sarina aku cari takde, jadi aku malas nak tunggu. Aku gerak ar.

'' Hehe. Aku ada tolong cikgu tadi..ermm..kau nak balik terus ke ni? '' tanya dia sambil merenung mataku. Anak matanya berwarna biru. Teringin nak ada anak mata biru macam dia. Tapi aku kan anak melayu, sooo....anak mata hitamlahkan?

Ehehe..Mengada betul aku ni!

'' Yelah..why ? ''

'' Aku nak ajak kau datang rumah aku .. Makan-makan.. then aku dengan mak aku hantar kau baliklah.. '' kata Sarina yang merupakan anak kepada pasangan Mualaf berbangsa Inggeris yang asalnya England negara mereka. Wau ini peluang terbaik ni. Aku kena ambik. Hehe.. Jangan tertanya-tanya bila laki bini tu masuk islam, Sarina dok beritahu aku. Macam mana aku nak beritahu korang? Heh. Abaikan.

'' Okay gak tu. Bapak aku bukan jemput aku pun..ehehhe.. '' responku sambil mengosok-gosok perut yang dah berbunyi tanda lapar. Tak malu betul aku ni!

Heheh.. Rezeki depan mata .. Tak mahu aku menolaknya!

Aku tak suka daging lembu.

'' Nasi ayam? '' aku menunjukkan riak terkejut yang terpamer di wajahku. I mean, nasi ayam kan tradisi orang melayu jadi tak sangka si bangsa inggeris ni boleh buat . Ke aku yang pandang rendah terhadap orang? Ehehhe..

'' Yup..it's delicious.. You gotta try it Ira.. '' tutur Sarina . Mata kami bertentang mata. Dia menyengih. Dia sekarang sedang melabuhkan punggung sebelahku.

Ibunya duduk bertentangan dengan kami. Ibu bapa Sarina sudah 5 tahun tinggal di Malaysia. Mereka bertemu ketika belajar di sebuah universiti di London. Mereka berkahwin kemudian merancang hendak berbulan madu di Malaysia.

Mendapati Malaysia sebuah negara yang menarik, mereka pun merancang hendak tinggal disini. Masa tu Sarina sudah wujud. Umurnya dalam 14 aku rasa. Aku berkenalan dengan Sarina semasa aku berumur 15 tahun. Kami sekelas waktu tu.

'' Okay.. ni mesti sedap mak kau buat..ehehe.. ''

Tangan kananku mengumpul beberapa butir nasi sehingga menjadi kepalan kecil dalam tapak tanganku kemudian aku masukkan ke dalam mulutku. Sedap. Daging ayam yang dimasak ibunya sangat sedap. Lembut gila. Tak pernah rasa macam ni.

Sos tiramnya pun enak. Supnya lagilah. Semuanya sempurna. Aku tersentak saat aku sudah menelan lalu Sarina berkata..

'' Er...actual y tu bukan daging ayam..err tu daging lembu..sedapkan? ''

'' Daging lembu? '' Sarina mengangguk jee..

Seriously? I mean daging lembu masakan mak aku pun aku tak minat. Rasanya keras dan liat. Tapi untuk pertama kalinya aku seperti merelakan daging-daging tersebut masuk ke dalam badanku. Aku senyum.. Dan aku terus mengunyah-ngunyah..

Dua perempuan itu menguntumkan senyuman padaku. Dua pasang mata menumpukan kepada aku . Kenapa mereka tenung aku macam tu?Ahhh pedulikan.

Sejak kejadian itulah aku sudah menyukai daging lembu. Baru aku tahu daging lembu sememangnya enak . Maybe mak aku tak pandai masak daging lembu sebab tu aku rasa daging lembu masakan ibuku tidak enak seperti masakan ibu Sarina.Aku tak nak try daging lembu tepi jalan sebab aku agak mesti keras dan liat macam masakan ibuku.

Tiap kali Sarina mengajak aku ke rumahnya, pasti aku akan menerima kerana aku ingin merasakan makanan nasi lembu tu. Agak pelik kedengaran bila sebut nasi lembu tapi itu memang kebenarannya.

Dan aku sampai menipu ayah aku yang aku ada kelas tambahan sampai pukul 7

semata-mata nasi lembu tu. Aku dah ketagih. Sedap gila.. Daging ayam pun tak sedap macam tu.

Ibu Sarina yang tahu aku menyukai nasi lembunya pun selalu menghidangkan nasi lembu untukku. Dan tiap kali aku mengunyah makanan tersebut, mereka berdua memandangku dan mengulum senyuman padaku. Mereka makanlah juga makanan nasi lembu cuma yang aku pelik kenapa mereka kerap kali merenung aku? Adakah mereka lesbian dan meminatiku dalam diam sebab tu mereka meminatiku? Heh.

Merepek je aku ni..

Namun saat aku sudah habis persekolahan, saat itulah Sarina dan parentsnya hendak berpindah ke negeri lain. Sedih kerana Sarina satu-satunya kawan aku.Takde kawan nak berborak atau main PS3. Kami bakal terpisah dan tak dapat lagi aku merasa nasi lembu tu..

'' Hmm...I hope you're gonna stay here forever.. '' luahku sambil membuat muka sedih lalu Sarina pun peluk aku. Oh ya, jarak rumah aku dengan dia hanya 40

minit je. Jauh ke? Tak kot..

'' Don't worry Ira. Aku akan jenguk kau bila aku free. '' balasnya dengan nada perlahan. Kami menangis untuk seketika. Ibu dan ayah dia hanya memandang kami berdua. Tiba-tiba satu perkara muncul dalam mindaku.. Aku segera meleraikan pelukan kami dan menyeka air mataku. Kami saling bertukar senyuman(damn, memang pelik senyum masa sedih tapi lantaklah!) lalu aku memandang ibu Sarina dan bertanya..

'' Ermm, Miss Wil iam, boleh tak beri saya resepi nasi lembu Miss? Sedaplah masakan Miss Wil iam. Saya ingat nak cuba buat sendiri. '' Miss Wil iam hanya mampu mengalihkan pandangannya kepada Sarina. Mereka bertentang mata buat seketika. Kemudian mereka saling menghadiahkan senyuman padaku. Kata Islam tapi kenapa nama ayah dia gi letak gak? Abaikan. Teruskan pembacaan anda.

Aku sudah berumur 21 tahun. Sudah dua tahun aku tak berjumpa dengan Sarina secara nyata. Kami hanya mampu berhubung melalui Skype sahaja. Aku sangat merindui dia dan juga nasi lembu mak dia. Sarina sudah ada kerja sendiri, jadi masa melawat tu sangat terhad. Tak pernah lagi jumpa dia selepas dia pindah.

Adapun dua-tiga kali dalam setahun. Itupun dah lama. Dia bekerja di sebuah syarikat. Syarikat apa ntah. Aku dah lupa. Rasanya syarikat bapok dia kot. Kami duduk didalam negeri yang berbeda.

Dia tak pernah nak bagi resepi. Aku kecewa. Aku cari kat internet tapi end up tak sedap apa yang aku masak mengikut resepi di internet. I mean, memanglah sedap aku buat tapi tak sesedap Miss Wil iam buat. Apa resepi rahsia dia ea? Letak sos cili ke? Sos tiram ke? Tetap tak sedap juga even aku dah tried pelbagai kicap, perasa dan rempah.

Aku tukarkan daging ayam ke daging lembu. Ternyata rasa nasi lembu yang aku buat sendiri sangat berbeda. Ahh takpelah, tak mampos pun aku tak makan. Lalu aku lupakan jelah. Tapi aku masih merindui keenakan nasi lembu. Rasanya sangat-sangat segar didalam mindaku. Bila teringat nasi tu, terus kecur air liur aku.

Ehehe..Tapi apakan daya, nasi lembu tu aku takkan merasainya lagi kot.

Aku dah bekerja sekarang. Bekerja sebagai juruwang di pasaraya Tunas Manja.

Takde motif cerita tajuk Pasaraya. Malam ini aku ada majlis untuk dihadiri. Majlis sambutan hari Krimas. Aku tahu aku islam tapi aku just nak datang untuk makan je kan?

Majlis itu untuk staff pasaraya dan diadakan di hotel. Hotel ***. Dan disinilah aku sedang berada. Beratur belakang staff cina . Memegang pinggan putih di tangan kananku. Aku tak sabar nak makan. Banyak gila daging yang disediakan.

Oh ya, majlis ini tiada pelayan nak layan kami untuk hantar makanan bagai. Kami kena layan diri sendiri. I mean, ambik pinggan pergi ke meja Buffet dan tadah pinggan. Aku tak tahulah majlis Krimas apa ntah camni. Pelik. Takpe, janji dapat makan! Yum..yum...Jangan hairan kenapa majlis Krimas yang diadakan oleh tokey ku macam ni, aku pun hairan. Tapi aku layanlah.

Aku jadi bosan nak beratur belakang staff yang kuagak panjang jadi aku merayau lah pada buffet dewan sebelah .Dewan ni banyak sangat orang. Ramai orang cina.

Hmm, mungkin majlis kot. Ada chef kat meja tersebut. Dia sedang memotong daging ke hirisan yang nipis . Wau..nampak sedap..Dewan makan sebelah besar sikit. Dewan makan aku , sederhana je..Kedekut betul tokey Tunas Manja ni.

Saat aku sedang memerhati chef tersebut , aku dapat merasa cuitan di bahuku.

Aku terkejut, Rupanya ia Sarina. Aku tak sangka jumpa dia sini..

'' Wei..what the hel u doing here? '' tanya dia. Sarina nampak cantik. Berpakaian seksi nampak aset. Merah putih kulitnya. Kami berlaga pipi kanan dan kiri. Dia nampak sangat berbeda. Ketinggiannya menambah . Lebih tinggi daripada aku sebenarnya. Orang putihlah katakan. Aku ni rendah je. Tapi taklah pendek macam Elfira Loy tu. Tapi yelahkan, macam aku kata, Dia tu orang putih, aku ni Melayu.

Fahamlahkan perbedaan kebesaran badan dan tinggi tu? Heh, banyak bebel pula aku ni. Abaikan.

'' Makanlah wei... eh camne kau boleh ada kat Kuantan ni? ''

'' Ahhh.. Aku kat sini untuk majlis company aku ''

'' Oh....wei.. aku rindu gila nak makan nasi lembu mak kau! Kedekut betul nak bagi resepi nasi lembu tu! '' kataku yang sedang berdiri disebelah. Chef tadi bukan lagi menjadi tumpuanku.Hensem gak chef tu. Eehehe.. Cina mualaf kot.

'' Ahh..rilek ar. Kalau kau nak rasa sangat daging lembu. Nah ambik daging lembu ni.. Sarina mengambil hirisan daging lembu tersebut dari pinggannya dan meletak ke dalam pingganku. Aku terkejut .

'' Er..tapi aku takut rasa lain. Mak kau masak daging lembu lain. Ni bukan nasi lembu . Ni daging lembu. Yang ni mesti lain.. '' aku memberi komen. Sambil memerhati daging hirisan dalam pinggan tersebut. Kecur air liur aku. Sarina senyum lalu menuturkan ayat yang berbunyi..

'' Kau rasa dulu daging ni.. Rasa dia sebijik macam kau makan daging lembu masakan mak aku. ''

'' Okay.. ''

Aku memasukkan hirisan daging tersebut. Aku kunyah. Ya, memang betul. Rasa dia sebiji macam rasa daging aku makan di rumah Sarina 3 tahun yang lalu. Saat aku mengunyah seorang kawan sekerja aku, Ena, memanggil aku. Hissh, kacau daun betul ah dia ni!

Aku pun meminta diri pada Sarina dan kami berpelukan untuk seketika. Kami mengucapkan bye-bye antara satu sama lain. Ya aku tahu, tipikal!

'' Kau buat apa kau dewan sebelah? ''

'' Err..tengok-tengok makanan. Jumpa kawan aku Sarina. Dia bagi aku makan hirisan daging . '' jawabku sambil menyengih.

'' Sarina? Kawan kau yang kau cerita dia tu anak orang putih tu? ''

'' Ah'ah.. '' soalku .

'' Hirisan daging tu dari dewan mana? ''

'' Dewan sebelah sana lah.. '' balasku sambil menunding jari ke dewan sebelah kiri. Riak wajah Ena berubah serta merta.

'' Ira..aku harap kau bertenang lepas aku beritahu ini.. sebenarnya dewan makan tu ialah majlis makan-makan company cina. Semua daging tu disediakan didewan tu.. Daging tu sebenarnya..Daging babi.''

'' Apa? Bio betul.. ''

'' Daging babi yang kau makan tu Ira.Aku tahu sebab Alex de beritahu aku tadi.

Abang dia kerja tukang masak untuk majlis tu.. ''

Dan saat ini aku ternampak kelibat Sarina dalam dewan makanku. Senyum padaku dengan renungan matanya. Senyuman dan renungan mata yang sebijik seperti hari aku makan di rumahnya 3 tahun dahulu.

Aku tak suka daging lembu tapi aku suka makan nasi lembu yang rupa-rupanya ialah nasi babi. Aku berasa sungguh terkejut dan kecewa. Aku sumpah, aku takkan makan daging lembu lagi walaupun ia memang daging lembu.Aku sangat menyesal kerana mengunjungi rumah Sarina dahulu sebab nak makan dirumahnya.

Aku tak suka daging lembu.

>>>>>>>> Tamat <<<<<<<


No comments:

Post a Comment