Cinta. . Apa sebenarnya maksud cinta? Adakah ia bermaksud sayang? Pengorbanan? Derita?
Bahagia? Atau. . ianya subjektif?
Entah. Tapi aku pernah mengalami perasaan cinta. Ya, cinta. Masih lagi perasaan itu menapak didalam hatiku. .
Tahun dua ribu enam.
Budak-budak lelaki berkejaran di padang . Mengejar sebiji bola. Padang bola yang terbentang luas dihadapan aku. Mereka amat gembira sekali bermain bola sepak.
Teringin sekali aku menyertai mereka akan tetapi aku tidak reti bermain bola. Kaki bangku orang kabo.
Aku sedang melabuhkan punggung di kerusi didalam sebuah pondok. Ada meja sebenarnya . Aku bukan seorang sebab aku berteman . Berteman dengan kawan karibku. Kami sedang menyantap selera. Mengisi perut yang lapar .
Kami masih berpakaian seragam sekolah sebenarnya. Waktu kelas tambahan sudah habis.
'' Hensemkan Farid tu? ' katanya . Senyuman menghiasi wajahnya saat matanya memandang ke arah susuk tubuh yang sedang berdiri di tengah tiang gol. Aku ketap bibir. Hensem? Huh! Tak hensem pun Farid. Aku lagi hensem kot.
'' Aku lagi hensem . huh. ' ucapku. Mas hanya ketawa. Menjelir. Mengutuk aku. Aku diam.
'' Eii.. mulut ko tu comot! Macam budak darjah 1! ' ayat yang terpacul daripada mulutnya menyebabkan aku menyentuh bibirku. Namun, tiada kesan comot ku agak kerana jariku kelihatan sebelum aku menyentuh bibirku. Tiada cebisan daging terlekat.
'' Kau ni tak habis-habis nak kenakan aku! '' aku mengambil sandwich yang hanya tinggal satu itu lalu menyumbat terus ke mulutnya. Mas terkejut. Dia nampak marah membuatkan wajahnya nampak lebih comel. Aku ketawa sambil meletakkan sandwich yang kusumbat ke mulutnya itu ke dalam bekas Tupperwareku semula.
Mulutnya mengeluarkan balik cebisan roti ke meja. Dia memuncungkan bibir tanda marah. Eiii, makin comel pulak dia ni!
'' Comel kau bila marah. Ni membuatkan aku makin sayang kat kauuuu! '' luahku padanya yang biasa mendengar ucapan sayang daripadaku.
'' Eleeh. macamlah aku akan termakan pujukan kau tu. '' balasnya sambil mengalihkan pandangannya kepada Farid. Farid tampak berpeluh . Aku melihat Farid mengulum senyuman terhadap Mas. Mereka saling bertukar senyuman.
Menyebabkan aku berasa cemburu untuk seketika.
'' Mas.. aku cintakan kau. ' kataku padanya. Tak tahan nak simpan perasaan ini lagi.
Dah lama aku pendam. Aku terpaut pada Mas pada kali pertama kami bertentang mata dan saling bertukar senyuman.
'' Apa? Apa kau kata tadi? '' tanyanya lagi. Aku menarik nafas dan menghembuskan nafas.
'' Aku cintakan kau. '' Mas tampak tersentak. Tidak menyangka kawan baiknya ini menyimpan perasaan kepadanya. Yelahkan, dia nampak Farid je selama ni. Mana nak perasankan aku yang berada disisinya setiap masa samada masa gembira atau sedih.
'' Kau bergurau je kan? '
'' Tak. Aku serius. Aku cintakan kau Mas. Sejak hari pertama semasa kita berkenalan di tingkatan satu dahulu, aku jatuh cinta kat kau. Aku memegang tangannya. Dan ku genggam.
''Oh. . aku pun cintakan kau. boleh tak peluk aku? '' Gembira aku mendengarnya.
Lalu aku tanpa segan terus memeluknya di pondok tu. Biarlah orang nak kata aku ada affair dengan dia. Tak sia-sia luahkan perasaan yang terpendam selama ini kepadanya.
'' I'm sorry. Aku tak pernah cintakan kau. Aku cintakan Farid. Ini adalah pelukan yang pertama dan terakhir kita. Kau bukan kawan aku lagi. Aku takkan terima kau sebagai kawan aku lagi. Kita putus persahabatan kita. Anggaplah kita tidak kenal. You can go die! ' Mas menolak aku sehinggakan aku terkena batang besar yang menyokong kedudukan pondok tersebut. Mas terus menyelak kainnya dan menendang celah kangkang aku. Sebanyak dua kali. Kemudian dia menumbuk mukaku. Satu tumbukan melayang ke pipi kanan dan satu lagi tumbukan melayang ke pipi kiri. Buat kali pertama dalam hidupku, aku dibelasah oleh seorang perempuan.
Mas terus meninggalkan aku. Aku patut tahu yang perbuatan melulu aku ini bakal merosakkan persahabatan kami. Mas. ….
Tahun dua ribu empat belas.
Aku mengambil gitar. Gitar itu sudah berada dalam pegangan tanganku dan bersandar secara melintang ke dadaku. Kamera jenama Conon berada dihadapanku.
Kemudian aku memulakan berbicara.
'' Hai semua. It's Edi again! Hari ini saya bakal menyanyikan sebuah lagu yang bertajuk Andai Ku Bercinta Lagi yang penyanyi asalnya ialah Mojo. Lagu ini atas permintaan encikpoyo dalam ruangan komen video saya minggu lepas .
Perdengarkanlah! ''
Tali gitar dipetik. Aku mula menyanyi. Setelah 5 minit berlalu, aku terus menutup kamera jenama Conon.
Setelah aku menambahkan kesan effect didalam video tersebut. Aku menguploadnya ke Chanel Utub aku. Masa yang diambil untuk memuat naik ke laman Utub hanya 4
minit sahaja. Line internet cepat sikit. Unifi katakan. ehehe.
Aku menarik nafas dan menghembuskan nafas. Senyuman mula terbentuk di wajahku dek komen-komen baharu yang kuterima di ruang komen tentang video yang kubaru muat naik. Sedang aku syok membaca dan membalas komen peminatku , aku dapati sebuah mesej peribadi didalam inboxku. Terus sahaja aku menekan perkataan inbox.
Memang kebiasaannya aku akan dapat mesej peribadi setiap minggu sekali.
Tujuan mereka ialah untuk berkawan dengan aku. Atau berjumpa dengan mereka yang menghuni daerah sama denganku,. Aku tidak meletakkan link fbku di description videoku kerana aku hanya add rakan yang aku kenal sahaja. Bukan kenal di alam maya tetapi kenal dialam nyata.
Jadi cara untuk berhubung dengan peminatku yang ingin berkawan denganku, aku hanya memberi id YM.
'' Your Old School Mate ''
'' Salam. Hai Edi. Kau masih ingat aku tak? Farid? Yang pernah jadi lelaki idaman Mas semasa kita sekolah dulu-dulu. Aku harap kau ingat. Tujuan aku hantar mesej ini sebab pertama
Satu, Aku nak komen yang suara kau marvelous. Sedap gilerrr. .kalau kau hantar kat syarikat rakaman . Pasti kau akan dapat kontrak wooo Dua, Aku dan Mas dah bertunang. Kita orang rancang nak wat reunion dan memberitahu semua orang yang kami dah bertunang. Masa aku layan video dalam utub tadi, tiba-tiba aku ternampak video cover kau . Terus aku klik dan lama-lama aku tonton baru aku perasan kau pernah jadi rakan baik Mas. Sebab tu aku boleh mesej hang ni. Lama aku cari kau dalam internet sebab nak wat reunion tahu.
Tiga, aku tahu kau dan Mas dah tak jadi rakan baik . Tapi aku harap kau sudi datang reunion kita nanti. Tujuan wat reunion nak ketemu balik rakan yang pernah terputus hubungan. Ni baru aku dapat jemput 8-10 orang untuk majlis reunion. Kedatangan pun dah confirm. Harapnya begitulah. Okay. majlis reunion tu kat Rumah aku, pukul 8 malam hari Ahad depan. Aku harap kau sudi dan datanglah yep!
Kalau kau balas, aku bagilah alamat rumah aku. Peace no war! :) Sial. Babi. Farid. Ahh. Perlu ke aku hadiri?
Ahad.
Aku memakai jaket hitam. Cermin mata besar hitam tersangkut di telingaku.
Dipadankan dengar seluar hitam . Minyak wangi disembur seluruh badan.
Gembira dan teruja untuk menemui Mas. Sejak hari aku meluahkan perasaan pada dia, dia sudah tidak tegurku. Aku dapati dia sudah rapat dengan Farid waktu zaman sekolah menengah tu. Geram dan Kecewa. Kecewa bila dapat tahu dia sudah bertunang dengan Farid.
Farid merupakan rakan biasa. Kami setakat tegur gitu-gitu bila berselisih. Dalam hati, aku benci dia sebab Mas suka dia. Aku dan Mas sudah terputus hubungan sejak habis SPM. Sebenarnya sejak hari aku meluahkan perasaan padanya. Pernah merayu untuk berbaik dengan dia tapi dia keras . Berkeras nak berkawan dengan aku semula.
Aku tahu aku tak hensem. Sampai hati dia tendang celah aku. Sial. Namun aku rindu padanya. Masih lagi mencintai dirinya. Tiada perempuan yang boleh menggantikan dia didalam hatiku. Aku tunggu dia sampai hari ini. Tapi aku tahu yang Mas takkan tegur aku nanti. Sebab aku tahu, dia takkan kenal aku dengan pakaian serba hitam ini lagi-lagi cermin mata yang menutupi mukaku atau mungkin kot?. Akanku memastikan kemunculan aku di Majlis Reunion nanti hanya sebentar. Sekadar nak tengok Mas je dan tunjukkan muka aku rasa.
Ting Tong! Ting Tong!
Bunyi loceng kedengaran. Aku tekan sekali lagi kerana tidak dapat jawapan daripada orang dalam. Penat je datang sini. Aku dapat tekan loceng pintu sebab pagar dia terbuka. Jadi jangan tertanya-tanya macam mana aku boleh tekan loceng pintu dia.
Ting Tong! Ting Tong!
Tak ada. Hmm. tak apelah. Bukan rezeki aku nak ketemu Mas semula. Aku memusingkan badan. Kemudian aku terdengar bunyi pintu dibuka.
'' Edi? '' sapa satu suara lelaki. Aku memusingkan badanku dan terpacak seorang lelaki sedang berdiri dimuka pintuku, Kulitnya putih tetapi wujud jerawat kecil dimukanya yang kasar. Kening lebat. Badan tegap dan sedikit tinggi daripadaku. Beda bangat.
Aku senyum.
'' Ya, kau , Farid? '' tanyaku padanya. Jari telunjukku menunding padanya.
'' Yup. Kau apa khabar? Heh maaflah dalam mesej tu aku tak tanya khabar kau .
Ehehehe. ' kata dia sambil menumbuk lengan kananku. Aku terus membalas tumbukan ke lengan kirinya .
'' Sihat. Takpe. Semua dah ada ke? ''
'' Dah. Cuma kau je lambat. Majlis dah bermula dah. Kau nampak lainla. Dulu masa sekolah lain. '' ujarnya lagi. Kali ini dia sengih.
'' Takdelah. Sama je aku ni. Tapi kau aku tengok..woooo makin kacak. Patutlah Mas dah lekat kat kau. hehehe '' aku ketawa kecil. Aku cuit bahu dia. Macam nak tumbuk je muka dia ni.
'' Hahaha. Tahu takpe. Eh mehlah masuk. Aku bawa kau jumpa Mas. Mesti dia hepi tengok kau nanti. '' ajak Farid serta menarik tangan aku ke dalam rumahnya. Aku hanya mengikut. Harap Mas dan aku menjadi kawan semula. Kawan biasa pun jadilah.
Aku lihat terdapat meja besar di tengah-tengah ruang tamu yang luas tu. Wujud pelbagai hidangan snek dan kuih di atasnya. Makanan berat seperti nasi dagang, spaggeti tidak terkecuali.
Semua yang sedang berbual berhenti. Mereka semua memandangku. Ada 10 orang dihadapan aku. 6 lelaki 4 perempuan termasuk Mas. Aku seperti penjenayah dipandang mereka untuk seketika. Janggal rasanya.
Aku senyum. Pada semua orang. Mas. Gadis itu. Nampak jelita dan berbeda sekali.
Mula-mula aku tak tahu mana satu Mas tapi bila aku terpandang seorang gadis yang tinggi, langsing, berkulit langsat serta mempunyai tahi lalat di lehernya, aku tahu itu ialah Mas. Ya, sebab tahi lalat tu.
Mas sangat-sangat berbeda.
'' Kawan-kawan semua, ini Edi! Kawan sekelas kita! '' Farid memperkenalkan aku kepada semua. Mereka mula mengulum senyuman. Tampaknya mereka masih ingat aku. Semuanya nampak berbeda sekali dari segi wajah terutamanya.
Nampak matang. Nampak hensem. Nampak cantik.
Mas tidak mengulum senyuman kepadaku. Tak apelah, aku tak rasa dia hepi jumpa aku.
Setelah sesi borak dan tanya khabar dengan rakan-rakan sekelasku, aku terus duduk di kerusi yang disediakan dan makan makanan yang terhidang di atas meja. Mas agak tidak ikhlas hendak menjabat tanganku semasa sesi borak tadi.
'' Hi Mas.. kau apa khabar? Kau nampak lain lah. .'' tanyaku pada Mas. Ahh, aku rasa macam nak peluk je dia ni. Rindu sudah dilepaskan. Wangi badannya menusuk ke dalam lubang hidungku. Stim jap aku.
'' Baik. err . aku nak masuk dapur jap. Kau makan lah dulu .'' ucap Mas selepas menjabat pantas tanganku. Aku agak terkilan.
'' Sorry Edi. Mas tu period . Sebab tu jadi begitu. ' kata Farid yang menyaksikan perbualan kami tadi.
'' Okay. . '' aku hanya menjawab ringkas. Aku agak terkilan. Namun perasaan itu tidak terpamer di riak wajahku. Aku cuba senyum. Aku memandang ke arah Farid saat dia berkata.
'' Edi, aku tahu semuanya. Aku harap kau tak terasa dengan perbuatan dia. Maafkan dia k? '
'' Kau tahu? '
'' Ya, sebab itu aku bawa kau ke majlis reunion ni. Sebab aku nak kau berbaik dengan dia semula. Tapi hampeh. By the way, kau dah ada girlfriend ? '' soalnya.
'' Takde. Aku tak mahu kena reject lah dengan girl. Dahlah aku ni tak hensem. Wallet nipis. '' jawabku sambil merenung mata Farid.
'' Ed, kau hensem. Cuma kau perlu simpan janggut dan misai. Baru hensem? Hehehe''
'' Takde makna aku nak simpan. ahaha. . ''
'' Okaylah. Aku nak pergi dapur. Nak cakap dengan tunang aku. Kau makan apa-apa yang patut okay? And nanti aku nak kau nyanyi untuk rakan sekelas kita? '' kata Farid lalu aku mengangguk. Gulp, kena nyanyi pulakkkkkk,. .
'' Guys! '' jerit Farid pada rakan-rakan. Semua orang berhenti berbual dan berkaroeke.
Semua mata tertumpu padanya.
'' Malam ini, Edi akan menyanyi kan lagu untuk kita semua! Sebagai penutup majlis ini . '' kata Farid sambil melirik matanya ke arah aku. Aku yang duduk di kerusi hanya membuat riak wajah tenang. Farid ni saja je nak kenakan aku, mentang-mentang aku penyanyi Utub.
Farid memberikan aku gitar. Ada mikrofon dihadapanku. Ceh, aku rasa macam kat stage kat konsert aku sendiri je. . ehehe
Semua orang senyum kecuali Mas. Dia merenung tajam ke arahku. Benci sangatkah dia pada aku? Aku merenung matanya. I miss those eyes. I miss you. .
'' Terima kasih Farid. Aku tak expect nak nyanyi untuk korang semua sebab aku ingat just makan dan have fun. rupanya Farid kenakan aku. ahaha. ''
Semua orang ketawa kecil. Kecuali Mas. Riaknya tegang. Dimanakah senyuman mu sayang? Senyumlah untukkku sayang. Sejak aku kesini, payah aku nak tengok dia senyum untuk aku. Senyum untuk orang adalah dan ya, dia tak bercakap dengan aku pun sepanjang aku mentekedarah tadi. Pandang setengah mata pun takmo.
Aku mengalih pandangan ke semua orang . Aku berdehem kecil.
'' Malam ini, aku nak persembahkan satu lagu. Lagu ni lagu lama actually. Lagu ni bertajuk. '' You're my everything ''' '' ''
Semua orang bertepuk tangan kecuali Mas. Dia kini memeluk tubuh. Merenung tajam ke mataku. Tampak Farid seperti bercakap dengan dia semasa aku berucap tadi.
Mungkin memujuk untuk tidak berkelakuan sebegitu denganku agaknya.
'' Edi, aku minta maaf pasal Mas tadi okay. By the way, lagu tadi memang best eh suara kau. Kau dah hantar rakaman lagu kat syarikat rakaman muzik? '' tanya Farid di muka pintu. Semua orang beransur pulang termasuk Mas. Sempat aku menghantarnya ke pagar dengan pandangan mataku sahaja. Mas tampak bosan mendengar nyanyianku tadi. Mungkin tak sedap bagi dia kot.
'' Kau ni merepeklah, mana ada aku hantar rakaman . tapi thanks untuk pujian tu dan thanks untuk reunion ni. Ingat juga kau kat aku ea ''
'' Hehe. Of cozlah. Kau kan best friend Mas. Ermmm bak no fon. Senang nak ajak lepak . ''
'' Hai Mas. ' kataku didalam talian. Aku tahu, aku tak patut kol dia tapi aku rindu nak dengar suara dia. Aku hepi gila bila jumpa dia semalam.
'' Sapa ni? '' tanya dia . Merdunya suara dia. Stim aku.
'' Edi. Please listen, aku nak kita berkawan seperti dahulu. I miss you . Please. '' ucapku
. Seperti nada terdesak kedengarannya.
'' Aku dah kata, kau bukan kawan aku lagi. Aku tak suka bercinta dengan bekas sahabat . ''
Aku putuskan talian. Aku tahu. Aku tahu akan jadi begini. Kalau aku kol dia. Nombor dia aku dapat daripada Farid malam semalam. Aku mengeluh di atas katil dalam bilikku ini. Memikirkan tentang Mas. Kenangan kami berdua semasa kami di sekolah menengah. Ya, sewaktu di sekolah menengah. . Aku sangat-sangat rindukan dia. .
'' Edi. nah. '' Farid menghulurkan aku sekeping sampul surat di restoran Secret Recipe.
Petang tadi dia telefon aku dan ajak aku lepak. Terus aku setuju. Lagipun aku bosan sebenarnya.
'' Apa dia ni? '' aku pelik. Lalu aku membuka sampul tersebut.
'' My wedding invitation. next week. '' kata Farid dengan senyuman yang melebar.
Aku terkejut saat kata-kata itu menusuk ke dalam telingaku sebelum membuka sampul tersebut.
Aku masukkan kembali kad tersebut dalam sampul. Aku senyum. Senyuman tak ikhlas . Disebalik senyuman itu, ada hati yang sudah retak. Thanks Farid, kau telah merampas Mas daripada aku. Kau bakal merasa Mas dulu. Aku rasa macam nak hancurkan muka kau kat sini je. .
'' Tahniah. Aku tak moh hadir. '' aku memberi kata putus. Tak berfikir panjang.
'' Hadir please. takkan tak mahu tengok kawan baik kau berkahwin dengan aku yang hencem ni? '' Dia menggengam tangannya sambil matanya bertembung dengan mataku. Ingat kau hensem sangat ke? Hensem lagi aku.
'' Okay. . aku akan hadir. '' aku berbohong . Bohongan itu menyebabkan Farid tersenyum lebar. This is gonna kill me.
Seminggu. One week lagi. Seminggu. Berkali-kali perkataan tu bermain dalam otakk, Tak lama lagi, Mas -gadis yang aku cintai akan bergelar isteri kepada Farid- lelaki yang telah merampas chenta hatiku.
Sedang aku melamun. Nada dering telefon berbunyi. Farid memanggil.
'' Kau nak apa? '' tanyaku.
'' Er. .kau ada keretakan ? ' soalnya balik. Tidak menjawab pertanyaan aku. Aku bersandar kepada kerusi malas.
'' Ya. why? ''
'' Boleh tak ambil aku dan Mas kat depan kedai Restoran Momok? ''
'' Eh bukan kau ada kereta ke? '
'' Kereta aku . .err. .hilang..kena curi.. Tolonglah … ''
'' Mas tak marah ke nanti kalau aku muncul? '
'' Taknya. ehehe. .boleh ke tak ni? ''
'' Okay. . aku pergi sana sekarang. '
Aku memberhentikan keretaku apabila mataku tertancap pada dua susuk tubuh manusia di tepi jalan . Dua susuk tubuh itu memandang ke arah keretaku yang berada. dihadapan mereka.
Aku turunkan cermin keretaku yang gelap. Mataku terlekat pada wajah Mas. Mas nampak cantik. Lebih cantik sebenarnya daripada malam itu. Sebulan yang lepas.
Aku senyum. Gembira kerana dapat menemui Mas. Namun, senyumanku tak dibalasnya. Aku lihat dia berbual dengan Farid sebaik aku menurunkan cermin kereta
. Aku dapat dengar apa yang Mas kata. . Aku diam. Akhirnya Farid berjaya memujuk dia lalu pintu dibuka . Dia melabuhkan punggung di tempat penumpang manakala Farid melabuhkan punggung di tempat belakang setelah membukakan pintu untuk Mas. Aku merenung wajah Mas namun dia hanya memandang terus ke hadapan.
Wajahnya serius. Marah kuagak.
'' Bro, thanks sebab ambil kami. Boleh hantar aku balik dulu tak? Then hantar Mas balik. Tapi sebelum tu, gi balai polis ea. Nak report polis sal kecurian kereta. ''
ucapnya di belakang. Aku memandangnya melalui cermin di atas.
'' It's okay. Untuk kawan , apa sahaja aku boleh lakukan. . ' balasku sambil memandang wajah Mas. Dia menjuih mulutnya saat ayat itu terpacul daripada mulutku. Farid tak perasan sebenarnya akan reaksi wajah Mas itu.
'' Ermm. . camne kereta kau boleh kena curi ni? '' soalku setelah keadaan agak sunyi didalam kereta. Aku memandang sekejap wajah Mas kemudian mengalih pandangan ke jalan semula.
'' Oh. camni. . Tadi aku hantar tunang aku ni pergi kat IJN. Lepastu . Masa sedap=sedap makan tu, lelaki tu mencuri kereta aku. Aku pula lupa nak kunci kereta.
Ehehhe. .Kereta Manual katakan. . '' Aku diam. Memberhentikan kereta atas garisan kuning.
'' Kau pergilah Farid, aku akan jaga Mas sini. Rasanya buat apa dia nak ikut kau sama kan? ' aku memberi keputusan. Mas segera mengalihkan mukanya ke arah aku.
Masih berwajah seperti tadi. Mata kami bertembung. Sinaran api kemarahan dan kebencian nampak jelas dimatanya.
'' Ok boss..ehehe. betul gak kau kabo tu. Yang, duk diam-diam tahu. Jangan noti pulak dengan Edi ni. ehehe '' usik Farid sebelum keluar daripada keretaku lalu menapak masuk ke dalam balai polis.
Mas kelihatan hendak keluar tapi aku sempat mengunci kereta.
'' Jangan pergi mana-mana. Duduk sini. Dengar arahan bakal suami kau tu. '' aku berkata dengan riak tenang. Aku senyum. Mas masih merenung tajam. Macam nak membunuh orang je gaya renungan dia tu. Serum!
Dia mendengus . Kuat.
'' Jantung kau elok lagi? ''
'' Kau sape nak tanya aku? '' balasnya dalam nada kasar.
'' You hate me? '' tanyaku padanya. Mata kami masih bertentang.
'' You blind? ''
'' Aku tanya kau elok-elok. Kau jawab begini. Can we just be friends back? '
'' And you expect me to be your lover? Fuck no. '' balasnya dengan nada kasar.
'' Fuck? Hehe. Kau nak aku fuck kau ke? Dah dapat penangan aku, pasti kau akan tinggalkan Farid.. '' aku meledakkan ketawa kecil. Tanganku menyentuh tangan kanannya.
'' Fuck? Hahaha. please. . Aku cabar kau fuck aku. haha. ' Mas meledakkan ketawa besar. Seolah-seolah aku baru sahaja membuat lawak. Aku senyum. Tenang.
'' I'm sorry Mas. Sebab cakap begitu. Aku tak sangka gara-gara aku ada perasaan terhadap kau, Kita akan jadi begini. Mas, aku rindukan kenangan semasa kita masih kawan Mas. Aku rindu kau yang dulu. Yang mesra dengan aku. Mas, aku cintakan kau. Kenapa kau terima cinta Farid tapi bukan cinta aku? Aku sanggup jaga kau Mas.
Aku sanggup menggadaikan nyawaku untuk kau Mas. Mas, aku cintakan kau . '
luahku dengan nada yang mulai sebak. Mas hanya mempamerkan riak tegang diwajahnya.
'' Kalau kau cintakan aku. Tolong pergi daripada kehidupan aku dan Farid. Kau bukan dicipta untuk aku . Sudahlah. ' jawab dia kemudian Farid mengetuk cermin kereta .
Aku membuka kunci kereta dan senyum. Air mata kukesat.
'' Asal dengan kau ? Mas buat kau nangis ea? ''
'' Takdelah. Tadi Mas tanya sal ibu aku. Tapi ibu aku dah mati. Aku tinggal dengan ayah je. ehehe. kita orang dah berbaikkan , Mas? '' aku mengulum senyuman kepada Mas. Mas hanya diam dan merenung ke hadapan.
'' Dah, jalan. Aku penat. '' ayat terpacul daripada mulut Mas ditujukan kepadaku.
'' Okay. '' kataku.
'' So takyahlah aku cerita jantung Mas makin teruk. . Ehehhe. gembira aku yang korang dah baik.. Bolehlah kau jadi pengapit dia nanti. ehehe. . '' Jantung teruk?
'' Err. . jantung Mas makin teruk ke Farid? Mas tak cerita lak . . '' komenku sambil menjeling Mas lalu memandang cermin atas kemudian melemparkan pandangan ke hadapan semula.
'' Errr. . Yep. Kami tengah cari penderma untuk jantungnya. Doktor dah sahkan dia ada masa beberapa bulan nak hidup. Aku tak nak kehilangan dia dan dia tak nak kehilangan aku. Kalau tak, lama dah aku nak bagi jantung aku pada dia' panjang sahaja Farid memberikan penjelasan tentang jantung Mas.
'' Dahlah bang. Toksoh cterlah lagi. Malu ar. '' sampuk Mas. Dengan itu kami terus mendiamkan diri.
Aku kini berada dihadapan rumahnya didalam kereta bersamanya. Aku kunci kereta.
'' Mas, betul ke kau nak aku pergi daripada kehidupan kau? '' tanyaku padanya. Aku mempamerkan riak yang serius.
'' Ya. Kalau boleh, aku nak kau pergi masuk kubur. '
'' Okay. Aku boleh tunaikan hasrat kau. Kau jangan menyesal. Sebelum tu, aku nak luangkan masa bersama kau hanya sehari. ''
'' Haha. sehari? Takmolah aku. Aku nak kau mampus. Lenyap di atas muka bumi ini. '
Aku menggenggam tangannya.
'' Okay, sejam? Please? '' Mas meleraikan genggaman tanganku. Dengan kasar.
'' Takmo. Sudahlah dengan drama mengarut kau ni. Aku nak keluar. '' kata Mas dengan nada sedikit tinggi. Kasar.
'' Mas, sebelum aku pergi daripada kehidupan kau, aku mahu meluangkan masa bersama kau walaupun sejam. Bersama orang yang kucintai. Aku tahu aku takkan memiliki kau sebab kau milik Farid. Untuk kali terakhir, aku merayu. '' Mas diam.
Kemudian bersuara.
'' Kau janji? Kalau aku luangkan sejam bersama kau, kau akan berambus daripada kehidupan aku? '' soalnya. Aku mengangguk.
'' Okay. Bermula dari sekarang. Cepatlah bawa aku kemana kau nak spent time dengan aku. '' Aku tergaman.
'' Wait. takkan secepat itu? I mean, tunggu esok ke. Senang aku nak wat suprise. '
'' Kau dah janjikan? Cepatlah. Jangan sampai aku ubah fikiran. Kang. ''
'' Okay-okay. . err. ' aku terus memandu kereta dan meninggalkan kawasan perumahan itu. Aku amat gembira sekali kerana Mas sudi meluangkan masa bersamaku.
'' Sudah 15 minit berlalu. . dan kita disini.. Pantai. Hah, macam cerita indon lak aku rasa. Kau ni memang ada taman dalam diri kau ni. ahaha. Muka pecah rumah macam kau pun ada taman ea. '' kutuk Mas lalu menyambung ketawa besarnya.
'' Kau hinalah aku. Aku tahu kau benci aku. Tapi aku tetap cintakan kau. Aku nak gedong kau sambil berjalan tepi pantai. Aku harap kau okay sebab kau dah setujukan? '
'' Eii.. Farid tak pernah-pernah nak gendong aku. Inikan kau. kuat ke? '
'' Belum cuba, belum tahu, sayang. . ''
'' Yelah-yelah. Asalkan kau berambus daripada kehidupan aku sudah. . Jangan panggil aku sayang. . geli tau? '' tutur Mas sambil menanggalkan tali pinggang keledar. Kata setuju dia itu menyebabkan aku tersenyum.
'' Haa. percaya dah sekarang? '' soalan yang terpacul daripada mulutku itu dituju kepadanya yang sudah kugendong . Dia memeluk aku. Ahhhh, lembut sekali kulitnya.
Aku amat gembira sekali.
Mata-mata di pantai memandang kami. Tapi itu tidak menarik perhatianku.
Perhatianku kini hanya pada Mas. Aku harap saat ini akan kekal selama-lamanya.
Aku tak mahu saat ini berlalu.
'' Fuck you, Dah 25 minit berlalu. ''
'' Ya, aku tahu. .Nanti aku nak kiss kau bole? ''
'' Eh kiss aku untuk Farid je. Bukan untuk kau. . ''
'' Kau dah janji.. ''
'' Okay. kat dahi je. . lepastu tak leh lebih-lebih. ''
'' Thanks. . Aku sayang kau Mas. . Oh ya, ermm Kau kerja apa ea sekarang? ''
'' Ntah. Goyang kaki kot. ''
'' Cakaplah betul-betul. Aku janji yang ini adalah kali terakhir kita berbual. Tiada dah lepas ni. . '
'' . Aku kerja kat syarikat ayah aku. Kerja P.A dia. ''
'' Ohh. aku pula kerja. bla-bla ''
Yup. Selama 40 minit kami berbual . Itupun hanya perbualan satu hala. Bukan dua hala. Mungkin dia betul apa yang dia cakap. Dia dah tak anggap aku kawan lagi..
'' 55 minit dah berlalu. . and dalam lima minit lagi, kau akan berambus dari hidup aku. yeahhhhhh! '' Mas mengukirkan senyuman. Senyuman kerana aku akan menghilangkan diri daripada kehidupannya kuagak. .
'' Now, masa untuk kiss.. '
'' Ahhh. okay. jangan lebih-lebih. Kan sakit celah kangkang kau tu. . ''
'' Hmmm. . muahhh''
Yup. Selepas memberi ciuman kepadanya, kemaluanku terkena sepakan dia. Bukan didahi sebenarnya ciuman itu melekat untuk seketika. 1 minit aku merasai bibirnya.
Lembut. It's okay dia tendang aku. Sebab ini adalah tendangan terakhir darinya.
'' Haa. kan dah kena. Kau main lagi dengan aku. . kang sakit. '' tuturnya dengan riak marah yang jelas terpampang diwajahnya. Puas hati kuagak kerana menyakiti aku.
'' Okay. 3. .2. .1. Yeah! Hantar aku balik.. Sudah habis masa sejam. '' katanya sambil mengalihkan pandangannya dari jam tangan kepada wajah aku.
'' Aduh. sakitnya. . ermm yelaa. aku hantar kau balik. Thanks sebab sudi. Aku janji kau takkan jumpa aku lagi.. aku akan tunaikan hasrat kau tu. '' ujarku sedih kerana hendak berpisah dengannya. Aku menahan sebak.
'' Mas, kalau kau rindu nak tengok muka aku nanti. Kau carilah EdiMas kat laman Utub ye. Aku ada upload video cover lagu kat situ ' aku memberitahunya. Dia mencebik lalu membalas dalam nada kasar
'' Tak ingin aku nak rindukan kau. Kau siapa aku nak rindu? Dah dengan drama bodoh kau ni. Pergi daripada kehidupan aku. Shuhh! Pergi mampus. ' kemudian dia membuka pintu kereta. Aku sebak melihatnya pergi.. Tak apalah awak, awak nak saya pergi ya. Okay, saya akan tunaikan hasrat awak tu.
Dari sudut pandangan Mas
Aku baru sahaja bergelar isteri orang. Sudah tiga hari sebenarnya. Saat diijabkabulkan bersama Farid, lelaki yang pernah kuminati sejak sekolah menengah dahulu adalah perasaan yang paling gembira pernah aku rasakan. Tak pernah rasa gembira sebegini. Aku dan Farid dah lama kapel sejak kami rapat di sekolah. Lalu Farid menghantar rombongan meminang pada selepas hari majlis reunion berlangsung. Kami bertunang pada tahun lepas. Tahun ini kami sudah menikah.
Alhamdulilah. .
Edi sudah tidak menggangguku lagi. Selalu ada je sms bodoh dia tu setiap masa didalam telefon aku. Naik semak aku. . tapi memandang dah takde sms daripada dia menyebabkan aku sungguh gembira. Haii, kemanalah ya dia pergi? Mungkin pergi mampos kot. ehehe. .
Aku sekarang didalam bilik. Sedang terlantar di atas katil. Bersedia untuk menerima jantung baru ke dalam badanku. Haihhh, hepi gileerrr bila aku mendapat tahu ada penderma yang ingin dermakan jantung kepadaku daripada Doktor Ezack. Siapalah ya penderma tu? Jantina dan nama penderma Doktor rahsiakan daripadaku. Hishhh, teringin aku nak tahu.
'' Awak dah sedia? '' soal Doktor Ezack kepada aku. Macho pula lelaki ni. Hehe.
'' Sudah. err dok, beritahulah siapa penderma tu. .please. . '' rayuku ingin tahu tapi..
'' Maaf. Saya diamanahkan untuk tidak memberitahu. Nurse, '' arah Doktor Ezack kepada Zara- kawan baikku. Ehehe.
Mataku terbuka. Aku sudah sedar. Wau hepinya aku.
Dari sudut pandangan Farid
'' Ayang okay? '' soalku kepada isteriku. Dia kelihatan gembira dengan jantung barunya. Jantung milik orang sebenarnya.
'' Okayla. . abang miz ayang tak? '' tanya dia dengan senyuman menghiasi wajahnya.
'' Of cozlah miz isteri abang ni. Lainlah abang ada isteri kedua, ketiga dan keempat.
Takyahlah rindu ayang. .ehehe. ' usikku padanya yang menyebabkan dia mencebik bibir.
'' Abang kalau kahwin dua, Siap! Ayang potong zakar abang . Hahahaha ' Pandai pula Mas kenakan aku. Hehe.
'' Jahat dia ni. heh ' aku mencuit hidungnya. Dia mengelak. Dia amat gembira sekali aku lihat. Dia mengelak lagi dari dicuit aku. Sudah tiga hari dia tak sedarkan diri.
'' Ermmm. abang tahu tak siapa derma jantung ni? Ayang rasa bersyukur sangat dapat jantung ni. Ayang kalau boleh nak berterima kasih pada keluarga dia. ''
'' Sorry. abang tak tahu. '' aku berbohong. Sebenarnya aku tahu siapa sebenarnya.
Dari sudut pandangan Mas
Sudah dua minggu berlalu. Aku kini lebih ceria melalui kehidupanku dengan jantung baruku. Tak payah lagi makan ubat. Benci ar makan ubat ni. Leceh. Namun begitu, aku masih tertanya-tanya, siapakah yang menderma jantung ini?
Aku mendail nombor Zara setelah mencapai telefon bimbitku di meja lampu.
'' Zara. . please kasitahu. aku merayu. Aku nak sangat berterima kasih kepada keluarga si penderma jantung aku ni sebab aku rasa bersyukur sangat. . ''
'' Errrrr. . aku tak boleh beritahu. . sorry. . '
'' Aku akan bagi 10 ribu kalau kau sudi beritahu aku? Lagipun kau kan best friend aku?''
'' Wahh? Betul? ''
'' Betul..kalau kau sudi beritahula. boleh ea? ''
'' Okay. . kalau kau nak tahu sangat, kau on fb skang. Aku baru share satu video di status fb aku. ''
'' Fuck sungguh. Aku tanya sungguh-sungguh. Kau suruh aku on fb? ''
'' Bukak then aku akan kasitahu. ''
'' Kfine. ''
Aku mengikut arahan Zara. Kemudian aku bercakap dengannya semula.
'' Okay. aku dah bukak . So? Siapa orangnya? ''
'' Kau bukak laman fb aku then tengok status baru aku. '''
'' Aku dah bukak. Kau just share satu video seorang lelaki aku agak. Dari thumbnail aku tengok. ''
'' Bukan apa kau fikir . Kau bukak video tu. ''
'' Kau ni nak melakukan video orang tu ke apa? ''
'' Nak tahu ke tak? ''
'' K fine. . ''' Aku menekan butang play tersebut. .
'' Hai. .semua. . my fans. Sorry lama tak update channel saya ni. Actually banyak yang berlaku kebelakangan ni . Dan perkara tu menyebabkan saya takde mood nak update . tapi jangan risau. Saya dah kembali dengan video baru ! Tapi video terakhir daripada saya untuk kamu semua. Untuk pengetahuan semua, saya seorang lesbian.
Saya tak kisah anda akan berhenti menonton video saya, unscribe channel saya atau mengutuk saya di ruangan komen. Sebab ini adalah kali terakhir anda semua akan lihat saya menyanyi dalam video saya. Kepada Mas, saya harap awak tertengok video ini sebab lagu yang saya bakal nyanyikan ini untuk Mas. Tajuk dia You Are Beautiful yang penyanyi asalnya ialah James Blunt. Mas, saya mencintai awak, sampai saya mati.. Awak nak saya pergi daripada kehidupan awak kan? Okay, bila awak lihat video ini maknanya saya dah takde dalam kehidupan awak tapi maybe awak takkan search channel saya kot? Tapi saya harap membe awak tertonton video awak ni ke, then share kat awak ke.whatever. Dengarkanlah suara saya. ''
'' Fuck? Zara. Apa ni? Kau kata kau nak beritahu siapa orangnya pastu kau suruh aku bukak fb, tengok status terbaru kau semata-semata nak tengok si kaum nabi luth ni menyanyi? '' Marahku kepada Zara . Zara diam. Video masih dimainkan.
'' Mas, cer kau tengok tarikh diupload tu. ''
'' Wei, aku tanya kau betul-betul ni. Kau suruh aku tengok tarikh video si lesbo laknat ni diupload? Siapa orangnya? Cakap? ''
'' Edriana. Edriana. Video tu untuk kau, Mas. ''
'' Aku tak percaya. Kau tipu kan? Kau komplot dengan dia supaya dia berbaik dengan aku kan? ''
'' Komplot? Ahh fucklah. Aku nak kau masukan jumlah duit seperti kau janji tadi.
Kalau kau tak percaya, kau boleh tanya laki kau. Laki kau tahu. '
Click.
Dari sudut pandangan Farid.
'' Hello yang. ada apa kol abang ni? '' ucapku dalam talian.
'' Abang, betol ke si lesbo tu derma jantung kat ayang? ''
'' Ayang. . boleh tak jangan panggil dia lesbo???? Abang faham kalau ayang benci kaum LGBT, tapi please. Dia selamatkan nyawa ayang. Tolong hargai plis! Nama dia ialah Edriana. Okay. Dia ada nama. Abang tak tahan ayang asyik kutuk dia masa kita nak naik kereta dia hari tu. Sekali lagi ayang sebut dia lesbo, abang hentak ayang 24
jam sampai pengsan nanti, Faham? '' aku memberi amaran dengan nada yang sedikit tinggi tapi terkawal kemudian menghempas telefon. Hishh, kacau aku kerja je. Mana pulak dia tahu Edriana menderma jantung kat dia ni??
'' Edi, apa kau buat sini? '' soalku pada Edi yang sedang diiringi nurse di atas stretcher.
'' Aku lah penderma tu. jangan bagitahu dia k. Anggaplah ini hadiah untuk perkahwinan korang. ''
''' What? Edi? '' aku tergaman. aku mengiringya dengan pandangan mataku. Edi sempat tersenyum di atas stretcher sebelum dia masuk ke dalam bilik pembedahan.Baiknya hati dia . Menyelamatkan rakan yang pernah jadi rakan baiknya dahulu. Aku harap kau aman disana nanti ye, Edi. Tersentuh hati seorang lelakiku.
Haishh. Ni mesti Zara ni. Sebab Zara je tahu tentang pembedahan tu. Babi.
Dari sudut pandangan Mas
Aku tersentak sebenarnya. Lagi-lagi dengan amaran suami aku. Huishh, bahaya betul. Dan aku macam tak percaya bila suamiku kata yang Edi yang derma jantung?
Biar benor. But. . .
Aku tidak percaya sebenarnya. Tidak percaya yang si lesbo tu adalah penderma jantung itu? Mungkinkah Zara menipuku???
'' Eleeh. macamlah aku akan termakan pujukan kau tu. '' aku berpaling ke arah Farid kemudian aku mengulum senyuman terhadapnya. Kacaknya. Cair betul aku. Sedang aku bertentang mata aku terdengar satu ayat yang keluar daripada mulut Edi.
'' Mas. aku cintakan kau. ''
'' Apa? Apa kau kata tadi? ''
' Aku cintakan kau. ''
'' Kau bergurau je kan? '
I'm sorry. Aku tak pernah cintakan kau. Aku cintakan Farid. Ini adalah pelukan yang pertama dan terakhir kita. Kau bukan kawan aku lagi. Aku takkan terima kau sebagai kawan aku lagi. Kita putus persahabtan kita. Anggaplah kita tidak kenal. You can go die! ''
'' Hai Mas. ''
'' Sapa ni? ''
'' Edi. Please listen, aku nak kita berkawan seperti dahulu. I miss you . Please. ''
'' Aku dah kata, kau bukan kawan aku lagi. Aku tak suka bercinta dengan bekas sahabat .aku lagi-lagi perempuan ! Aku bukan lesbo la woii! Babi! Pergi mampos!
Orang macam kau patut pergi mampos! '' aku dapati talian dah diputuskan terlebih awal sebelum aku sempat habis bicara.
'' What? Si lesbo laknat ni? Kenapa suruh dia datang sini tolong kita? Kenapa tak minta tolong orang lain bang? '' marahku kepada Farid yang tidak memberitahuku tentang kedatangan Edi yang ingin menumpangkan kami naik keretanya. Aku amat marah sekali dengan Farid. Dan aku rasa geli dan benci memandang muka si lesbo tu!
'' Sayang. .abang dah kol seme kwn abg. Diorang bz. Dia ni je yang available. Please syg? Sygkan sakit? Takkan nak jalan kaki balik umah? Dahlah jauh rumah tu. Duit abg pun habis sebab bayar duit makanan kita tadi. Please? Abang janji, kali ni kita meminta tolong dia. '' rayu Farid dengan matanya yang menawan. Aku yang wanita ini rasa lemah lalu aku terpaksa merelakan diri naik kereta si lesbo ni.
'' I'm sorry Mas. Sebab cakap begitu. Aku tak sangka gara-gara aku ada perasaan terhadap kau, Kita akan jadi begini. Mas, aku rindukan kenangan semasa kita masih kawan Mas. Aku rindu kau yang dulu. Yang mesra dengan aku. Mas, aku cintakan kau. Kenapa kau terima cinta Farid tapi bukan cinta aku? Aku sanggup jaga kau Mas.
Aku sanggup menggadaikan nyawaku untuk kau Mas. Mas, aku cintakan kau . '
Adoi gelinya aku mendengar tahu tak? Lebih-lebih daripada seorang perempuan macam kau? Memang patut kena tendang vagina kau tu!
'' Kalau kau cintakan aku. Tolong pergi daripada kehidupan aku dan Farid. Kau bukan dicipta untuk aku . Sudahlah. '
'' Mas, betul ke kau nak aku pergi daripada kehidupan kau? '
'' Ya. Kalau boleh, aku nak kau pergi masuk kubur. '' dah tahu gi tanya tu kenapa ?
'' Okay. Aku boleh tunaikan hasrat kau. Kau jangan menyesal. Sebelum tu, aku nak luangkan masa bersama kau hanya sehari. ''
' Haha. sehari? Takmolah aku. Aku nak kau mampus. Lenyap di atas muka bumi ini. ''
Aku menggenggam tangannya.
'' Okay, sejam? Please? ''
'' Takmo. Sudahlah dengan drama mengarut kau ni. Aku nak keluar. ''
'' Mas, sebelum aku pergi daripada kehidupan kau, aku mahu meluangkan masa bersama kau walaupun sejam. Bersama orang yang kucintai. Aku tahu aku takkan memiliki kau sebab kau milik Farid. Untuk kali terakhir, aku merayu. ' Kesian pula aku tengok dia merayu depan aku macam ni. Hmm, takpelah, sejam je pun dia minta.
Bukan sepuluh hari.
'' Kau janji? Kalau aku luangkan sejam bersama kau, kau akan berambus daripada kehidupan aku? '' soalnya. Aku mengangguk.
'' Okay. Bermula dari sekarang. Cepatlah bawa aku kemana kau nak spent time dengan aku. ''
'' Wait. takkan secepat itu? I mean, tunggu esok ke. Senang aku nak wat suprise. '
banyak songeh lak dia ni..
'' Kau dah janjikan? Cepatlah. Jangan sampai aku ubah fikiran. Kang. ''
'' Sudah 15 minit berlalu. . dan kita disini.. Pantai. Hah, macam cerita indon lak aku rasa. Kau ni memang ada taman dalam diri kau ni. ahaha. Muka pecah rumah macam kau pun ada taman ea. ''
'' Kau hinalah aku. Aku tahu kau benci aku. Tapi aku tetap cintakan kau. Aku nak gedong kau sambil berjalan tepi pantai. Aku harap kau okay sebab kau dah setujukan? '
'' Eii. . Farid tak pernah-pernah nak gendong aku. Inikan kau. kuat ke? ' Hairan aku sebab dia nikan gurllllll. . Kuat ke?
'' Belum cuba, belum tahu, sayang. . ''
'' Haa. percaya dah sekarang? ''
'' Ya, aku tahu. .Nanti aku nak kiss kau bole? ''
'' Eh kiss aku untuk Farid je. Bukan untuk kau. . ''
'' Kau dah janji.. ''
'' Okay. kat dahi je. . lepastu tak lebih-lebih. '' Hmm. . aku dah janji, terpaksalah iyakan jeeee.
'' Thanks. . Aku sayang kau Mas. . Oh ya, ermm Kau kerja apa ea sekarang? ''
'' Ntah. Goyang kaki kot. ' Malas betul nak layan dia ni. Aku jawab jelah bila dia tanya.
'' Cakaplah betul-betul. Aku janji yang ini adalah kali terakhir kita berbual. Tiada dah. . ''
'' Okay. Aku kerja kat syarikat ayah aku. Kerja P.A dia. ''
'' Ohh. aku pula kerja. bla-bla ''
'' Haa. kan dah kena. Kau main lagi dengan aku. . kang sakit. '' Sial. Orang dah bagi kiss, nak lebih-lebih lak. Sial betul. Kan dah sakit vagina tuuu.
'' Aduh. sakitnya. . ermm yelaa. aku hantar kau balik. Thanks sebab sudi. Aku janji kau takkan jumpa aku lagi.. aku akan tunaikan hasrat kau tu. ' Padan muka . Sakitlah nak melancap nanti.. Hahaha.
'' Mas, kalau kau rindu nak tengok muka aku nanti. Kau carilah EdiMas kat laman Utub ye. Aku ada upload video cover lagu kat situ ''
'' Tak ingin aku nak rindukan kau. Kau siapa aku nak rindu? Dah dengan drama bodoh kau ni. Pergi daripada kehidupan aku. Shuhh! Pergi mampus. ' Akhirnya dia takkan muncul dalam kehidupan aku lagi. .yeaaahh!
''Kepada Mas, saya harap awak tertengok video ini sebab lagu yang saya bakal nyanyikan ini untuk Mas. Tajuk dia You Are Beautiful yang penyanyi asalnya ialah James Blunt. Mas, saya mencintai awak, sampai saya mati.. Awak nak saya pergi daripada kehidupan awak kan? Okay, bila awak lihat video ini maknanya saya dah takde dalam kehidupan awak tapi maybe awak takkan search channel saya kot? ''
'' Awak nak saya pergi daripada kehidupan awak kan? '
'' Mas, sebelum aku pergi daripada kehidupan kau, aku mahu meluangkan masa bersama kau walaupun sejam. Bersama orang yang kucintai. Aku tahu aku takkan memiliki kau sebab kau milik Farid. Untuk kali terakhir, aku merayu. '
Aku sayang kau Mas.. .
'' You're beautiful. you're beautiful it's truth. but it's time to face the truth. I will never beeee with you. ''
Aku menutup laptopku. Aku perlu berehat. Mungkin Zara tipu aku. Tidak mungkin.
Tidak mungkin.
Dari sudut pandangan Farid
'' Ya. Edilah yang selamatkan nyawa ayang.. '' aku membalas pertanyaan Mas yang masuk kali kedua. Soalan sama yang dikeutarakan dalam talian tadi. Aku menyuap nasi kedalam mulutku.
'' Ia sebagai hadiah perkahwinan kita. Jantung dia lah yang menjadi hadiah perkahwinan kita. . abang sangat rasa terhutang budi dengannya. ' aku tambah.
Istriku tampak terkejut. Itulah siapa suruh pandang serong pada kaum lesbo. Last-last si lesbo yang tolong selamatkan dia. Kaum LGBT patut ditolong bukan dipandang serong. Padan muka awok..hehe.
'' Kubur dia . abang tahu? ' tanya istriku. Nampaknya dia dah percaya apa aku katakan.
Dari sudut pandangan Mas
Aku menutup buku ayat kursi tersebut. Sebelum membacanya, aku mendoakan agar Edi selamat di ''sana ''. Aku menyesal kerana melayannya sebegitu teruk gara-gara dia seorang lesbian. Benar apa kata suamiku, kaum LGBT tak patut dipandang serong.
Kita kena membawa mereka pulang. Pulang pada pangkal jalanNYA. Aku menyesal kerana tidak menolongnya masa dia hidup. Tak apelah, aku akan jaga jantung ini.
Terima kasih , kawan kerana selamatkan aku. .
Aku membuka sebuah video di laptopku selepas menyimpan sejadah dan kain telekungku. Aku seorang malam ini, suamiku sedang sibuk bekerja.
Di akhir video itu Edi berkata.
'' Kepada Mas, saya harap awak gembira bila saya tiada didalam kehidupan awak dan Farid. Tapi ketiadaan saya nanti takkan menghapuskan perasaan saya kepada awak.
Mas, saya minta maaf kepada awak kerana saya, awak benci saya. Saya tak pernah minta naluri sebegini. Saya akan bertaubat sebelum saya pergi daripada kehidupan awak. Mas, andai awak rasa menyesal jika ketiadaan saya, saya maafkan awak. Terima kasih untuk sejam yang awak luang untuk saya. Kepada peminat saya, terima kasih. ''
Aku menangis.
Aku memainkan semula video itu.
'' Mas, kalau kau rindu nak tengok muka aku nanti. Kau carilah EdiMas kat laman Utub ye. Aku ada upload video cover lagu kat situ ''
Ya, aku rindu kau kawan. Aku rindu persahabatan lama kita tapi rindu tu terhapus bila aku teringatkan orientasi seksual kau. Aku terkejut apabila mendapati kau tiba-tiba muncul di majlis reunion tu. Aku gembira sebenarnya jumpa kau tapi perasaan benci itu menolak perasaan gembira itu, Sebab itu aku melayan kau sebegitu. Aku tak sangka. dirimu sebahagian dalam diriku. Aku bersumpah aku takkan lupakan kau , sahabat yang baik walaupun aku sudah menghina dan mengutuk kau. .
'' Aku cintakan kau Mas.. '
'' Kau hinalah aku. Tapi aku tetap cintakan kau. ''
'' Saya harap awak gembira bila saya tiada didalam kehidupan awak dan Farid.
'' You're beautiful. it's truth. . but it's time to face the truth. I will never be with you ''
>>>>> Tamat<<<<<
Cerita yang menarik .. Tetapi penggunaan bahasa amat kasar..
ReplyDeleteHarap dapat diperbaiki lagi
Si penulis nie lelaki or perempuan yaa ? Satu demi satu cerpen yang saya baca dekat laman nie, jalan cerita dia banyak berkisah LGBT. Apa-apa pon, jalan cerita yang dibawa menarik.
ReplyDelete