Aku melihat dia sedang erat memaut lengan suaminya. Suaminya yang berkulit putih dan berwajah tampan mengulum senyuman yang menawan. Riak gembira terpancar melalui riak wajahnya dan anak matanya. Dia yang mengenakan mekap yang nipis pada wajahnya kelihatan gembira seperti suaminya. Aku memandang mereka dicelah cermin. Disebalik wajahku yang serius, timbul perasaan sedih didalam hatiku. . Nama dia ialah K. Khatijah. Sungguh kecewa perasaan aku pada saat ini. Malah sudah berkali-kali hatiku kecewa terhadap dia.
Rasa sedih tidak ketinggalan. Aku menitiskan air mata sekali lagi..
Khadijah bukanlah kawan rapatku pada mulanya. Kami hanya teman biasa yang saling tak mengenali lebih mendalam tentang diri masing-masing walaupun kami sebilik didalam sebuah hostel.
Namun begitu, kami masih melayan sesama antara kami dengan baik serta menghormati hak peribadi Masing-masing. Kos yang kami belajar tidak sama. Aku budak Medic, dia budak engineering. Keakraban kami terjadi bilamana pada satu hari tu. .
'' Awak tak gi kelas ke hari ni? '' tanyaku padanya sebaik menggalas beg dibelakangku. Tudung bawal warna biru dan baju kurung biru menjadi pilihan pakaian aku hari ini.Dia diam dan memandangku. Dia mengatakan tidak dengan isyarat bibirnya. Mukanya pucat.
Aku meletakkan begku disebuah kerusi dimeja belajarku. Aku agak risau dengan keadaannya itu lantas aku menghampirinya. Aku menyentuh dahinya . Panas.
Tampaknya dia mengalami tanda-tanda hendak demam. Aku merenung matannya yang kuyu itu. Mata itulah yang menyebabkan hatiku terpaut padanya sejak hari pertama kami bertemu di bilik ini . Namun aku tahu, aku bukan untuknya. Aku akan melawan perasaan
cintaku padanya ini.
'' Awak demam. hmm. saya bawa awak ke klinik nak? '
'' Tak payahlah. saya nak tidur. ''
'' Hmm. okay. awak tidurlah. saya doakan awak sembuh k? '' Dia tidak menjawab. Dia terus menutupi matanya. Aku tidak jadi hendak pergi ke kelas kerana aku hendak menjaganya untuk dua tiga hari ni.
Yup, sejak kejadian itu kami jadi rapat. Dia amat berterima kasih padaku kerana menjaganya dan sanggup tinggalkan kelas deminya. Memang aku sanggup sebab aku cintakan dia. Aku tahu aku tak boleh mencintai dia tetapi mana bisa aku membuang perasaan ini begitu sahaja? Aku bukan normal seperti orang-orang diluar sana. .
Adakalanya aku menangis di atar tikar sejadah kerana berasa berdosa mempunyai perasaan terhadap kaum sejenis. Nabi Muhammad amat melaknat pengamal kehidupan homoseksual membuatkan aku tidak mahu menjadi salah satu darinya.
Aku bencikan diriku kadang-kadang kerana mempunyai perasaan pada kaum sejenis.
Tapi tak guna aku membenci diriku kerana ia takkan mengubah perasaanku pada kaum sejenis.
Aku hanya mampu berdoa pada Allah, agar dia membuka hatiku untuk kaum Adam.
Ya , kaum Adam. Hanya Allah sahaja boleh mengubah hati seseorang tu. Termasuk aku. Cuma mungkin ia akan menjadi nyata tak lama lagi. Mungkin 10 tahun akan datang? Allah saja tentukan.
Orientasi seksualku ini tidak diketahui oleh mana-mana kawanku juga ahli keluargaku. Hal naluri mencintai kaum sejenis sangat-sangat taboo pada keluargaku.
Mana mungkin aku menceritakan mereka tentang naluri perasaanku yang sebenarnya kan?
Khadijah. Dia pun tak tahu. Bila dia berbual pasal lelaki hensem di kolej kami, aku akan turut berlakon yang aku galak bercerita pasal lelaki. Terasa diri hipkorit . Terasa mempunyai dua personaliti. Aku tak suka sorok identitiku yang sebenarnya tapi aku terpaksa. Sebab ia amat taboo. Walaupun aku sudah melanjutkan pelajaran di Amerika, tetap aku tak dedahkan identiti seks aku yang sebenarnya. Lagipula, aku tak mahu malukan agama aku sendiri dengan mengatakan aku lesbian pada kaum barat?
Cukuplah dengan terpaksa berada didalam dunia orang straight dengan berlakon bahawa diri ini straight.
Huh, Khadijah seorang straight. Well, ia amat menggembirakan aku sebenarnya sebab dia bukanlah sepertiku yang terus melawan naluri ini. Kalau dia les, sudah tentu dia akan derita melawan nalurinya sepertiku. Namun begitu, Terselit juga perasaan kecewa didalam hati bila setiap kali memikirkan tentang angan-anganku. Angan-anganku yang berlatarkan kehidupanku bersama dia di masa hadapan. Ujian ini amat berat . Sungguh berat bagiku. .Tapi aku tahu, ada lagi kaum muslimin yang hadapi ujian lebih berat lagi di luar sana.
Aku mengeluarkan kelenjar lakrima lagi. Dia sungguh cantik hari ini. Sangat cantik daripada biasa sebenarnya. Aku mengalihkan mataku ke wajah suaminya. Khadijah berkenalan dengan suaminya di FB. Suaminya agak berumur darinya iaitu 25
angkanya. Sudah bekerja sebagai jurutera disebuah syarikat. Mereka sering berjumpa dan keluar bersama dan kisah temujanji mereka sering Khadijah ceritakan padaku.
Aku angguk jela walaupun rasa cemburu mendengarnya. Siapalah aku untuk menghalangnya dari berjumpa dengan lelaki yang dicintainya. .
Aku melihat orang ramai memberi senyuman pada mempelai. Aku yang berpakaian serba hitam tanpa tudung mampu memandang orang ramai tersebut. Saat mata kami bertentang di luar gereja, . .
'' I love you. . ' aku menyebutnya tanpa suara- mimik. Dia merenung mataku dengan tajam. Kami telah putus kawan sebab suaminya pada minggu lepas. Sememangnya aku kecewa kerana tidak memiliki dia tapi aku lebih berasa kecewa dan sedih melihatnya keluar dari agamanya iaitu Islam semata-mata ingin berkahwin dengan suaminya hari ini . Khadijah namanya dulu telah bertukar nama iaitu Katty Wiliam.
Seorang perempuan Melayu yang beragama Kristian kini yang selalu nasihatkanku fasal agama sudah tiada lagi. Dia sudah bergelar isteri orang dan bukan pelajar lagi. .No, keluarga dia tak tahu fasal ini. Aku agak terkejut bila dia nyatakan hasratnya ingin keluar dari agama Islam pada minggu lepas. Ternyata aku hadiri perkahwinanya yang amat simple tanpa ibu bapa lelaki tersebut hari ini tanpa masuk kedalam gereja. Aku hanya mengintainya dari cermin gereja sejak dia memulakan upacara perkahwinanya, , . .
Aku yang memegang pistol dibelakangku terus mengeluarkan dan menembaknya ke dada . Dua jasad sudah tak bernyawa setelah aku melepaskan dua das tembakan pada pasangan pengatin baru tersebut. Mereka tampak terkejut sekali sebelum das tembakan yang kulepaskan tadi mengenai tepat ke dada masing-masing. Aku cepat membuka langkah sambil mengeluarkan kelenjar lakrima yang tak henti-henti mengalir di pipi dengan pistol yang kujumpa di satu taman tidak jauh dengan hostelku dicelah akar pokok.. . Aku sempat mengulum senyuman dalam langkah
-langkah yang pantas meninggalkan pasangan tersebut.
>>>>> Tamat <<<<<
Las Vegas Casino & Hotel - MapyRO
ReplyDeleteLocated in Las Vegas 동두천 출장안마 (Paragon of Dreams) 성남 출장마사지 Casino & Hotel, this is a 경주 출장안마 4 star resort 경기도 출장안마 with a casino, a nightclub, restaurants, 광주 출장샵 an outdoor pool,