Wednesday, August 27, 2014

Cerpen: Hadiah Minyak Wangi

Status solo bukan menjadi statusku lagi kerana aku sudah bergelar teman wanita kepada seorang lelaki yang bernama Fezi. Fezi orangnya romantik walaupun wajahnya sekadar biasa-biasa namun bukan wajah yang tampan didalam senarai Prince Charmingku. Sifatnya yang caring, romantik dan memahami amat menimbulkan perasaan sayang padanya lebih dari seorang kawan saat kami berkawan rapat di tempat kerja atau di luar waktu kerja. Nampaknya aku tidak bertepuk sebelah tangan kerana dia mempunyai perasaan yang sama terhadap diriku.

Romantik sebab dia selalu membuat kejutan padaku. Sejak kami masih bergelar status berkawan , sifatnya yang suka mengejutkan aku dengan kejutan istimewa. Terutama pada hari lahirku yang lepas.

Bertuah rasanya kerana memiliki dia yang setia. Terasa diri ialah seorang yang bertuah didalam dunia ini. Seolah-olah aku dan dia sahaja berada dalam dunia ini.

Saat kami bertentang mata dalam kehangatan cinta ketika berdua dalam keadaan gelap, aku tahu bertapa dalamnya perasaannya padaku. Sama juga denganku.

Fezi bukanlah lelaki yang ego, Bukan sombong orangnya. Ramah orangnya. Mengalah orangnya. Jika sesuatu pergaduhan berpunca daripadanya, dia akan segera datang padaku dan meluahkan perasaannya yang serbasalah serta meminta maaf denganku.

Aku bertuah kerana memilki dia. Sudah dua bulan kami bersama. Bahagia perasaan didalam hati kulalui setiap hari. Mana taknya, sms daripadanya setiap pagi dan malam yang berisikan '' good morning ''dan '' good night ''. Rasa diri ini diingati selalu . Setiap masa.

Aku masih ingat lagi, pagi itu. Pukul 7.30 pagi. Hari Isnin tertera kalendar. 1Hb April.

Pagi ini pagi biasa sebenarnya bagiku. Tiada istimewa. Cuma hari biasa. Hari dimana aku perlu pergi bekerja di sebuah pasaraya Tunas Manja sebagai juruwang . Biasalah kerja sebegitu untuk orang yang berkelulusan SPM seperti aku. Aku tiada duit untuk menyambung pelajaran serta aku memang malas nak hadap pelajaran lagi.

Nasib baiklah keputusan SPM aku, skornya baik-baik sahaja. Atau dalam erti kata lain, ia dipanggil cukup-cukup makan. Sayang, slip SPM tak boleh dimakan.

Aku suka waktu pagi. Terutama baunya. Suhunya. Sejuk. Kadang-kadang boleh meremangkan bulu romaku yang banyak dilenganku seperti tangan gorilla. Ahh, pedulikan sahaja. Lagipun aku mengenakan baju kurung setiap kali aku hendak menapak keluar dari rumah serta bertudung bawal. Cukup menutup dadaku supaya tidak menjadi santapan mata lelaki pervert diluar sana.

Pagi ini pagi biasa . Itu yang kujangka pada mulanya. Pada awal subuh tadi selepas aku membuka mataku dari mimpi yang basah lagi nikmat. Sudah tentulah bangun awal untuk mendirikan sembahyang subuh. Selepas itu aku membuat sarapan ringkas untuk diriku iaitu roti telur. Cukup ringkas dan bolehlah dibuat untuk mengalas perutku ini.

Sedang aku memperbetulkan tudungku dihadapan cermin almari, telingaku tertangkap satu bunyi yang berulang-ulang di luar. Bunyi ketukan pintu aku rasa.

Aku kenal sangat bunyi ketukan pintu flatku.

Siapakah yang menghadirkan diri dihadapan pintuku di bangunan flat ini? Aku tertanya-tanya untuk seketika. Tapi aku berhenti tertanya-tanya dalam diriku sebab tak guna aku tertanya-tanya kalau aku masih memperbetulkan tudung bawalku.

Aku kena bergerak dari bilik ini. Bunyi yang berulang-ulang itu masih kudengar.

Kemudian ia senyap selepas aku bersuara

'' Kejap! '

Aku patut tahu. Aku tak patut mengambil hadiah pada hari itu. Tapi aku ambil juga.

Prinsipku ialah bila orang bagi, ambil je. Sebab itu rezeki namanya. Tak ambil, rugi bagi aku. Aku memang tak malu orangnya. Orang cakap nak belanja, terus aku demand. Haisssh, teruk benar diriku ini.

Aku membuka pintu kemudian perasaan tertanya-tanya muncul dalam diriku.

Siapa yang ketuk tadi? Hantu ka manusia? Orang minyak ka? Toyolkah?

Kemanakah orang itu?

Aku memerhatikan keadaan sekeliling. Pandang kiri dan kanan. Atas bawah. Bila pandanganku terjatuh kebawah, aku terkejut. Hairan pun ada sebenarnya.

Aku hairan sebab apa yang aku dapati dihadapan pintuku ialah sebuah kotak . Kotak hadiah sebenarnya, Selalunya aku dapati sebuah kotak sederhana dengan seorang bayi kecil lagi suci didalamnya. Bayi yang baru dilahirkan bersalut dengan darah dibadannya. Dua tiga kali jugaklah aku dapat dalam seminggu. Aku tidak tahu mengapa perkara sebegitu berlaku tapi aku uruskan bayi tersebut dengan menyerahkan bayi tersebut kepada rumah anak yatim. Aku maafkan pada pasangan kekasih yang pandai buat tapi tak pandai nak bertanggungjawab lalu meletakkan anak kampang tersebut dihadapan pintuku. Haih, manusia oh manusia.

Baiklah, mari lihat apa dalam kotak hadiah ini. Harapnya jangan bayi.

Aku belek kotak tersebut. Oh ya, kotak tu bersaiz sederhana rupanya. Bukan muatnya untuk seorang bayi. Bodohlah aku ni.

Balutan kemas disekelilingya. Berwarna merah dan terdapat riben biru mengikatnya.

Ahh tipikal sungguh kotak macam ni. Apakah didalamnya ea?

Aku masuk kedalam rumah selepas menutup pintu. Aku membukanya .Perlahan-lahan . Aku seorang yang amat teliti. Eh bukan, lembut.Sebab itu aku membukanya dengan perlahan-lahan. Kertas pembalut hadiah ini boleh digunakan untuk membalut hadiah sempena hari lahir untuk kekasihku nanti. Tak payahlah aku bazirkan duit untuk membeli kertas pembalut hadiah. Bagus betul amalan kitar semula ni ya. Menjimatkan wang.

Wangi. Itu bau yang dapat kuhidu yang keluar daripada kotak hadiah tersebut.

Hm. .aku mendekatkan mukaku ke kotak hadiah itu. Dekat dan dekat. Aku pelik, kenapa ada benda menghalang muka aku ni. Oh patutlah, aku dah masuk kedalam kotak ni rupanya. Patutlah. Aku menjarakkan kembali mukaku dengan kotak hadiah tersebut. Kotak ni penuh dengan semburan minyak wangi ar.

Ia adalah sebotol minyak wangi jenama cap mahal. Siapakah yang memberiku hadiah ini?

Seminggu selepas itu, aku masih lagi mendapat hadiah misteri. Tiada kad disertakan apabila hadiah itu sampai ke muka pintuku.

Hadiah misteri itu bukan dari Fezi. Hah, memang bukan pun kuagak sebab Fezi seorang pekerja yang berjawatan juruwang di Tunas Manja. Tidak mungkin dia akan belikan hadiah sebegitu padaku. Duit simpanan dan gajinya tidak cukup untuk membeli perfume mahal yang aku selalu terima setiap hari.

Persoalannya siapa yang beri hadiah misteri itu? Kenapa dia berikan hadiah itu?

Lama-kelamaan pertanyaan itu lenyap dalam mindaku setelah berbulan berlalu.

Sudah enam bulan rasanya.

Lama tempoh tersebut. Bilikku dah penuh dengan minyak wangi . Sampaikan aku terpaksa berikan separuh kepada rakan sekerjaku, Firasn. Firasn agak suka. Yelahkan, barang free , sapa tak nak kan. Same goes to me.

'' Kau ni Mun, takkan tak tahu siapa beri kau ni? Kau tak cuba ke tunggu tiap pagi untuk melihat orang yang menghantar hadiah ini tersebut? '' soal Firasn pada satu waktu tengahari. Waktu tu kami sedang mentakedarah. Lama juga kot, campur makan plus borak. Kamikan perempuan, biasalah uolls. Fezi dan aku tak rehat bersama. Dia lebih suka rehat dengan kawan lelakinya di restoran berlainan. Aku tidak kisah tentang hal itu janji dia tak curang. Lagipula, takkan 24 jam nak berkepit je kan? Perlu bagi ruang juga pada kekasih.

Aku sengih. Ketawa halus. Bukan aku tak mencuba hendak ketahui siapakah orangnya tetapi setiap kali aku lakukan seperti apa Firasn baru katakan tadi, orang tu tak datang pula. Hendak pasang kamera , tak ada duit pula. Aku bukanlah bodoh macam budak-budak yang putus cinta dan ingin bunuh diri kerana kecewa lalu tulis di mukabuku seperti Firasn anggap aku begitu. Dia anggap aku ni bodoh ke sampai tak lakukan perkara yang memang akan terlintas diminda orang seperti itu.? Ahh takpelah. Budak Grad yang tak dapat kerja SPA katakan. ahaha.

'' Aku dah cuba lah derrr. .dok menjadik. Hmm, takpelah. Sapa pun orang tu, aku berterima kasih sebab beri minyak wangi free kat aku! Hehe. ''

Itu saja jawapan yang aku dapat berikan kepada perempuan itu. Padahal membuak sangat perasaan ingin tahu . Hmm, takpelah. Aku buat bodoh je. Waktu itu kami terus tukar topik dan mengumpat tentang ex bf Firasn.

Tetapi. . ada satu hal yang menyebabkan aku tidak akan lupa sampai hari ini. Sudah masuk Januari 2015. Hari ini sudah dua tahun kami bergelar pasangan sweet. Hah, sweet, kelakar ayat tu.

Waktu tu hari Selasa. Pukul 4 petang. Minda ini masih segar akan pita rakaman pada hari itu, Perasaannku jadi marah dan sakit hati setiap kali rakaman ini bermain dalam mindaku.

Waktu itu aku sedang menikmati kopi free disebuah cafe yang baru dibuka. Kopi free untuk satu hari kerana hendak mempromosikan cafe tersebut. Aku solo waktu tu.

Tidak berteman kerana Fezi katanya bekerja sampingan di pasar minggu. Bagus jugakkan, boleh kumpul duit kahwin aku fikir. Tak suka lama-lama bercinta. Nanti orang kabo boleh meleadkan kita ke dosa besar iaitu berzina. Aku tak suka berzina.

Ternyata ia bukan apa Fezi kata padaku hari itu.

Aku ternampak Fezi melangkah masuk kedalam cafe ini. Dia tidak tahu aku hendak menuju ke cafe ini sebenarnya bila aku beritahunya tadi.

Aku kecilkan mata aku. Aku hendak pastikan yang aku tidak salah orang. Beberapa saat kemudian , aku membuat kesimpulan dalam mindaku. Kesimpulan selepas melihat Fezi nampak mesra semacam je Firasn. Macam kekasih gaya mereka bercakap.

Tak pernah aku lihat Fezi dan Firasn berbual mesra sebegitu menyebabkan cetusan rasa hairan dan syak didalam hatiku.

Aku diam dan tak menegurnya. Aku tutup mukaku dengan cermin mata hitam besar .

Fezi tak dapat tahu kewujudanku kerana aku bercermin mata hitam besar. Aku bukan rabun. Aku sengaja bawa cermin ini kerana ia amat panas diluar sana.

Aku perhati mereka berdua didalam kesesatan orang dalam cafe ini. Mereka ketawa dan bercakap. Mereka berpegang tangan sambil merenung mata. Aku mengalirkan air mata. Hatiku sudah retak dek merasa diri dipermainkan.

Fezi yang kusayang dan cintai, telah menduakan aku. Firasn yang selalu berbual denganku ketika waktu rehat sudah menikamku dari belakang. Hari itu juga aku putuskan hubungan kami selepas aku balik rumah.

'' Kenapa tiba-tiba nak putus? '' tanya dia dalam pesanan ringkas tersebut.

'' I saw you two. It's over baby . '' balasku kemudian aku menutup telefon bimbitku.

Aku patut tahu. Aku tak patut putuskan hubunganku dengannya. Tapi hatiku sudah retak . Sudah hancur. Dihancurkan oleh Fezi. Aku sangat marah akan Firasn kerana dia menikamku dari belakang. Baaaa biii punya kawan. Hari itu aku menekup mukaku dengan bantal. Menangis sendirian tanpa keluarga yang sudah meninggal dalam sebuah kemalangan kereta di penghujung tahun dimana aku berumur 17

tahun Aku hanya satu-satunya zuriat mereka.

Aku sudah kembali memegang status solo. Aku menangis sampai tertidur malam itu.

Pelamin anganku musnah.

Aku terbangun lewat hari esoknya Mujurlah aku off hari itu. Seperti biasa, aku akan menuju ke bilik air untuk membersihkan diriku yang bau busuk. Berpeluh. Aku dapati mataku bengkak. Ahh, pedulikan. Aku ingat lagi, segar rasanya pada tengahari itu.

Tiba-tiba dalam merasa kesucian air pinjaman sungai Pahang tersebut, ada satu perkara terlintas didalam fikiranku. Sesuatu yang tidak lengkap. Rasa macam kehilangan . Oh patutlah, aku tak check sms . Kan biasanya aku dapat sms daripada bekas teman lelaki aku? Malas ar nak pedulikan. Tapi aku dapat rasakan ada satu lagi perkara aku tak lakukan. Apa dia ea?

Oh ya, hadiah misteri. Mengingatkan hadiah tersebut, aku segera menyimbah air dengan pantas kebadanku. Aku menapak laju keluar daripada bilik air untuk mengenakan pakaian namun.

'' Segala kata makian, yang telah kau katakan

Kau boleh pergi mampos, mampos wooo '

Segala kata makian, yang telah kau katakan,

Pergi mampos, mampos woo. ''

Kedengaran nada dering telefonku. Aikk, macam mana boleh terbuka sendiri ni? Aku agak hairan sebab aku masih ingat aku menutup telefon bimbitku. Oh ya, ofzolah aku dah bukak tadi tapi tak sempat check sms yang baru diterima. Haha. Pelupa sungguh aku ni.

Aku mengangkat panggilan tersebut.

'' Awak..saya ada hadiah untuk awak..datanglah kat ruang tamu ni . I''m your mister giver gift ''

Aku terkejut. Aku terkejut. Sangat-sangat terkejut. Misteri giver gift? Jadi dialah yang memberiku hadiah minyak wangi selama ini? Ruang tamu? Macam mana dia boleh masuk ? Aku tak perasan tadi. Macam mana dia boleh kol fon aku? Adakah ini sebuah prank kol dari budak-budak baru nak up?Tapi suara dia kedengaran garau.

Aku rasa takut. Tapi aku beranikan juga untuk ke ruang tamu. Aku melihat ruang tamu yang kecil, aikk. takde oranglah. Hah, sah ini ialah prank kol ni..

Namun kakiku terpasung ke lantai untuk seketika. Tak pernah aku rasa terkejut sebegini.

Pintuku terlopong. Grill pun terbuka. Di muka pintu terdapat dua barang. Aku tak tahu nak panggil itu barang ke tak.

Aku rasa sangat-sangat takut dan terkejut. Kelenjar lakrima mengalir dipipiku.

Dihadapanku. Ada dua kepala manusia yang masih bertitisan darah. Dua kepala tersebut adalah milik Fezi dan Fisrans. Anak mata mereka terkeluar . Habis lantai aku kotor sebab darah/Ada nota berwarna kuning terlekat kat dahi Fezi.

'' Hadiah untuk awak. Harap awak suka – Mister Giver Gift. ''

Aku tak tahu macam mana dia boleh masuk sampai aku tak perasan. Aku menelan air liur. Aku tak tahu apa perlu dilakukan waktu tu. Setelah berfikir untuk 10 minit , aku mengambil dua kepala tersebut untuk dimasukkan kedalam plastik sampah dan terus membuangnya pada petangnya. Sudah tentulah lantai dilap selepas grill dan pintu dikunci rapat.Esoknya berita tentang dua kepala tersebut tersiar dikaca tv. Bagaimana ia ditemui? Sebab ada anjing membongkah sampah tersebut. Anjing memang kadang-kadang suka merayau bawah flat aku ni.

Aku sedih bila ingat kematian Fezi dan Firasn. Aku tidak memberitahu tentang dua kepala itu pada sesiapa. Yang anehnya, selepas kejadian dua kepala muncul di muka pintuku, hadiah minyak wangi tidak muncul di depan muka pintuku lagi. Aku takkan melupakan pengalaman ngeri yang kualami. Siapakah Mister Giver Gift tersebut? Ia masih jadi tanda tanya dalam diriku.

>>>>>>> Tamat <<<<<<<<<


No comments:

Post a Comment