Orientasi Seksual:
' Faez, ayah kau dah meninggal dunia pagi tadi sebab serangan jantung . Di atas katil. Baru aku tahu berita ini daripada jiran rumah kau. ' kata Azriana. Kawan karibku . Aku tergaman saat mendengar berita itu. Berita tentang kematian ayah kandungku yang telah memeliharaku sejak kecil . Ibuku sudah tiada. Meninggal ketika melahirkan aku .
' Okay. ' itu je yang kumampu katakan pada saat ini. Jawapan yang jarang kauorang lihat dalam babak drama saat menerima berita kematian.
' Aku akan tolong kau uruskan pengembumian ayah kau, kau just datang je okay? '
katanya lagi.
' Okay. '' jawabku lagi. Sayu. Air mata mengalir dipipi. Talian terputus.
Dan disinilah aku berada. Berdiri dihadapan sebuah rumah yang rekaannya ala-ala Inggeris. Memang Inggeris pun sebab aku dan ayahku tinggal di negara Amerika .
Sudah lama jugalah aku tinggal di negara ini. 25 TAHUN. Sebab umurku dah mencecah angka itu. Hehehe.
Bapaku merupakan orang melayu yang berketurunan Indonesia dan Melayu. Darah Indonesia mengalir dalam darahnya kerana ia milik datukku. Darah melayu pula milik nenekku. Kedua-dua dah masuk kubur. Macam bapa aku.
Bapaku menemui isterinya didalam kelas lukisan di universitinya., Waktu itu, ibuku menjadi model untuk lukisan didalam kelas lukisan bapaku. To be specific, model bogel.
Sebenarnya subjek lukisan tu bukan subjek utama orang tua tu, dah dia gatal nak tambah subjek tambahan dalam jadual. Apa aku boleh buat. Eh aku mana wujud lagi masa tu. Heh.
Untuk dipendekkan cerita, ibuku dahulu yang memulakan langkah pertama. Langkah pertama untuk memiliki bapaku. Sebenarnya kedua-dua sudah saling terpaut saat mata mereka bertentang didalam kelas itu.
Sejurus habis kelas lukisan itu, ibuku yang memakai tuala menghampiri bapaku. Dia yang telah melihat lukisan dirinya yang dilukis bapaku meminta bapaku melukisnya sekali lagi. Tapi bukan waktu dia cakap tulah maksud aku. Lukisan bapaku waktu memang lawa wa cakap lu. Debabom!
Dia meminta bapaku melukisnya di luar jadual belajar universitinya. Lalu bapaku setuju dan menetapkan tarikh mereka berdua untuk bertemu. Padahal bapaku yang amat virgin tapi pervert tu tahu bahawa yang ibuku menyukainya.. Jadi bermula episod bibit cinta antara mereka. Bertemu, luang masa bersama , luahkan perasaan dan berkahwin serta terbitlah aku daripada rahim ibuku hasil titik air sperma bapaku. Eww. Giler gila aku nak sebut sperma. Bweekk..
' Pa dok terangsang ke bila tengok ma berbogel depan pa? ' Soalku pada satu petang ketika aku masih tinggal bersamanya. Aku baru 24 tahun masa tu. Ya, tahun lepas punya momenlah ni.
' Gaylah pa kalau dok tegang, tapi pa control je..eheheh... ' jawabnya sambil ketawa halus. Aku pun turut sama.
Bapaku seorang romantik. Peramah. Sebab utama menyebabkan ibuku menyukainya lantas menyayanginya dan mencintainya. Ibuku cantik orangnya kata bapaku. Dan dara.
Ya, dara. Macam tak percaya bila bapaku beritahu tentang hal itu. Come onla, model bogel tu... Tapi kata bapaku lagi, ibuku pernah BJ dengan bapaku sebelum nikah. …
Ibuku berbangsa Amerika. Putih, Rambut merah. Rambut merah yang asli ya, bukan rambut celup warna macam budak melayu nak up saat ini. Aku tahu sebab aku selalu layari page troll yang mentrollkan budak melayu yang tak sedar diri tu keturunan melayu. Ok, abaikan. Berbalik kepada ibuku.
Ibuku seorang penganut Krtistian kemudian memeluk agama Islam kerana bapaku. Ya, bukan ikhlas pun bunyinya. Peluk agama sebab cinta. Namun, ibuku setelah menikahi bapa, dia sudah dapat merasakan ketenangan memeluk agama Islam. Sedikit demi sedikit perubahan dilakukan. Daripada tak cukup kain dibawah, dah cukup bila sudah faham tentang aurat perempuan. Termasuk kain atas juga. Kepala habis dibungkus.
Hehe.
Bapaku terus menetap disini setelah menikahi ibuku. Lagipula bapaku anak orang kaya jadi tiada masalah nak urus hal-hal untuk menjadi warganegara Amerika. Datuk dan Neneku hanya setuju sahaja bila bapaku beritahu mereka bahawa dia mahu menetap disini. Nenek dan Datuk fikir anak lelaki mereka sudah besar. Jadi mereka relakanlah.
Mereka terkejut apabila anak lelaki mereka pulang ke Malaysia dengan seorang wanita berbangsa Inggeris. Namun bila diterangkan perkara sebenar, barulah Datuk dan Nenek faham kenapa tiba-tiba muncul entah dari mana seorang gadis disebelahnya bila dia melawat ibu bapanya di Malaysia. Beratlah juga hendak lepaskan satu-satunya anak mereka. Tetapi mereka bagilah juga. Dua bulan lepas tu, mereka meninggal dalam satu rompakan di kedai runcit. Dammit, kedai runcit pun nak dirompak . Hish. Tak sempat aku nak jumpa diorang..
Dan tinggallah aku seorang. Tanpa keluarga. Sudah dua minggu bapa aku meninggal dan segala hartanya sudah kudapat. Giler cepat. Hehe. Aku mengambil keputusan untuk menjual rumah ini. Rumah ini banyak menyimpan kenangan aku dan dia. Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa lalu menjenguk sebentar badanku ini. Aku berdiri. Melihat rumah itu. Sebelum aku meletakkan sepanduk yang tertulis perkataan ' For Sale ' , aku harus mengambil segala gambar-gambar aku dan dia dalam rumah ini.
Kenangan manis banyak disini. Boleh saja aku tidak menjualnya kerana banyak kenangan manis tercipta disini. Aku lahir disini, membesar disini dan bermain dengan rakan-rakannku di kawasan perumahan ini. Sekarang rakan-rakanku sudah ada haluan masing-masing.
Tapi masalahnya sekarang, aku sudah mempunyai ' boyfriend ' yang tinggal bersama aku. Takkanlah aku nak bawa dia ke sini? Lagipula rumahku di bandar di Amerika ini.
Pejabat aku ada disana. Takkan aku tak mahu jual rumah ini semata-semata sayang rumah ini sebab banyak kenangan manis tercipta dan ingin tinggal disini serta memandu ke bandar utama untuk pergi kerja yang mengambil masa 4 jam dari sini? Ya, rumah ini bukan dibandar.
Kalau kat Malaysia, orang anggap kawasan seperti ini kampung tapi bukanlah kampung sebab ia ada kedai makanan disini.. Macam pekan kecilah kiranya.. Eh asal aku tak sebut pekan kecil je? Heh.
' Sure kau nak jual rumah kau ni? ' tanya Ezriana. Dia orang melayu. Yang pernah tinggal dikawasan perumahan ini. Kami berkawan baik sejak berumur 6 tahun – tipikal watak dalam kisah hidup.
' Sure. Lagipun duit hasil penjualan rumah ini, boleh aku buat melancong bersama boyfriend aku.. ehehe ' aku ketawa kecil. Ezrina agak tidak suka bila aku sebut tentang boyfriend aku. Tapi peduli apa kan, kau hado boyfriend?
' Sure orang akan terkejut tengok boyfriend kau bila dalam kapal terbang nanti '
katanya lagi. Aku hanya tersengih dan membalas
' Ez, come on. Perkahwinan sejenis sudah sah di sesetengah negeri di Amerika. Inikan pula aku dan boyfriend aku ingin melancong bersama? Orang tak kisahlah. LGBT right okay.. Kalau LGBT people , orang dah terima disini. Apakan pula aku dan boyfriend aku kan? '
' Faez, aku dah kabo kan.. kau tak boleh bersama dengan dia. Dosa di sisi agama . ''
' Ez, ini Amerika. Bukan Malaysia. Bukan Pakistan. Bukan Arab. Think positive. I proud to be who I am. And thanks for understanding me. ' ucapku mematikan perbualan dan tersenyum. Kami menapak sama ke dalam rumah itu. Ezriana disini ingin membantuku mencari barang-barang lama dalam rumah ini sebelum rumah ini bertukar tangan. Setelah dua jam berlalu, penuhlah kotak-kotak dengan barang-barang lama.
Seperti permainanku waktu ku kecil, baju semasa aku baby, dan gambar-gambar..
Aku menatap gambar didalam frame yang terletak di meja lampu katil ayahku. Gambar itu wujud dua susuk tubuh dalamnya. Susuk tubuh manusia itu ialah aku dan bapaku.
Gambar itu merupakan gambar kali terakhir aku dengan dia. Gambar ini ditangkap pada tahun lepas di laman rumah kami ketika hari lahirku. Tangan kananku memegang sekotak hadiah manakala tangan kiri pula memeluk pinggang bapa. Kami sama-sama tersenyum. Oh ya, Ezrina yang menangkap gambar kami berdua. Aku masih ingatlah hadiah didalam kotak tersebut. Iaitu jam tangan. Aku tahu, tipikal sangat hadiah macam tu tapi ia amat bernilai dimataku kerana ia pemberian daripada orang yang tersayang.
Aku ingatkan bapaku akan menerimaku seperti parents lain yang menerima anak mereka gay tapi lain pula dengan penerimaan bapaku..
Waktu itu aku melawat bapaku. Dia yang selalu menyambutku dengan menghampiri ke keretaku bertanya padaku apabila ada seorang lelaki di tempat dudukku..
' Siapa ni ? ''
' Kekasih saya, pa Zack namanya. Hensem kan? Maaflah tak beritahu pasal kekasih saya ni ' kataku tersenyum. Tiba-tiba mata bapaku menjengil dan kelihatan terkejut sekali setelah memerhati Zack betul-betul .
' You are fucking crazy! Kau bukan anak aku lagi. Pergi kau! ' jerit dia padaku. Aku tersentak. Aku keluar daripada kereta dan merayu dia untuk menerimaku namun jawapannya
' Aku akan kol polis kalau kau asyik merayu begini! ' tengking dia dengan mata menjengil. Riak wajahnya menunjukkan dia sangat marah padaku. Marah sebab aku mencintai Zack. Aku yang takut kehilangan Zack hanya menyerah kemudian aku masuk ke dalam kereta. Meluncur laju keluar daripada perumahan itu dan takku lawati bapaku dan rumahnya itu... Bila dia dah tiada, barulah aku kembali ke perumahan ini.
Itupun dengan niat nak mengambil barang lamaku dan menjual rumah ini. Kejam betul aku bila fikir balik. Datang ke sini semula semata-mata dengan niat tu. Hehe.Untuk pengetahuan, awal tahun 2014 aku berambus keluar daripada rumah bapaku sebab dapat tawaran kerja di New York. Setiap hari minggu aku akan melawat dia.Tolong jangan salah faham ek. Ehehehe,,,
Aku tanpa sedar mengalirkan kelenjar laksrima di pipiku. Ezriana yang perasan aku menangis didalam bilik ayahku itupun muncul dimuka pintu. Dia masuk ke dalam dan menggosok badanku. Seakan faham dengan keadaan aku. Naluriku.
' Aku tak faham Ez. Kenapa bapa aku tak terima diriku. Aku tak pernah minta untuk memiliki naluri sebegini. Aku.. ' aku menangis tersedu-sedu. Ezriana hanya diam dan menggosok badanku.... Keadaan sunyi tanpa suara kami kecuali hanya tangisan aku kedengaran.
Bila sudah selesai mengambil barang yang perlu, aku dan Ezriana memandu pulang ke bandar New York. Tempat dimana aparment aku berada dan juga boyfriendku yang tinggal didalam aparment tersebut. Tentu dia sedang menunggu aku.
' Faez, aku nak minum jap kat rumah kau boleh? ' soal Ezriana yang mengalihkan pandangannya dari cermin depan ke arah aku yang sedang menumpukan perhatian kepada pemanduanku. Tengah fikirkan apa yang boyfriend aku lakukan sebenarnya. Oh ya, dia tak bekerja. Jadi tugas dia hanya duduk kat rumah je. Tunggu aku balik. Macam laki bini jer rasa, haha.
Aku menjawab..
' Yup, why not? Nak tidur semalaman pun boleh.. ' aku mengulum senyuman kepadanya. Kami bertukar senyuman.
' So, kau free esok? ' tanyaku yang sedang membancuh air kopi untuk Ezriana. Ezriana kelihatan bercakap dengan seseorang dalam talian sebaik aku mengajukan soalan itu kepadanya.
' Jap... ' katanya.. Dia membawa dirinya ke bilik airku. Entah apalah yang rahsia sangat tu.
' Sayang, nah ni dia air kopi.. Sayang mesti suka. '' aku mempelawa Zack yang duduk di atas sofa. Aku mengulum senyuman padanya. Dia bisu. Jadi dia tak balas kata-kataku untuk pengetahuan koranglah.
Tiga cawan kopi sudah berada di atas meja kopi. Aku terus melabuhkan punggung lalu aku melihat Ezriana sudah keluar daripada bilik air.
' Freelah... tapi aku ada date lah dengan Alex..ehehe ' beritahu dia kepadaku sambil mengukir senyuman. Entah kenapa riak wajahnya seperti ada perasaan takut di sebalik riak tenang itu. Matanya memberitahuku perasaannya. Takut apa?
' Kau cakap dengan siapa ea tadi? Secret sangat sampai masuk ke dalam bilik air.. ' aku terus menyatakan keinginanku tentang seseorang yang berbual dengannya didalam talian sebentar tadi.
Ezriana meraup rambutnya yang panjang. Nampak seksi.
' Alex.ehehe... err aku minum dulu ea. ' Cawan kopi dihirupnya. Rasa takut terpancar didalam anak matanya saat matanya bertentang dengan mata Zack. Ezriana selalu takut melihat Zack. Mungkin sebab wajahnya yang garang kot.
Tiba-tiba ada bunyi loceng kedengaran menusuk telinga kami . Hmm, siapa pulak datang ni? Mungkin jiran sebelah kot nak kasi bakon? Ehehe...
' Aku bukak ea.. kau tunggu sini.. Bolehlah kita makan bakon sama-sama nanti..ehehe '
aku menyatakan ayat itu kepadanya lalu membuka tombol pintu. Kelihatan dua pegawai polis dihadapan aku. Hmmm, kenapa tiba-tiba muncul pulak ni?
Hairan. Terkejut pun ada.
' We're New York Police Deparment , Are you Faezah binti Ahmad? ' soal polis tersebut. Aku menelan air liur dan memandang ke arah Ezriana. Dia menunjukkan riak wajah yang serbasalah di wajahnya.
Aku berada didalam kereta polis. Aku ditangkap. Kerana Ezriana . Patutlah secret sangat rupanya telefon polis tadi . Aku mampu memandang Ezriana yang berada di luar kereta. Aku marah dan geram. Dia telah khianati aku sebagai rakan baikku. Aku tak sangka. Aku ingat dia akan simpan rahsia tentang Zack.
Aku tahu Zack tak bernyawa lagi. Tapi kenapa dia tak boleh faham naluriku yang minat kepada orang yang tak bernyawa lagi? Kenapa kaum LGBT diterima oleh masyarakat Amerika tapi bukan kaum nercrophilia?
Aku mendengus marah. Aku merenung tajam ke arah mata Ezriana. Susuk tubuh itu makin mengecil saat kereta polis makin jauh meluncur keluar daripada perkarangan kawasan aparmentku.
>>>>>> Tamat<<<<<<<<<
Adik
'' Adik hilang kak. '' kata ibuku di muka pintu. Aku yang terperanjat akan berita itu membalas
'' Macam mana boleh hilang? Dia tu baru 9 tahun, takkan boleh lari rumah ? Nak-nak kawan -kawan dia tidak tinggal sekitar sini? '' Ibuku nampak sedih. Mukanya kemerahan. Risau.
'' Tak tahu kak. Bila mak nak kejutkan dia pagi ni. Tengok-tengok dia takde dalam bilik. '' katanya lagi sambil mengeluarkan kelenjar laksrima. Aku hanya memandangya. Sayu,,,
Sudah dua minggu berlalu. Berita tentang adikku yang hilang sudah merebak ke televisyen dan juga radio. Tiada siapa dapat menjumpainya setakat ini. Ibuku setiap hari menangis sampai bengkak mata. Dahulu dia tidak begini sebelum kehilangan adikku. Adikku yang sering dimanjakannya. Kesian aku melihat akan keadaan ibu, Tapi apakan daya, aku tidak mampu mengubah keadaan begini.
Benda dah jadi. Adik takkan kembali kuagak. Sebab kesemua kawan-kawanya berkata adikku tak datang ke rumah mereka pada hari sebelum kami dapati dia hilang.
Ibu bapaku tertanya-tanya dimanakah anak kesayangan mereka? Kenapa adikku tiba-tiba menghilang? Aku pun hairan sebenarnya. Kemanakah dia menghilang?
Kenapa dia tiba-tiba menghilang?
Adakah seorang lelaki masuk ke dalam rumah kami tanpa kami sedari kemudian mengambilnya dan membawa ke sebuah hutan untuk merogolnya? Sah pedophilia sungguh lelaki tu. Tapi lelaki mana minat adikku yang belum tumbuh bulu tu?
Muka taklah lawa sangat. Ceh.
'' Adik...baliklah adik... Ma sayang adik... '' kata ibuku dalam sedu sedan macam orang hilang akal. Eh mak aku masih waras lagi.
'' Ma, sabolah. Mungkin dia akan kembali tak lama lagi.. '' ucapku dalam nada perlahan. Sambil tanganku menggosok-gosok belakang badan ibuku. Cuba menenangkan dia.
'' Awok punya pasal lah kak! Kalau awak tak marah dengan dia hari tu, dia takkan larikan diri . '' balas ibuku. Sekali lagi menyalahkan aku. Sebenarnya ibu tak pernah marah ataupun mencubit aku jika aku bersifat nakal sebelum kelahiran adikku. You name it, main pasir, pecahkan pinggan mangkuk (tak sengaja), tinggalkan pakaian busuk tak berbasuh selama seminggu dalam bakul kain, makan berterabut nasi dan bermacam-macam lagi seorang perempuan berumur 15 tahun tak patut buat. Jangankan tengking, nak tinggi suara pun payah nak dengar daripada tekak ibuku. Namun, semua itu berubah bila adikku muncul. Walaupun sudah bersifat matang dan berusia 22 tahun. Ada je hal ibu nak menyalahkan dan marahkan aku jika ada kaitan dengan adik. Padahal adik sendiri yang buat salah macam …
'' Adik! Kenapa bubuh semua garam dalam kari ayam ni? '' soalku dalam keadaan terkejut apabila dapati dia membubuh sebungkus garam dalam periuk tu.
Sebungkus garam itu sebenarnya baru dibuka sebab nak isi dalam balang kaca tapi sebab ibu sakit perut, dia suruh aku tengok jap kari ayam ni semasa aku sedang menonton televisyen. Aku tangguh sekejap then masuklah dapur... Tengok-tengok bungkusan garam di atas meja makan sudah dicapai adikku dan dimasukkan dalam kari. Tak sempat aku nak menegah. Pandai pula dalam pendek-pendek tu dia capai garam then isi ke dalam periuk yang berisikan kari ayam yang sedang dimasak di atas api dapur gas.
Menyedar akan persoalanku yang tidak dijawabnya itu, terus dia berlalu meninggalkan aku dengan senyuman menghiasi wajahnya. Hissh budak ni.
'' Akak, camne kari mak ? '' soal ibuku yang baru keluar daripada tandas lantas mencuci tangan di sinki dengan sabun. Dilapnya bersih-bersih tangannya dengan kain yang tergantung di tingkap. Aku terdiam. Tak tahu nak kabo bende.
'' Aik, kenapa dengan muka akak ni? '' tanya ibuku lagi yang kehairanan dengan riak wajahku. Dia menggerakkan senduk sekeliling periuk yang separuh penuh dengan kari ayam itu . Tidak tahu akan kemasinan kari tersebut. Serba salah nak beritahu sebenarnya. Salah aku jugak. Kalau aku pergi jenguk awal-awal tadi, tak akan berlaku perkara sebegini...
'' Masinnya! Ya Al ah, akak letak satu bungkus garam dalam periuk? Giler ke apa akak ni! '' marah ibuku yang sudah merasa kuah kari dengan meletakkan sedikit kuah itu ke tapak tangannya. Dia ternampak sebungkus garam yang tiada lagi isinya. Tinggal bungkusan kosong di kabinet tempat memasak. Aku diam. Sah kena perintah berkurung!
'' Bukan akak lah mak. Adik yang buat! '' kataku. Walaupun jauh dari lubuk hatiku ibu takkan percaya apa aku katakan. Katanya jika aku selalu sebut tentang perbuatan adik yang nakal, tentu dia menyalahkan aku dan mengatakan aku yang aku, bukan kakak yang baik. Babi betul.
“ Sudah! Adik tu pendek. Mana boleh capai garam kat meja dapur ni. Akak ni teruklah pot pet pot pet ...''
Ya, itu sebahagian kenangan pahit aku semasa aku berumur 22 tahun. Tahun 2006. Tahun dimana adikku hilang. Sekarang sudah tahun 2014. Tahun dimana banyak bencana berlaku. Gempa sana. Gempa sini. Perang sana. Perang sini. La ni pula wujud pula musim boikot MCD. Eh apa kaitan pula semua ni dengan cerita ni? Abaikan.
Sekarang aku sudah berumur 30 tahun. Tua dah. Tapi belum menopaus lagi.
Hehe.
Aku sudah bernikah sekarang dengan bekas playboy. Sama taraflah dengan aku.
Playgirl. Kaki jantan masa muda dulu. Dia pun sama. Kami bertemu di sebuah kelab malam.
Sudah dua bulan kami menikah. Alhamdulilah, setakat ini takde kes kecurangan antara kami. Mulanya kami sekadar kawan dengan faedah tapi perasaan sayang itu timbul di antara kami berdua. Aku pun menyayangi dia juga lalu kami pun menikah dengan wali hakim. Walaupun kami sama-sama rosak, aku masih menganggap malam pertama kami adalah malam pertama untuk merasmikan seks yang sudah halal antara kami. Walaupun dah beberapa kali kami berdua merasai malam pertama kami. Hehe.
Aku jadi liar sebab adik. Aku rasa bengang sebab adik selalu menang dalam apa juga pertelingkahan kami. Itu sebab aku mencari seseorang untuk meluahkan perasaan yang terpendam dalam hati melalui MIRC. Dialah kekasih pertama aku.
Dan yang meragut daraku lalu tinggalkan aku sebab kena paksa kahwin oleh ibu bapoknya. Sejak dapat ''benda'' tu, terus aku jadi ketagih '' benda '' tu . Mulalah aku set up pertemuan one nite stand dah jadilah aku perempuan murahan yang cantik dan terhormat. Sedikit sebanyak aku bangga dengan diriku yang sudah dapat merasa pelbagai saiz dan termasuk jugak teruna lelaki. Budak sekolah menengah pun aku sambar. Heh!
Tapi bertahun berlalu dan kehilangan adik membawa kematian kepada ibu. Dia membunuh diri . Ayah yang tekanan kehilangan ibu mula minum arak dan jadi kaki perempuan. Dia pun mati kena langgar kereta masa berjalan dalam keadaan mabuk ke tempat parking keretanya dari kelab malam. Punya besar impak kehilangan adik kepada keluargaku dan aku. Aku sedih tentang nasibku ini menyebabkan aku bekerja secara part time untuk sara hidupku. Jual apam. Adalah dapat dalam RM500-1000 gitu.
Senang je kerja aku. Tempat atas katil. Kankang je lepas dah sejam dua gitu.
Dapatlah hasil. Cuma pelanggan yang selalu aku dapat adalah daripada Facebook.
Ya, fesbuk. Ada yang daripada kelab malam . Jiran-jiran cina yang nampak aku dengan lelaki ketika masuk dalam rumah hanya mampu memandang dan mengutuk. Nasib baik aku duduk dikawasan cina.Jadi tak pernah ditangkap basah lagi.
Aku tak sukalah buat kat hotel. Aku lebih suka buat kat rumah sendiri. Boleh buat kat dapur, bilik, dan ruang tamu. Hehe. Tapi ada juga kadang-kadang aku buat kat rumah pelanggan atau hotel. Tapi selalunya kat rumahlah..
Sejak berduit haram, dari hujung kaki ke hujung rambut., habis cantik dan bersih wa cakap lu. Kuku kaki tangan diwarnakan. Perfume, jenama mahal. Jenama beratus-ratus. Haaa... tu dia. Ok fine, cukuplah aku belagak setakat ini.
Jika aku tak bekerja, kadang-kadang aku akan ke kelab malam. Enjoy. Menari dan minum-minum. Dari situlah aku kenal dengan laki aku yang sekarang ni. Sejak nikah dengan dia ni, aku berhenti dah nak buat kerja ni. Duduk rumah, buat kerja rumah dan layan dia waktu malam. Dia kerja dengan papa dia di sebuah syarikat IT. Gaji besarlah dia ni. Sedaplah aku shopping dengan credit card dia. Oh ya, papa mertua aku tak tahu aku bohsia + pelacur sebab semasa laki aku perkenalkan aku pada papa dia, aku berlagak alim. Pakai baju kurung, tudung semua bagai. Ya aku tahu aku hipokrit untuk seketika, dah diam. Baca cerita aku ni.
Semuanya rahsia aku hanya diketahui suamiku. Papa dan mama mertuaku tidak tahu langsung. Bahasa bodoh. Hahaha.. Ok, cukuplah kauorang tahu kisah hidupku setelah kehilangan adik. Tapi cerita ini belum habis! Hahahaha..
Aku tersenyum sendiri. Mengimbas kembali kenangan manis ketika aku menjadi perempuan murahan dahulu. Manis dan lazatnya. Bangga mula menapak dalam hatiku untuk seketika. Aku kini sedang berdiri dihadapan rumahku. Rumah sendiri yang dibeli oleh bapaku ketika dia masih hidup.
Imbasan kenangan manis sudah melayang. Imbasan kenangan pahit semasa aku muda muncul dalam mindaku. Imbasan kenangan pahit bersama keluargaku bila benih kedua bapa ibuku muncul mengambil tempatku. Kesemua belaian manja , kemaafan bila berbuat salah tanpa sengaja sudah dirampas oleh adikku. Namun begitu, aku sayang juga padanya. Sebenarnya aku rindu juga bila dia tak ada . Aku tahu. Punca ibu dan bapaku meninggal kerana kehilangan adik. Tiap malam aku menangis sebab rindu nak jumpa dia tapi rindu tu aku hilangkan dengan menatap gambarnya.
Ke manakah adik menghilang? Mana dia? Kata ibuku masa dia masih menanti kemunculan adik di muka pintu setelah dua bulan berlalu adik hilang.. Naik serabut aku mendengar soalan bodoh tu. Kehilangan adik merupakan kesalahan aku kata Mak. Aku hanya diam dan mampu berasa serbasalah.
Serbasalah. Mungkin betul kata ibu, kalau dia tak gaduh dengan aku pagi itu, mungkin malamnya dia takkan menghilangkan diri....Rasanya semua ini berlaku berpunca daripadaku.
'' Bagi akak, nintendo ni akak punya. Bukan adik punya. '' kataku sambil menarik nintendo daripada tangannya.
'' Tak moh. Ni adik punya ! Akak tak leh ambik daripada adik! '' balasnya dengan pendiriannya yang mahukan nintendoku itu. Aku suka game tu. Giler bestttt! No way, sudah beberapa kali aku mengalah kerana adik. Kali ini tidak! Sedang kami saling tarik menarik , kemudian adik jatuh ke belakang kerana tarikan aku yang kuat. Haa, baru dia kenal siapa akok dia ni.
'' U waaaa..u waaa.. makkkk..Makkk..akak pukul kita, dia tak bagi kita game tu!''
Ucapnya dalam nada tinggi memanggil emak. Air mata mengalir di pipinya.
Dammit, lakonan je tu. Dia selalu guna trik tu untuk mendapatkan barangku. Sial betul!Aku diam . Serius.Marah.
'' Akak! Apa akak buat ni? Pukul-pukul adik. Akak benci kat adik kan?!'' marah ibuku yang sudah mendapati adik di sisinya. Dia mengesat-ngesat air mata adik.
Kemudian menengkingku lagi dengan mengatakan
'' Bagi game tu. Bagi! Dah berbulu nak men lagi game macam tu! Kasi sekarang! ''
Aku dapat melihat adik aku menjelir padaku. Ibuku tak perasan sebab dia merenung tajam ke arah aku. Lebih tepat matakulah.. Aku senyap lalu bagi pada ibu kemudian aku menuruni tangga setelah menapak keluar daripada bilikku.
Geram. Bengang. Semua ada. Terus aku on laptop nak chat dengan Budin . My Ex.
Aku mendengus. Riak wajahku yang gembira sudah bertukar kepada riak wajah yang sedih. Sedih sebab ibuku pilih kasih. Apa yang dia pandang sangat pada adik tu tak tahulah aku sampai aku besar ni. Aku menutup mata kemudian membuka semula mataku . Takde motif nak celik-celik pejam-pejam sebenarnya. Sengaja je.
Aku menggeleng kepala. Kemudian mengambil nafas lalu menghembuskannya.
Aku menapak ke dalam rumah peninggalan parentsku. Rumah yang pernah menjadi sarang maksiatku. Banyak giler kenangan dalam rumah ini. Manis, masam , pahit , tawar semua adalah!
Aku mengeluarkan kunci lalu membuka mangga di rantai yang membelenggu pagar. Aku masuk. Aku bukak pintu setelah memasukkan kunci sekali lagi. Aku berjalan mengelilingi rumahku. Dalam rumah to be specific.
Habuk. Berdebu. Tapi perabot masih dalam keadaan baik. Frame-frame gambar tergantung di dinding. Ada gambar aku dan parents. Ada juga gambar parents aku serta gambar kami sekeluarga termasuk adik. Aku terhenti apabila mataku menangkap gambar adik bersama aku . Dalam gambar tu, aku memeluknya dengan senyuman menghiasi wajahnya. Peluk dari belakang dan dia memegang tanganku yang berada didadanya. Comel jugak adikku ini. Sayang, kecomelannya tidak dapat kulihat lagi. Kali terakhir aku lihat ialah hari terakhir sebelum dia hilang. Ini merupakan kali pertama aku menjenguk rumah ini selepas menikah dengan laki aku.
Aku bosan menatap gambar ini lama-lama. Aku nak pergi ke belakang rumah.
Belakang rumah aku ni luas sikit. Ada tanah. Tanah yang mudah digali dengan penyodok.
Aku berdiri di atas laman belakang rumahku. Aku pandang disatu sudut tanah.
Disitu tertanam satu jasad. Iaitu kucing aku yang mati. Aku segera mengambil penyodok. Kemudian aku gali. Bila aku dah gali, aku terkejut bila mendapati jasad kucing aku . Dah reput. Yukk.. Aku kambus. Tapi apabila aku hendak kambus, aku dapati ada rangka manusia dalam lubang yang sedikit besar itu.
Aikk, bila pulak ada rangka manusia ini? Aku mengambil kepala tengkorak sebut.
Tengkorak tu diselaputi tanah. Dan aku tertanya-tanya macam manalah aku boleh lupa ini merupakan kepala tengkorak adikku yang mati pada malam tersebut kerana kusesakkan nafas dia dengan bantal lalu mati dan aku terus mengkambuskannya ke dalam tanah yang sudah aku buat lubang di siang hari itu?
Hari dimana kucing aku dah mati kena langgar?
>>>> Tamat <<<<<<